
Seorang YouTuber Pakistan telah menarik perhatian warga maya apabila dia menghadiahkan seekor anak keldai kepada isterinya semasa majlis perkahwinan mereka.
Azlan Shah dari Karachi telah menghadiahkan haiwan itu kepada isterinya, Dr Warisha yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial.
Azlan berkata, dia tahu isterinya amat menyayangi anak keldai. Atas alasan itu dia telah menghadiahkan haiwan tersebut sempena majlis perkahwinan mereka.
Video acara tersebut disiarkan di laman Instagram Azlan dan telah ditonton sebanyak 2.81 juta kali.
Dalam video itu, Azlan menyatakan “Persoalannya ialah mengapa keldai dijadikan hadiah? Jadi jawapannya ialah anda (pengantin) menyukainya dan kedua anda paling rajin dan penyayang.”
Sementara itu, isterinya berkata “Saya tidak akan membiarkan awak kekal sebagai seekor keldai.” katanya.
Manakala Azlan membalas, “Saya sayang haiwan dan pemberian ini sebagai tanda sayang kepada Warisha,” jelasnya.
Video tersebut menjadi tular di media sosial. Warga maya memberi tindak balas positif kepada pasangan itu.
PESONA PENGANTIN: Kalau ada yang nak beri hadiah lain daripada yang lain, mungkin boleh tiru idea pengantin baharu dari Karachi ini.
Sumber: Instagram Azlan Shah Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Bakal Pengantin Perlu Tahu Sebelum Beli Kek Kahwin

Kek perkahwinan memainkan peranan penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah. Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk cukup syarat sahaja tetapi memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian tercapai.
Kek dan majlis perkahwinan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu aturcara majlis yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu jemputan.
Ada sesetengah kek mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi hiasan kerana ada yang perlu ditempah dan ada yang perlu dibuat. Tidak kira di mana, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.
Pada masa kini kebanyakan kek perkahwinan dihasilkan sebagai sebuah karya agung untuk dipersembahkan di hari bahagia pasangan mempelai. Ia juga memberikan nilai sentimental dan kemanisan kepada pasangan pengantin.
Apabila berbicara tentang pemilihan warna kek perkahwinan ia mungkin menjadi satu perkara yang remeh. Pemilihan warna kek perkahwinan yang tepat dan ideal mampu memberi satu nilai tambah yang sempurna untuk sesebuah majlis perkahwinan.
Semak beberapa tip sebelum anda dan pasangan mengambil keputusan untuk memilih warna kek yang disukai agar menjadi penyeri majlis resepsi yang bakal berlangsung.
Putih
Warna putih selalunya menggambarkan kesucian apatahalagi ia cukup sinonim dengan sebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah jika ramai pasangan mempelai memilih kek perkahwinan dengan tema warna putih.
Merah Jambu & Coklat
Rona coklat memberi satu aura yang begitu lembut tatkala digabungkan dengan warna merah jambu. Kedua-dua warna ini apabila bersatu akan mencetuskan mood yang tersendiri. Seakan bersatu, rona coklat dan merah jambu seakan-akan menterjemahkan rasa bahagia yang terpancar pada wajah pasangan mempelai.
Monokrom
Jika anda sukakan warna-warna monokrom, tidak ada salahnya untuk anda memilih warna ini untuk warna kek perkahwinan anda. Tentu sekali ia kelihatan moden dan pastinya unik. Sesuai buat pasangan mempelai yang inginkan sesuatu yang moden dan terkini.
Emas & Putih
Aura mewah dengan biasan rona emas ini pasti memukau setiap mata yang memandang. Lengkapi hiasan dekorasi kek dengan sekuntum bunga yang mekar di tepi kek.
Kuning & Merah Jambu
Kek berwarna kuning pastel apabila diberikan terapan bunga-bungaan hiasan rona merah jambu melengkapi aura feminin. Kombinasi rona kuning dan merah jambu juga sangat sesuai untuk sebuah majlis perkahwinan yang memilih konsep ringkas tetapi moden.
Ombre
Injeks rina ombre merupakan penggunaan garapan warna berkala. Campuran warna emas pada bahagian atas kek menaikkan seri persembahan sesebuah kek perkahwinan. Kebanyakan pasangan pengantin yang memilih warna ombre untuk kek perkahwinan biasanya gemarkan sesuatu yang elegan.
Perak & Putih
Dua rona ini menampilkan sesuatu yang berbeza untuk sebuah seni hiasan dekorasi kek perkahwinan. Penggunaan rona perak bakal menaikkan aura keanggunan sesebuah kek perkahwinan.
Kuning & Coklat
Gabungan rona kuning dan coklat menyaksikan Penyatuan warna yang serasi. Berada dalam kelompok rona-rona senada, apabila diserasikan bersama bakal mencetuskan dimensi dekorasi kek yang sempurna.
Lavender & Lilac
Segar mata memandang. Kek dengan penggunaan rona lavender dan lilac ini mungkin agak jarang menjadi pilihan pasangan mempelai namun jika diaplikasikan dalam seni dekorasi hiasan kek perkahwinan ianya bakal menyaksikan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain.
Merah & Putih
Warna yang pastinya mencetuskan mood romantis. Mainan rona merah dan putih pastinya mampu melontarkan suasana meriah sesebuah majlis resepsi lantas menjadikan majlis tampak lebih meriah.
Kredit foto (top image): Instagram Reen Rahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA!

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Reka Teemor, Perunding Perkahwinan Malaysia yang sering mendapat tempat di hati bakal pengantin. Dekorasi yang dihasilkan begitu gah sekali sehingga mampu membuatkan tetamu dan bakal pengantin sebak.


Menemui pasangan suami isteri, Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz yang mengusahakan jenama Reka Teemor ini sejak 2006, ini merupakan kali pertama Reka Teemor ‘belanja’pasangan pengantin dengan dekorasi perkahwinan.
“Memang sudah lama kami berhasrat untuk give back to the community. Namun kesibukkan dalam merealisasikan impian perkahwinan pelanggan kami membataskan hasrat yang dah lama terpendam. Apabila Viu Malaysia datang untuk berkolaborasi, kami rasakan ini impian menjadi nyata,” kata Mumtaz.
Masuk ke ballroom Royale Chulan Kuala Lumpur, di mana berlangsungnya sebuah majlis persandingan di antara Farah dan Syafiq, tetamu ‘disajikan’dengan pemandangan yang begitu indah. Hampir penuh ballroom dengan bunga-bungaan putih melatari dewan. Tema white wedding ala outdoor diangkat untuk resepsi idaman pengantin.
“Bila pengantin berhasrat nak tema white wedding, saya buat research dan akhirnya kami memilih konsep Central Park New York. Ini kali pertama kami mengetengahkan konsep ini. Bunga-bungaan yang kami pilih adalah hydrengea dan kegemaran pengantin sendiri iaitu baby’s breath.”kata Faiz.
Memori indah tajaan
“Ýang paling kelakar masa kali pertama kami jumpa pasangan pengantin, mereka macam star-struck. Mereka tak boleh cakap, terpegun sampai saya rasa macam mereka tak boleh berkomunikasi dengan kita. Akhirnya pengantin beritahu mereka tak sangka berhadapan dengan Reka Teemor! Kami bukan artis, hanya pekerja. Mungkin sebab kami selalu bekerja dengan artis kot!
Masa majlis pun, saya rasa sebak kerana saya dapat rasakan bila kita sesuatu yang kita dambakan.”ujar Reka Teemor.


Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Farid Kamil Dan Diana Danielle Nak Rujuk Semula, Demi Anak-anak Tersayang

Tular kisah pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle ke mahkamah dalam masa terdekat bagi proses rujuk selepas sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.
Kenyataan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mereka kini telah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri yang menjadi persoalan ramai.
Farid Kamil Dan Diana Danielle Ikut Proses
Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, urusan tersebut akan dilakukan secepat mungkin namun tidak mahu tergesa-gesa memandangkan mereka masih dalam tempoh idah.
“Kami akan ke mahkamah untuk proses rujuk semula. Semua ini perlu dilakukan mengikut proses.
“Tapi tidaklah tergesa-gesa. Masih ada masa. Bukan saya tak mahu umum rujuk tapi perkara ini melibatkan proses mahkamah,” kata Diana.
Saling Berdoa Moga Kemelut Rumahtangga Semakin Pulih
Diana ditemui media ketika Karnival Mega Suria 2023 yang berlangsung di Padang Timur Majlis Badaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.
Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, turut hadir menemani Diana namun tidak boleh bercakap banyak susulan masalah sakit tekak yang dihidapi sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Farid sempat berbisik ke telinga Diana memberitahu, mereka tidak berhenti berdoa agar bertemu penyelesaian terbaik setelah kemelut panjang sehingga berlakunya perceraian sebelum ini.
Ini Jalan Terbaik Dan Fasa Baiki Diri
Tambah Diana yang turut mewakili suaminya itu dalam melontarkan kata-kata, mereka kini masih dalam fasa untuk memperbaiki diri serta mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka pada masa akan datang.
“Farid kata kami tidak pernah berhenti berdoa. Kami juga tidak tahu ini pengakhirannya kerana semua telah ditentukan Allah SWT.
“Sekarang ini kami masih dalam masa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami kembali membina apa yang kami pernah ada sebelum ini.
“Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang hal ini. Perlu ada privasi antara hubungan kami,” ujarnya.
Fikir Demi Masa Depan Anak-anak
Sementara itu, pelantun lagu Bersama Dengan Rindu itu juga mengharapkan hubungan mereka akan terus berkekalan demi dua orang cahaya mata mereka iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
“Saya membesar tanpa kasih sayang bapa. Jadi tak mahu anak-anak lalui perkara sama.
“Apa yang penting anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa. Itu adalah hadiah terbaik buat saya,” jelasnya.
Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun usia perkahwinan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI