Kes curang terhadap pasangan sememangnya tidak boleh diterima. Jadi, bagi sesiapa yang masih berniat untuk “test market” walaupun telah berkahwin.

Seorang lelaki, Ismail Amsyar menerusi FB menceritakan betapa peritnya beliau melihat hidup seorang anak buahnya yang ditinggalkan bapa sejak kecil. Menurut Ismail, jelas terpancar riak sayu dan sedih di wajah anak buahnya itu setiap kali Hari Raya menjelma pada setiap tahun.

Hatinya hancur apabila melihat kanak-kanak itu tidak ada tempat mengadu dan tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sepertimana sepupu-sepupunya yang lain yang sentiasa memanggil “ayah” atau “babah”.

Baca entri penuh di bawah:

 

Suami Jangan Aniaya Isteri Walaupun Masih Laku Di Luar Sana
Gambar Sekadar Hiasan

Setiap kali pulang ke kampung sewaktu Hari Raya, kami semua (bersama sepupu) akan berkumpul di rumah arwah nenek selain daripada menziarahi saudara mara yang lain.

IKLAN

Dan setiap kali itu jugalah saya akan sebak melihat anak buah saya. Apabila kami berkumpul, dia akan duduk berseorangan apabila anak buah yang lain duduk di atas pangkuan ayah mereka. Dia akan melihat dengan wajah sayu ke arah ayah-ayah ini bergurau senda, bergelak tawa bersama anak mereka.

Dia akan melihat anak-anak ini belajar memetik gitar dari ayah mereka. Dia tidak punya semua itu dan hanya menunggu untuk sepupu-sepupunya itu bangun dan sambung bermain dengannya. Banyak kali saya lihat, apabila sepupunya bangun dari pangkuan ayah mereka, anak buah saya akan pergi kepada si ayah dan duduk di pangkuannya.

Pernah satu ketika, ayah mereka keletihan dan not in a good mood. Apabila anak saudara saya hendak duduk di atas pahanya, dia ditolak ke tepi… “eh sana lah…uncle penat”. Sebak saya melihatnya. Anak buah saya terus bangun dengan wajah sedih dan berdiri di belakang kerusi.

Anak buah saya tidak ada tempat mengadu. tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sepertimana sepupunya yang lain yang sentiasa memanggil “ayah” atau “babah”. Saya tahu betapa dia rindukan panggilan itu. Bila atok dan nanny marah, dia hanya akan duduk memeluk lutut dan menangis di sudut dinding. Adakalanya, dia akan menjerit seakan melepaskan geram… hancur luluh hati ini melihatnya sebegitu. Saya akan pergi memeluk dia dan jelaskan mengapa atok dan nanny marah.

IKLAN

 

Suami Jangan Aniaya Isteri Walaupun Masih Laku Di Luar Sana

Ketika berada di darjah satu, cikgu memberikan kerja rumah yang memerlukan dia melukis sebuah potret keluarga. Ketika itu saya pulang bercuti di kampung. Dia datang kepada saya dan bertanya “Ucu, apat tak tahu macam nak lukis ni. Apat takde ayah… Habis apat nak lukis macam mana?” Hati siapa tidak sebak. Tapi saya cuba kawal emosi dan katakan kepadanya “apat lukislah gambar ibu, atok, nanny dengan ucu… lagi besarkan keluarga apat”.

Hati saya hancur dan sebak setiap kali melihat dia merenung ke arah kanak-kanak yang pergi membeli-belah bersama ayah mereka, membeli baju raya bersama dan berjalan sambil berpimpin tangan. Sungguh tabah hatimu wahai anak kecil. Kesengsaraan yang dihadapi kakak dan anaknya terlalu pedih untuk saya hadapi.

IKLAN

“*Be selfish as you wish. Anda mungkin berasa bangga kerana ‘MASIH LAKU’. Tapi anda menganiaya keluarga si isteri,” tulis Ismail lagi.

Saya tidak akan maafkan bekas abang ipar kerana membuat hidup mereka sengsara. Kepada yang SEDANG atau BERANGAN hendak menipu, fikirkan kesannya kepada keluarga si isteri. Anda mungkin merasa bahagia berfoya-foya dengan wanita-wanita lain dan bangga kerana ‘MASIH LAKU’. Tetapi anda menganiaya keluarga si isteri. Apakah perasaan anda melakukan penipuan sebegitu? Adakah aqad nikah itu hanya sebuah ‘karangan’?

Be selfish as you wish… but don’t be surprised if the same thing happened to your sisters. I wish my ex-brother in law can read this post. Saya masih belum berkahwin tetapi saya mohon kepada Allah agar pelihara saya daripada berkelakuan sedemikian.

My sister… she’s the strongest and bravest woman i ever know and my nephew, he’s a warrior.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI