Hubungan

Suami Isteri Itu Adalah Satu Hubungan Istimewa Yang Allah Ciptakan

Share

Suami isteri itu, Allah ciptakan satu hubungan yang sangat istimewa. Hubungan itu namanya hati.

Suami isteri yang terhubung dengan Allah, InsyaAllah hati mereka juga akan saling terhubung sesama. Suami walau jauh, akan datang rasa rindu dan mahu kuat berjuang dengan anak isterinya.

gambar sekadar hiasan

Isteri walau di rumah, selalu mendoakan suaminya di sana. Suami sedang duduk di sofa, isteri buatkan air kerana rasa suaminya mahu minum kopi. Isteri sedang siapkan makan di dapur, suaminya rasa isteri mahu meminta bantuan meringankan beban. Itu lah namanya rasa.

Yang mengindahkan rumahtangga itu rasa. Selagi hati suami isteri tak terhubung, selama berkahwin dan hidup bersama, Maaf kata. Hanya nafsu yang saling perlu dan meminta sahaja.

Habis kepuasan nafsu, masing-masing mula memperkatakan hak dan mahu kan semuanya ikut kepala otak sahaja. Tuhan sudah tidak diambil kira.

 

 

 

 

 

 

Kredit: Abu Hurairah

IKLAN