Isteri tertekan memang isu yang tak boleh lari dalam rumah tangga. Tapi kalau suami bijak dan faham nak bahagiakan hati isteri yang tertekan, pasti lebih mudah dan aman rumah tangga anda. Suami ramai yang tidak faham mengapa isteri cepat tertekan. Mana tidaknya, isteri anda itu pasti akan penat, bosan dan stress jika seminggu menjaga anak tidak berehat.
Itu kalau isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa. Seminggu tak berehat langsung dari ragam anak. Kalau isteri yang bekerja pula macam mana? Merekalah yang keluar bekerja, balik kerja kena uruskan rumah dan anak-anak pula.
Isteri tertekan boleh diatasi dengan cara yang mudah ini. Sebenarnya, nak bahagiakan hati isteri ini senang saja. Mereka tak minta banyak pun. Percaya tak kalau kami cakap anda bawa isteri jalan-jalan sekejap pun sudah cukup untuk buat stress dan tekanannya hilang? Anda cuba bawa mereka ke 5 tempat ini dan lihat bagaimana mood isteri tertekan anda boleh berubah dan perkahwinan anda lebih bahagia.
#1 Bawa pusing-pusing taman di rumah
Aktiviti bawa isteri dan anak-anak jalan pusing taman pun sudah cukup menghiburkan buat mereka. Isteri dapat melihat pemandangan, anak-anak juga gembira.
Sementara berpusing dalam taman, kalian juga boleh membeli makanan yang dijual di tepi jalan. Makan dalam kereta sambil melihat pandangan, pasti hilang stress bini itu!
#2 Bawa jalan-jalan ke taman permainan
Tak kelakar ke bawa isteri dan anak-anak ke taman permainan? Eh siapa kata kelakar pula! Okay saja. Lagipun, taman permainan tempat paling ideal untuk anda seisi keluarga. Anda boleh bawa sebarang bekal untuk dimakan di sana. Kemudian, bagi anak main papan gelongsor atau buaian. Mesti mereka seronok!
#3 Bawa berkelah
Isteri tertekan, isteri stress, isteri tertekan dengan sikap suami, isteri tertekan dengan suami, bawa isteri jalan jalan, bawa isteri keluar jalan. Isteri tertekan kerana asyik terperuk di rumah menghadap kerja rumah yang takkan habis dan kerenah anak yang kadang-kadang menguji kesabaran. Tapi kalau suami bawa berkelah di hujung minggu pasti rasa seronok sikit hati isteri. Cubalah bawa mereka ke pantai atau mandi air terjun ke. Sambil itu, anda buat BBQ atau hidangkan nasi lemak. Wow! Mesti mereka akan berterima kasih pada anda.
#4 Bawa pulang ke kampung
Bawa isteri dan anak-anak pulang ke kampung mesti lagi best. Tapi jangan asyik kampung anda saja ye! Gilir-gilir lagilah bagus.
#5 Window shopping pun sudah cukup!
Siapa kata nak bawa isteri keluar jalan-jalan pasti akan “menelan belanja”? Kalau anda pergi shopping mall, cukuplah sekadar window shopping. Wanita ini sebenarnya bijak menyesuaikan diri. Jika mereka tahu yang mereka (atau suami) tiada duit, tak adanya mereka nak boros dalam belanja. Kalau suami susah, isteri juga yang susah! Betul tak?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI