Hubungan

Suami Buka Mulut Keadaan Sebenar Ardell Aryana Yang Dikecam Acah-Acah Gigil

Share

Gara-gara terlalu gementar sehingga menggigil ketika menyarung cincin, pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa telah menerima pelbagai kecaman, malah ada yang melabelkan mereka sebagai ‘fake’.

Membalas segala tuduhan tersebut, pelakon Nadzmi Adhwa, menerusi laman Instagramnya menjelaskan isterinya menjadi sebegitu adalah disebabkan masalah kesihatan.

Ardell sedang pulih daripada anxiety dan depression

Menurut pelakon kacak itu, Ardell kelihatan menggeletar dan sesak nafas bukanlah sengaja dibuat-buat seperti yang didakwa oleh orang ramai, ia berlaku disebabkan isterinya diserang anxiety.

Kalau dilihat dengan mata kasar, ia dilihat sekadar gemuruh namun mujurlah Ardell mampu mengawalnya dengan baik, kerana jika tidak dapat dikawal Ardell mungkin boleh pitam ketika itu.

Tolong jangan hina isteri saya

Nadzmi dalam entrinya, berharap agar orang ramai berhenti menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas dan memberi kata-kata hinaan terhadap isterinya.

 

IKLAN