
Siapa sahaja tak suka isteri cantik dan lawa bukan? Namun, itu bukanlah sebab utama untuk anda berkahwin. Jika sudah berkahwin, isteri automatik akan menjadi cantik dan akan berhias diri hanya untuk anda.
Tapi, suami jangan nak sama kan artis dengan isteri anda, artis tu keluar modal beribu-ribu tiap bulan untuk kecantikan. Kalau nak isteri cantik, jangan kedekut dan berkira untuk isteri beli barang kecantikan.
Isteri yang gembira = keluarga yang gembira
Terapkan ayat ini di dalam hati kita. Jagalah isteri anda sebaik mungkin, ambil tahu keperluan rohani si isteri. Terutamanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda sahaja tempat untuk isteri bergantung harap.
Pusing la macam mana pun, kita juga akan dapat hasilnya. Janganlah berkira, bukan mahal mana pun. Semuanya boleh tahan berbulan – bulan. Mulakan dari sekarang, tanya isteri. Tawarkan diri untuk beli alat solek untuk isteri. Bukan susah pun. Semuanya ada di lazada.
Keyword dia mudah. Bukan perlu beli semua, minta isteri beritahu yang mana dia betul – betul perlukan dahulu. Kemudian cuba beli yang lain pula bila ada kemampuan.
Kalau tak nak beli kat Lazada atau Shopee pun takpe, boleh juga tengok yang di Watsons (tengah offer) atau drugstore yang lain. Pastinya boleh belek sendiri untuk lebih yakin.
Semoga dengan penulisan ini dapat suami lebih menggembirakan isteri. Jangan segan untuk berkongsi post ini kerana semua suami wajib tahu kepentingan make up dan produk penjagaan muka isteri.
Untuk suami, mudah je. Ada sikat, gel rambut, deodorent dengan minyak wangi dah cukup hensem.
Sumber: FB Akhtar Syamir
Rumah Tangga Perlu Ada Tolak Ansur & Persefahaman. Barulah Kekal Bahagia!

Tipulah kalau rumah tangga tiada dugaan tetapi ia bergantung pada cara kita mengemudi bahtera tersebut. Rumah tangga yang bahagia memerlukan tolak ansur, komunikasi dan persefahaman antara suami dan isteri. Jika tiada komunikasi, bagaimana pasangan mahu mengetahui apa yang terpendam di dalam hati anda?
Rumah tangga memerlukan kedua-dua pihak untuk menjayakannya. Bagaimana mahu memiliki rumah tangga yang berjaya jika hanya seorang sahaja yang berusaha untuk mempertahankannya? Bantulah pasangan anda dalam urusan rumah tangga, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak.
Janganlah berharap semuanya isteri yang buat. Sekali sekala, anda pun tolonglah isteri anda di rumah. Jika isteri masak, suami tolonglah basuh pinggan dan periuk. Jika isteri nampak kepenatan, tolonglah uruskan anak di rumah. Jangan diletakkan semua pada bahu isteri. Isteri juga manusia seperti anda, bukannya robot.
Benarlah seperti kata Hani Mynis di laman Facebook miliknya. Isterimu diciptakan dari tulang rusukmu. Bukan dari kepala untuk dijunjung dan bukan pula dari kaki untuk dipijak. Isterimu bukan orang bawahanmu. Rumah tangga adalah tanggungjawab kedua-dua pihak untuk menjayakannya. Its takes two to tango.
Ayuh kita baca perkongsian penuh oleh Hani Mynis.
************************************************************************
Post “Apa nak buat kalau isteri balik kerja pukul 6.30 ptg tapi suami mahu makan sharp jam 8 malam” – SEDIKIT PEDOMAN
Hani jarang-jaranggggg sangat nak mengulas topik-topik viral kat sosial media di atas sebab-sebab mengambil prinsip sentiasa berlapang dada dengan perkongsian atau post orang lain Tapi disebabkan hari ini inbox hani meriah pm meminta ulasan terhadap tips yang diberikan oleh tuan tanah (TT) maka nya hani gigihkan juga diri untuk taip panjang2. Yang nak baca silakan baca.
Hani difahamkan, apa yang tuan tanah tulis bukan lah mengenai kehidupan peribadi beliau tetapi sebuah tips yang diberikan kepada sahabat beliau. Ni faktanya.

Tips yang beliau bagi kepada sahabat beliau mungkin jelek dimata kita tapi mungkin sebenarnya praktikal untuk sahabat tersebut. Macam mana jelek pun sekali kita, kita tak berada di kasut sahabat tadi. Mungkin tips yang TT beri itu sehabis baik utk menyelamatkan rumahtangga sahabatnya. Harap kita berlapang dada tang ni walaupun terpaksa.
Masalahnya disini (ha disini timbulnya masalah) bila TT share tips nya kepada public. Dimana pembaca nya ialah netizen terdiri daripada pelbagai latar belakang. Yang baru nak hidup. Yang belum kahwin. Ada yang lurus, ambil2 bulat2 tips tersebut dan merasakan its ok untuk buat mcm disarankan dalam tips. Ia meninggalkan impression yang semua itu isteri kena buat. Isteri kena jadi superwoman. Uruskan anak. Uruskan rumah. Bekerja pula lagi. Its ok untuk suami dilayan seperti raja. Isteri kena bergerak seperti robot. Isteri dilayan seperti hamba. Suami ialah bos isteri. Inilah perspektif yg org nampak dr post TT ni. Ini adalah merisaukan.

So ini pesanan hani untuk para suami (khas utk suami seperti suami sahabat TT)
Isteri mu diciptakan dari tulang rusukmu. Bukan dari kepala untuk dijunjung, dan bukan pula dari kaki utk dipijak. Isterimu bukan orang bawahan mu. Bukan juga hambamu. Rumahtangga adalah tanggung jawab dua-dua pihak menjayakannya. Its takes two to tango, kan? Berikan lah sedikit belas kasihan untuk sidia yang menjadikan rumah mu sebuah rumah, yang menjadikan mu seorang ayah. Tak tahu mana nak mula?
1. Kurangkan jangkaan mu. Lower down your expectation. Jangan expect rumah kemas 24 jam. Lagi-lagi kalau ada anak kecil. Jangan expect isteri (kalau x bekerja) sambut anda balik kerja dengan siap dandan rapi. Jangan expect sharp pukul 8 makan dah tersedia. Jangan! Letaklah diri anda di tempat isteri anda.
2. Tuan mungkin terkejut membaca ini. WARNING! Hal ehwal dan tanggungjawab menguruskan rumah bukan hak isteri. Isteri lakukan kalau tak sebab cinta tapi sebab ehsan kepada mu. Jangan sampai hilang kedua ini ya, tuan. Oleh itu, ringan-ringan kan lah tangan dan gunakan kudrat kesasaan tuan untuk sama-sama melakukan kerja-kerja rumah. Tak hilang macho tuan kalau tolong isteri jemur baju atau basuh pinggan. Percayalah.
3. Jaga mulut tuan. Kerana kata-kata adalah lebih tajam dari sebilah pedang. Tuan tak puas hati cara isteri uruskan anak? Jangan cakap je tuan, tunjuk caranya. Guide. Buat sama-sama. Ingat, tuan dan isteri kan partner. Bukan bos dan kuli.
Cukup lah tiga ini dulu. Banyak lagi sebenarnya, tapi Tuan follow tips tiga ni dulu, title suami soleh suami mithali dalam genggaman tuan.
Dan ini pula pesanan hani buat para isteri (khususnya yang mengalami nasib seperti sahabat TT)
1. Kurangkan jangkaan mu, sayang! Its ok not to be perfect! It’s ok not to be superwoman. You dont need to! You can do anything but you can not do everything! Tak mengapa kalau tak sempat nak masak, tapau je makanan kedai. Its ok kalau tak larat kemas, hire sahaja cleaner. Beli makanan kat luar atau hire pembantu doesn’t make us less of a woman. You just do you, dear.
2. Instead of trying to be perfect, be organised! Salah satu kunci menjadi seorang yang tersusunatur : delegate Puan! Jangan takut suruh anak buat kerja. Kalau anak masih kecil, jangan takut suruh suami. Puan pelajari ilmu meminta pertolongan dari suami ya. Ada banyakk cara boleh dipraktikkan. Jangan risau, setakat buat kerja rumah sedikit tak hilang nya sifat kelakian beliau. Bertambah lagi insyaAllah ada.
3. Know your self worth, Puan. Jangan pendam. Suara kan. Tak semestinya kena bertegang urat atau bergaduh. Banyak cara lagi. Bila Puan tahu nilai dan harga diri Puan, puan akan rasa sayang lebih kat diri sendiri. Kalau Puan tak sayang (baca:hormat) diri sendiri, sukar utk orang lain hormat Puan. Sesekali sekali tak salah Puan buat aktiviti self-care. Dapatkan me-time Puan. Sayangi diri ya. Kerana dirimu begitu berharga.

Banyak lagi nak tambah tapi cukup juga 3 ni dulu ya Puan. Kang panjang sangat hani tak pandai nak lukis.
Semoga puan sahabat TT dan senasib dapat sedikit manfaat dari perkongsian hani ni. Yang bernasib baik, mohon share juga sehingga sampai ke pembacaan sahabat TT ya.
Sekian perkongsian hani mengenai post yang viral harini. Yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.
Semoga bermanfaat
Yours truly,
#drurusrumah
#hanimynis
#samasamapenat
#samasamarehat
#roadtojannah
#urusrumahwithhani
Sumber: Facebook Hani Mynis
Bila Ada Orang MELAMAR, Jangan Tolak Mentah-Mentah. Mana Tahu Kalau Allah Hantar ‘Dia’ Jadi JODOH.

Ada orang susah nak jumpa jodoh tapi mungkin orang yang rapat dengan kita, rezeki jodohnya mudah sangat. Ada yang berkahwin, kemudian bercerai, boleh senang-senang jumpa jodoh baharu. Tapi kita kena juga menilai semula, adakah kita ni ‘menolak jodoh’?
Wanita bernama Afiqah Syahindah ini kongsi, syarat berjodoh bukan suka sama suka, syarat berjodoh adalah apabila ia datang dengan niat untuk menikahi mu dengan cepat, itulah jodoh. Bila ada orang melamar dan kita menolak, fikir betul-betul, jangan main tolak.
Hari ni kawan aku share perjalanan dia nak jumpa jodoh dia atau the right person untuk dia.
Dia pernah bercinta 8 tahun dengan ex dia sebelum ni tapi putus sebab alasan yang tak munasabah tapi dah putus jadi buat apa nak terhegeh hegeh, dia teruskan hidup dia. Siapa tak sedih 8 tahun tu lama, dan lepas setahun macam tu dia memang ada rapat dengan seorang lelaki ni tapi sebagai kawan biasa sahaja.
Rupanya lelaki tu dah lama suka dekat dia. Tapi dia bagi syarat dah taknak bercinta, kalau boleh kahwin terus. Dah tak larat nak bercinta, bertunang dan end up tak jadi. Tahun ni dia dah pun kahwin dengan lelaki tu. Alhamdulilah
ADA PENGAJARANNYA?
Apa pengajaran yang aku dapat dari cerita dia ni adalah… kalau dah bukan jodoh kau, alasan putus tu munasabah ke tak ke, still tetap bukan jodoh kau lah.
Dan orang yang kita tak pernah pandang, tak pernah kita sangkakan tu rupanya boleh juga jadi jodoh kita.
Dalam Islam sendiri mengehadkan tempoh taaruf. Jangan taaruf berlama-lamaan sebab ia membuka pintu fitnah. Dan jangan sesekali menahan orang lain untuk menunggu kita. Kalau dah bersedia kahwin, nikah. Kalau tak, lepaskan sahaja. Jangan ditahan-tahan sebab takutnya nanti kecewa di penghujung.
Ada juga sesetengah manusia yang bila bercinta dah sayang sangat, sampai kata kalau aku tak kahwin dengan dia aku akan jadi gila. Jangan pernah sebut macam ni sebab ia satu doa. Berdamailah dengan takdir.
Jika datang orang yang baik, sama ada lelaki atau perempuan terima lah. Kita memang ada hak nak tolak, tapi kita tak boleh nak tolak orang mentah-mentah. Hanya sebab kita tak suka dia, boleh jadi orang yang kita tolak tu orang baik. Orang baik datang sekali je dalam hidup. Lain lah kita dah nampak, dia tu penagih dadah ke, tunang orang, suami orang, atau suka buat jenayah, itu alasan munasabah jugak nak tolak.
Kita tak tahu berapa lama orang yang melamar kita tu merintih dengan Allah mengenai kita. Kita tak tahu berapa lama dia istikharah minta petunjuk dengan Allah. Jika nak tolak, fikir betul betul. Jika nak terima, fikir betul betul. Jangan main tolak sahaja. Fikir baik-baik takut kita terlepas yang selayaknya.
Syarat berjodoh bukan suka sama suka. Syarat berjodoh adalah apabila ia datang dengan niat untuk menikahi mu dengan cepat. Itulah jodoh. Jodoh tidak akan membuatkan kita menunggu lama tanpa keputusan yang tak pasti. Kerana jodoh adalah pilihan Allah, sedangkan harapan datang dari manusia yang akan kecewakan kita dengan sebuah perasaan rasa sayang yang tak pasti.
إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ، وَفَسَادٌ عَرِيضٌ.
Jika telah datang kepada kalian orang yang diredhai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah (dengan anak perempuan kalian). Jika tidak, nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan.
(HR Tirmizi)
Dah Boleh Rancang Duit Nak Kahwin Lepas Ni. Senang Je Caranya

Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465. Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.
Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.
Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu share di Facebook.
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan Hasilnya :
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya! 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00 Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.
Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!