5 CARA MENAMBAH REZEKI & KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Berikut adalah beberapa cara menambah rezeki yang dianjurkan dalam al-Quran dan sunnah.
1. MULA DARI SUMBERNYA
Jika kita sentiasa berasa ‘kurang’ walaupun gaji dah banyak, periksa semula sumbernya. Adakah ia termasuk dengan sumber syubhah atau riba? Allah telah menerangkan larangan memakan riba ini kerana ia adalah perbuatan menganiaya hak orang lain. Mungkin itu sebabnya rezeki terasa sempit atau walaupun kuantitinya banyak.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba (dengan berlipat ganda) dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Surah Al-Imran: 130)
Di samping itu, jangan memandang remeh soal zakat sehingga lupa menunaikan tanggungjawab kita terhadap orang yang berhak terhadapnya.
2. MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN SESAMA MANUSIA
Walaupun sibuk bekerja siang dan malam, luangkanlah masa untuk berkasih sayang dengan pasangan dan anak-anak. Gembirakanlah mereka walaupun kita berada dalam keletihan. Jangan sampai tak ada masa menjenguk atau bertanya khabar kepada ayah, ibu, mertua, saudara-mara, dan jiran-tetangga.
Percayalah, tidak rugi kita bersilaturrahim dan menjaga hubungan sesama manusia kerana dalam sebuah hadis telah menyebutkan:
“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
3. BERSEDEKAH
Begitu banyak kelebihan sedekah yang sering kita dengar, sama ada dari sudut Islam mahupun psikologi. Menurut kajian, perbuatan memberi atau menyumbangkan harta, masa, tenaga, dan sebagainya kepada orang lain yang memerlukannya telah terbukti memberi manfaat besar terhadap manusia dari segi kesihatan mahupun emosi.
Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
4. MELAZIMI AL-QURAN
Allah menjanjikan keberkatan dunia dan akhirat kepada setiap orang Islam yang selalu meluangkan waktu membaca dan memahaminya. Ia adalah ayat-ayat dari Allah dan mukjizat yang teragung. Maka, rugilah jika kita tidak berusaha memahami isinya dan membaca ayatNya. Bacalah al-Quran setiap hari dan ajarkannya kepada anak-anak seawal usia.
Seseungguhnya, rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya akan dipenuhi dengan berkat.
Firman Allah:
“Dan (al-Qur’an) ini adalah kitab yang Kami telah turunkan yang mengandungi berkat, mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan…”
(Surah al-An’am: 92)
5. SOLAT DHUHA
Dalam sibuk memfokuskan pada kerja-kerja seharian di pejabat, menjaga anak di rumah, menyediakan makanan tengahari, terdapat satu rahsia dalam membantu anda mencapai keberkatan di dalamnya, iaitu dengan mengerjakan solat dhuha.
Terdapat banyak kelebihan luar biasa bagi solat sunat dhuha yang disebutkan dalam hadis.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu (solat dhuha), nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah pusat kesihatan menunjukkan wanita masa kini lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai badan biasa berbanding mereka yang mempunyai badan sado.
Kajian yang dijalankan secara atas talian itu telah mengumpulkan respon daripada 2,000 wanita, dan 70% daripadanya setuju mereka lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai tubuh badan lebih besar dengan berat lebih 10kg daripada beratnya.
Ini adalah kerana, pada pandangan wanita, lelaki yang mempunyai tubuh badan seperti bapa ini menunjukkan tanda bahawa lelaki itu selesa dengan badannya sendiri.
Antara hasil kajian lain adalah seperti berikut:
Wanita sebenarnya tak suka pun lelaki sado, lebih tertarik dengan lelaki macam ‘ayah-ayah’. Jadi korang lebih suka lelaki berbadan sado atau yang macam ayah-ayah? tak salah minat lelaki macam ayah-ayah asalkan bukan yang sudah berpunya ya!
Kucing berak merata-rata dan kencing sesuka hati sama ada di dalam rumah atau di luar rumah pasti akan meninggalkan bau yang sangat busuk dan hancing sehingga menyebabkan kita tidak selesa untuk melakukan tugas dan aktiviti harian. Inilah tabiat kucing jika dia membuang najis tentu masih di tempat sama walau berpuluh kali anda membersihkannya.
Mulai sekarang, anda semua tidak perlu lagi rungsing memikirkan masalah kucing berak kerana perkongsian daripada Puan Ella Ahmad ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu menyelesaikan masalah anda iaitu cara hilangkan bau kencing kucing di rumah. Jom ikuti apakah yang dikongsikan wanita ini.
Kencing atau tahi kucing bersepah-sepah dekat garaj kereta. Pernah tak jadi macam ni? Yang letak air merah (air sirap) dalam botol dah tak jalan. Kucing sekarang dah sekolah.
Ok, saya nak kongsi apa yang saya buat supaya kucing-kucing ini tak berak dan tak kencing lagi dekat garaj kereta. Resepi ini saya buat sendiri mengikut logik akal dan resepinya sangat mudah dan simple.
Bahan-bahan dan caranya:
1. 7 hingga 10 titis cuka makan (pada firasat saya, bau dia masam dan busuk, so kucing tak suka nak kencing atau berak kat tempat yang telah disembur itu).
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisahlah brand apa, sebab nak bagi wangi sikit je. Sebab kalau letak cuka saja, nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni, wangilah sikit baunya).
3. Air paip (agak-agak lah sampai penuh bekas spray seperti dalam gambar).
Haa, semua bahan dah dicampurkan dalam ni, goncang-goncangkan, dah boleh spray kat tempat mana yang kucing suka berak atau kencing. Alhamdulillah setakat ni, garaj kereta saya dah bebas bau kencing kucing. Kalau tak, buka je sliding door rasa nak pengsan.
Spray la dua hari sekali. Kalau rajin, spray hari-hari pun tak pe, selamat mencuba semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peluh pada celah kelangkang adalah satu keadaan yang biasa dan semulajadi. Sekiranya anda aktif secara fizikal, kejadian peluh akan menjadi lebih ketara.
Bagi mereka yang berbadan besar, lemak tambahan di pinggul dan paha memerangkan suhu dan ini menggalakkan lagi perpeluhan. Lebih peluh, lebih bau.
1. Menukar seluar dalam anda dengan kerap
Amat penting untuk memastikan kawasan pubis dan celah kangkang bersih dan kering sepanjang masa. Tukar seluar dalam anda 2-3 kali sehari dan menukar seluar senaman anda sebaik selesai sesi aktiviti lasak anda.
2. Memakai seluar dan panti yang longgar
Seluar ketat memerangkap peluh sebab kurang peredaran udara. Memakai seluar longgar membantu kulit bernafas, juga membantu ia kekal sejuk dan kurang berpeluh. Peluh kering dengan lebih mudah apabila anda memakai pakaian yang longgar.
3. Memakai kain yang lebih poros
Elakkan memakai pakaian sintetik dan nilon. Memakai kain seperti kapas mengalakkan perudaraan seterusnya mengurangkan peluh.
4. Elak dari menggunakan pantiliner
Pantiliner mengalakkan perpeluhan dengan menghalang perudaraan pada sekitar faraj seterusnya memerangkap bau.
5. Guna Antiperspirant
Antiperspirant yang mengandungi aluminium klorida boleh menghalang peluh sampai kekulit dan menolong mengurangkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau.
6. Sapu bedak berasas tepung jagung
Celah kelangkang dipenuhi kelenjar peluh apokrin iaitu kelenjar yang menghasilkan peluh. Bedak yang berasakan tepung jagung boleh menyerap kelembapan dengan efektif seterusnya mengurangkan bau busuk.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...