Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab.

Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.

Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasangan bukanlah isu enteng.
Justeru ramai pasangan jadi bingung, hilang punca dan tertekan. Tambahan di mata keluarga, mereka selalu nampak serasi, jarang bertelingkah mahupun berselisih faham.

Suami & Isteri, Jangan Menggatal! Tak Kiralah Di Tempat Kerja, Ketika Berurusan Di Luar Atau Di Grup Whatsapp

 

Curang
********
Semalam viral kisah seorang doktor dibelasah gara-gara keluar dengan isteri orang. Isu sebenarnya di sini bukannya kerana dia adalah seorang doktor. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Antara suami orang dengan isteri orang,
Suami orang dengan janda,
Isteri orang dengan teruna,
Suami orang dengan anak dara,
Dan macam2 pasangan yang anda boleh padankan sendiri.

Dengan adanya media sosial sekarang ni, kecurangan lebih mudah berlaku. SMS, PM, DM, whatsapp group dan sebagainya.

Tuan2, rumahtangga kita ni bukan secara automatiknya akan bahagia selamanya sejak akad nikah.

IKLAN

Cinta & kasih sayang perlu disemai dan dibaja agar sentiasa mekar. Perlu ada ketelusan & komunikasi antara suami isteri setiap hari. Perlu berterus-terang.

Pada masa yang sama, setiap pasangan perlu elak sebarang tindakan yang boleh menimbulkan putik kecurangan ini dengan pihak ketiga. Suami & isteri, JANGAN menggatal! Tidak kiralah di tempat kerja, ketika berurusan di luar atau di whatsapp group!

Buat lelaki, usah diusik isteri orang. Jiwa wanita mudah terusik. Lebih2 lagi jika bermasalah dengan suami, suami tidak menolong di rumah, tidak memenuhi nafkah zahir atau batin, suami tidak pandai menzahirkan kasih sayang dan macam2 lagi alasan.

Bagi wanita, bergelar isteri tidak memberi anda lesen untuk mencubit & bertepuk tampar lelaki lain. Walaupun anda lebih tua daripada lelaki itu. Bergelar “Akak” tidak memberi apa2 makna pun. Nafsu tidak mengenal usia.

Tuan2,
Syaitan licik. Dia tak akan suruh kita berzina. Dia tahu tak semudah itu. Dia cuma akan membuka jalan ke arah itu. Syaitan akan berbisik kat telinga & hati kita:

“Takpe, kau berdua ni berbincang urusan pelajaran/kerja. Takpe duduk berdua dalam bilik ni.”

IKLAN

“Biasa la naik kereta berdua pergi kerja atau travelling ni. Lagi pun nak ke tempat yang sama. Bukan ada apa2 pun, dua2 dah kahwin.”

Tuan2, pesan saya:

1. Elakkan travelling berdua dengan bukan mahram, suami atau isteri orang, walaupun kita dah berkahwin.

2. Jika berbincang di tempat kerja, pastikan ada orang lain bersama. Jika ada lelaki/wanita berbeza jantina masuk ke bilik kita, pastikan buka pintu atau langsir agar kelihatan.

3. Jaga pandangan mata anda, baik lelaki atau perempuan sama sahaja. Kita diajar untuk tundukkan pandangan. Apa yang ada pada perempuan lain itu ada pada isteri anda juga.

4. Jika pasangan anda kena bertugas berjauhan agak lama, usahakanlah agar anda boleh ikut sama bersama beliau. Itu adalah lebih baik buat dirinya dan diri anda.

IKLAN

5. Elakkan berbual kosong dalam group WhatsApp selepas Maghrib jika tiada urusan penting. Itu masa untuk anda luangkan bersama pasangan & anak2 anda. Jika berhubung secara personal, pastikan anda kekalkan perbualan itu rasmi & professional. Gunakan istilah Encik, Puan dan Tuan. Usah balas WhatsApp jika sudah malam & bukan perkara urgent.

Saya pernah meminta isteri saya exit whatsapp group yang berborak lelaki perempuan suami isteri orang sampai ke malam. Kita kena ingat, cara kita berhubung dengan rakan2 berlainan jantina masa di zaman persekolahan dulu tidak sama apabila kita sudah bergelar suami atau isteri. Begitu juga hubungan dengan sepupu2 kita masa kita sekolah rendah & remaja. Tak sama dah. Anda tak boleh la nak bergelak ketawa bertepuk bertampar dengan sepupu berlainan jantina dah.

6. Rumahtangga tanggungjawab kedua suami isteri. Suami kena jalankan tanggungjawab. Beri nafkah bulanan buat isteri. Nafkah Batin pun pastikan anda beri. Keperluan masing2 tidak sama. Bincanglah dengan isteri anda. Jika anda tidak jalankan tanggungjawab anda, dan ada pula pihak lain yang bermain kata & menawarkan kasih sayang di tempat kerja isteri anda, maka anda pun tahu kemungkinan yang boleh berlaku. Anda puji lah isteri anda, cakap lah dia cantik, baju dia cantik, tudung dia cantik. Jangan sampai lelaki lain pula yang puji. Hargailah pengorbanan isteri anda. Ucaplah terima kasih. Katakan terima kasih sayang apabila isteri anda masak & buatkan air anda. Say “I love you” to her.

7. Isteri pun sama juga. Jaga la makan minum & tempat tidur suami anda. Jaga penampilan anda. Berwangi lah juga di rumah, bukan hanya ke tempat kerja. Bila anda bersolek untuk keluar ke tempat kerja, janganlah sampai tabarruj. Nanti anda baca apa ertinya tabarruj ni. Ucaplah terima kasih apabila suami anda membayar bil & sama2 membantu di dapur. Ucapkanlah rasa “sayang” anda kepada suami anda.

Pada saya, semua perkara yang dilihat kecil ini amat besar impaknya. Saya pasti tiada dua kes yang sama. Ada kes isteri menggatal, ada kes suami yang buat hal. Dan ada juga kes orang ketiga.

8. Pastinya, setiap kali selesai solat, berdoalah kepada yang Maha Esa, “Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina Qurrata ‘a’yun, waj’alna lil muttaqina Imama,”

kerana Dialah yang memegang hati kita. Moga coretan ini bermanfaat buat kita semua. Kongsikan.

Kredit : drmahyuddin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI