Semua wanita ingin menikah dengan lelaki yang tepat. Lelaki yang akan menjadi suami ‘awesome‘ dan menjadi ayah yang baik. Tetapi bagaimana melihat potensi itu pada kebanyakan lelaki disekitar anda? Ada ramai lelaki dengan sifat dan karakter yang berbeza, siapa di antara mereka yang paling berpotensi menjadikan anda wanita hebat?

Suami Handsome Bukan Segalanya, Jadi Jangan Nak Bangga Sangat!

1. Imam solat

Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adaah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suami mampu memimpin isteri dan ahli keluarganya kejalan yang lebih baik dalam agama. Inilah cara menjadi suami yang hebat di dunia dan akhirat. Isteri akan lebih menghormati suaminya kerana mampu menjadi pemimpin keluarga.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama

Seorang isteri hanya inginkan kebahagiaan bersama lelaki yang menjadi suaminya. Bukanlah harta yang diimpikan tetapi ilmu-ilmu agama yang dimahukan. Apatah lagi apabila mempunyai anak, ilmu agama sangat penting bagi menjamin keluarga bahagia. Jika tidak pandai hal agama, maka berusahlah mencari guru-guru agama untuk belajar.

3. Suami yang matang

IKLAN

Suami perlu matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Ini kerana isteri akan sentiasa meminta nasihat ataupun memerlukan anda untuk melakukan keputusan. Jika jiwa anda masih keanak-anakan, cuba ubah sikap supaya menjadi lelaki yang lebih matang, isteri akan lebih senang meluahkan perasaan seandainya anda lebih serius mendengar dan memberi pandangan.

4. Pandai memasak

Walaupun dikatakan masak di dapur adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi suami juga harus rajin menolong isteri di dapur. Barulah ikatan suami isteri terjalin lebih mesra.

Suami Handsome Bukan Segalanya, Jadi Jangan Nak Bangga Sangat!

5. Suami yang ‘independent’

IKLAN

Suami yang pandai menguruskan diri adalah seorang suami yang sangat romantik. Mana tidaknya, segala persiapa dilakukam sendiri. Dari membasuh baju, melipat baju dan seterika baju. Bukanlah si isteri pemalas, tetapi ringan-ringankanlah tulang untuk membantu isteri, barulah nampak romantikkan?

6. Mempunyai prinsip dan pendirian

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut sahaja pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah dalam keluarganya. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah pembuat keputusan kepada masalah keluarga anda sendiri.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri

IKLAN

Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung.

Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Sepatutnya tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kehausan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Suami serba tahu

Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat terasa kagum apabila suami mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok perniagaan, rumah tangga, utiliti, ekonomi dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sahaja disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

9. Mencintai isteri luar dan dalam

Wajah anda boleh saja cantik ketika ini, tetapi anda tidak selamanya cantik, akan sampai masanya wajah anda dipenuhi kedut. Maka lihatlah lelaki itu, apakah dia mencintai anda kerana penampilan luaran yang cantik saja atau dia sudah dapat melihat hati dan sifat dalaman anda yang cantik? Suami yang hebat selalu dapat melihat potensi dari dalam isterinya, tidak hanya penampilan luaran saja.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI