Hubungan

Suami Isteri Ibarat ‘Bagai Aur Dengan Tebing’, Cubit Peha Kanan Peha Kiri Terasa

Share

Hubungan suami isteri ini ibarat ‘bagai aur dengan tebing’, bagai kuku dengan isi’ , ‘Cubit peha kanan peha kiri terasa’. Apa jadi pun sama-sama. Apa masalah pun kongsi sama-sama. Tiada rahsia antara kita. Setiap hari wajib doa kebahagian.

Isteri setiap hari jangan lupa doakan untuk suami, doakan kebahagian. Adakalanya suami lupa semua ni. Isteri. jahat macam mana pun suami, jangan aibkan suami secara public.

Dapatkan الله dan Rasul. Setelah itu kembali kepada ahli keluarga dan orang kepercayaan kita untuk selesaikan masalah. Jangan biarkan hancur lunyai dipukul suami, itu tidak betul.

Setiap hari dipukul sehingga bertahun-tahun masih berdiam diri, ini tindakan perlu ubah. Islam tidak mengajar kita untuk ‘dikorbankan’ demi kasih sayang, demi anak-anak.

Dulu, orang kenyit mata kat bakal isteri pun kita dah nak naik angin, apatah lagi kalau orang datang mengorat. Kalau orang datang pegang tangan awek kita mau pecah muka orang tu. Sampai lubang cacing kita cari.

Tiba-tiba hari ini, salah sikit pukul isteri,ugut isteri nak kahwin lain,lambat masak pun kena pukul, anak sepahkan rumah pun pukul. Ada sahaja apa yang isteri buat tidak betul. Sedangkan awal perkahwinan, bermacam janji bulan bintang kita ungkapkan.

Hargai pengorbanan setiap pasangan. Mungkin pasangan kita sanggup lukakan hati mak ayah semata-mata cinta kita. Mungkin pasangan sanggup korbankan cinta orang lain demi memilih kita. Banyak lagi perkara pasangan korbankan demi kita.

Tidak susah nak dapat bahagia. Maafkan pasangan,sentiasa ingat kebaikan pasangan, jasa baik pasangan kepada kita. , mohon taubat kepada الله, Ikut cara hidup Nabi s.a.w. Sentiasa cari redha الله. Selagi kita jauh dari rahmat الله, selagi itu kebahagiaan akan jauh dari kita.

“Susah sama-sama, senang sama-sama”

 

 

 

 

 

 

Sumber : Muhammad Hassan

IKLAN