sekadar gambar hiasan

Apabila zaman kian berubah, situasi juga berubah. Dan apa yang paling menyedihkan ialah apabila sesuatu hubungan turut berubah kerana peredaran masa.

Jika anda perasan, hanya disebabkan gadget, hubungan kekeluargaan semakin renggang. Adik beradik kurang berkomunikasi, anak dengan ayah saling tidak bertegur sapa walau ada didepan mata. Ibu dan ayah tidak bermesra, semuanya kerana gadget.

Gadget seperti telefon bimbit sememangnya sangat penting dan ianya adalah keperluan dalam hidup. Tetapi jangan sampai menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Banyak kes penceraian kerana suami isteri kurang berkomunikasi, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Dan penyebab utamaya ialah telefon bimbit. Begitu telefon bimbit ini memberi pengaruh yang buruk dalam sesuatu hubungan.

Lelaki bernama Firdaus Shakirin ini kongsi masalah suami isteri zaman sekarang.

Suami isteri nowadays…

Suami balik keje, masuk bilik, mandi, solat, dduk ruang tamu, pegg hp, makan, tgok TV…

Isteri balik keje, masuk bilik, mandi, solat, dduk kat dapur, memasak, hidang makanan, layan anak2, kemas dapur, lipat baju…

IKLAN

Bila suami nak bercakap, isteri sibuk di dapur…bila suami nak bercakap, isteri tgh ajar anak2 keje sekolah…bila suami nak bercakap, isteri tgh kemas rumah….bila suami nak bercakap, isteri dah tdo…

Bila isteri nak bercakap, suami main hp…bila isteri nak bercakap, suami tgok TV…bila isteri nak bercakap, suami nak rehat…bila isteri nak bercakap, suami dah kluar melepak…

Suami tak bercakap, isteri tak bercakap…

Esok pagi, rutin yg sama, bgun pagi, sibuk bersiap, sorang bru bgun, sorang lagi dah kluar…nnt ptg, blk rumah n repeat benda yg sama again…balik, masuk bilik, mandi, solat…

IKLAN

Suami ke ruang tamu, isteri ke dapur…

Suami ada masalah, tak bincang dgn isteri…isteri ada masalah, x kongsi dgn suami…walhal dduk satu umah…

Keluarga nowadays, kurang berkomunikasi…

FACT…

IKLAN

Masing2 ada dlm zone masing2…suami dgn hal suami, isteri dgn hal isteri…no effective communication between suami isteri…xde suami yg tanya, “Ayg ok x hari ni”…

Xde isteri yg tanya, “Mcm mana abg kat tempat keje tadi”…

Xde suami yg tanya, “Ada x keje yg nak abg tolong”… Xde isteri yg tanya, “Nak ayg urut abg x”…

Yg ada, “Abg, mkn”, “Abg, tgok anak”, “Ayg, anak berak”, “Ayg, lapar”…that’s it…

Heart to heart conversation, xde…pillow talk, xde…gurau senda, xde…masing2 ada hal masing2 yg perlu dibuat dlm umah tu sehingga mereka xsempat nak bersembang secara mendalam tentang hati dan perasaan masing2…Apa yg masing2 perlukan…

Is this situation good for a relationship? Nope…Seri rumahtangga hilang bila masing2 buat hal sendiri…

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI