Hubungan mana yang tidak pernah dilambung dugaan. Kalau sudah namanya menjalin hubungan sesama manusia, pasti ada saja salah dan silapnya.

Tidak kira berapa lama tempoh bersama, wujud masalah persefahaman sama ada kecil atau besar skalanya. Namun, mengetahui cara untuk mengendalikan sesuatu krisis itu amat penting dan kritikal. Dengan kefahaman itu akan membantu hubungan terbabit lebih kuat, kental dan menyeronokkan.

Antara yang perlu diambil kira dalam hubungan itu ialah:

Suami Isteri Kurang Bermanja, Punca Kerap Bergaduh

Lebih vokal mengenai perkara yang disukai

Kebosanan, kekecewaan dan kejengkelan setiap hari boleh memadamkan rasa cinta antara anda dan pasangan. Justeru, berusaha lakukan sesuatu yang positif pada pasangan walaupun sukar.

Pertama, senaraikan 20 perkara positif, juga 20 perkara negatif mengenai pasangan. Minta pasangan buat perkara yang sama.

Kedua, sentiasa beri pujian atas perkara atau bantuan yang diberikan pasangan.

Seterusnya, berterus terang dengan pasangan mengenai apa yang anda fikirkan. Jangan beri alasan ‘terawang-awang’ kerana pasangan tidak mampu membaca fikiran anda.

IKLAN

Kerap bersentuhan

Sentuhan sesama manusia khususnya antara pasangan suami isteri dan ahli keluarga diakui pakar perubatan mampu membuatkan seseorang lebih sihat serta gembira.

Jadikan amalan memegang tangan pasangan ketika berjalan, walaupun hanya ke kedai runcit dan usap lembut pipinya ketika bangun pagi.

Imbas semula bagaimana anda menyentuh pasangan ketika di awal perhubungan dan cuba ulang semula aksi itu.

Selain itu, tutup atau pastikan telefon bimbit dalam mod senyap apabila bersama pasangan selepas pulang dari kerja. Dengan cara ini, pasangan akan rasa lebih dihargai kerana anda akan memberi sepenuh perhatian kepadanya dan bukannya sibuk menjawab komen di Facebook.

Suami Isteri Kurang Bermanja, Punca Kerap Bergaduh

IKLAN

Henti salahkan pasangan apabila adanya masalah atau musibah

Ramai dalam kalangan kita cenderung menyalahkan orang lain apabila timbul masalah dan ia kerap berlaku antara pasangan.

Untuk mengelakkannya, cuba tarik nafas panjang sebelum mengatakan sesuatu yang bukan saja menyakitkan hati anda tetapi kesannya lebih teruk pada pasangan.

Selain itu, cuba mengubah perangai pasangan bukanlah perkara digalakkan kerana ia hanya akan memburukkan lagi hubungan itu. Sememangnya kita tidak boleh mengubah orang lain. Sebaiknya, anda ubah diri terlebih dulu. Apabila anda mengetahui kesilapan dan kelemahan diri, lambat-laun pasti wujudnya perubahan dalam perhubungan anda. Diri makin optimis dan pasangan pasti terkesan dengan perubahan itu.

Perbaiki hubungan dengan bersantai

IKLAN

Apabila anda gembira, orang di sekeliling juga akan turut gembira lalu konflik yang tercetus lebih mudah untuk diselesaikan.

Lakukan perkara santai yang digemari. Peruntukan 10 ke 15 minit sehari untuk melakukan perkara yang menggembirakan sama ada bersenam, berkebun, membaca majalah dan sebagainya.

Juga jangan abaikan penampilan bersama pasangan ketika di rumah. Jika anda boleh berdandan cantik untuk keluar rumah, mengapa tidak apabila bersama pasangan di rumah?

Suami Isteri Kurang Bermanja, Punca Kerap Bergaduh

Pilih masa sesuai untuk bertelagah

Jangan mulakan perbualan atau perbincangan berat ketika masing-masing dalam keadaan letih, lapar dan mengantuk.

Lapar dan penat hanya akan memburukkan lagi perbualan kerana masing-masing akan mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan.

Jangan cuba bangkitkan isu perhubungan yang serius jika sedang melakukan perkara lain. Tutup televisyen, telefon bimbit dan komputer riba.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI