Kedatangan Islam menyusun sistem perkahwinan termasuk poligami. Keharusan poligami itu diturunkan bersama beberapa kehendak dan aturan yang perlu dipenuhi suami.
Isteri sedia ada dan bakal isteri tidak boleh diperlakukan sesuka hati menurut hawa nafsu suami semata-mata. Memetik tulisan pakar perundangan di negara ini, hasil kajian mendapati kebanyakan negara Islam membuat pembaharuan Undang-Undang Keluarga Islam mereka.
Di Syria, pada 1953 menetapkan undang-undang suami yang ingin berpoligami mestilah membuktikan dia berkeupayaan dari segi kewangan untuk menyara isteri-isterinya di depan hakim mahkamah.
Pengadilan akan membuktikan apakah suami itu layak berpoligami ataupun tidak. Undang-undang itu diikuti negara lain termasuk Malaysia.
Dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Hal itu diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (AUKI – Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Menurut seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada mahkamah mengikut cara ditetapkan dan hendaklah disertai suatu akuan.
Akuan itu mengandungi alasan mengapa perkahwinan poligami itu patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan menyediakan butiran komitmen, kewajipan dan tanggungan kewangan yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan perkahwinan baru yang dicadangkan itu.
IKLAN
Pemohon juga perlu menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri diperoleh mengenai perkara berkenaan.
Dalam memberi pertimbangan, mahkamah mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami seperti diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984 iaitu:
1. Perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu memandangkan keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan perkahwinan baru itu.
IKLAN
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
Hakikatnya, syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak.
IKLAN
Namun, ia dijadikan sebagai mekanisme untuk mengawal lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka.
Allah SWT menegaskan betapa pentingnya suami menjalankan tugas dengan adil dan bertanggungjawab.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu bersekedudukan berumah tangga (dengan penuh mesra dan kasih sayang) dengan perempuan (yang kamu kahwini) itu dengan demikian kamu telah mengambil satu perjanjian yang amat berat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 21)
Perkara utama yang disyaratkan untuk suami berpoligami ialah adil dalam aspek nafkah zahir dan batin, kasih sayang, agihan masa, perhatian serta perkara lain yang sepatutnya menjadi hak bahagian setiap isteri dan anak.
Biarpun nafkah zahir atau wang ringgit boleh dikira, keadilan masih sukar untuk diterjemahkan. Keadilan dalam berpoligami bermakna suami melihat isteri-isteri dalam satu dimensi sama.
Suami tidak membezakan kecantikan, umur dan perkara lain berkaitan kelebihan dan kekurangan seseorang isteri. Allah SWT juga mengingatkan suami supaya tidak membiarkan isteri tanpa hak sewajarnya.
Penjelasan keharusan poligami dan kehendak undang-undang di negara ini bagi mana-mana suami yang berhasrat untuk berpoligami adalah sebagai panduan dan pertimbangan kedua-dua pihak sama ada suami, isteri sedia ada atau bakal isteri.
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan keji mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright….tajuknya now and forever by richard mark.
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. 🙂
Berjuraian air mata sebaik sahaja selesai akad nikah. Tak tahu kenapa tapi hati semacam sebak bila Tok Kadi sebut ‘sah’. Sebenarnya, ada perkara yang pasangan pengantin kena tahu sebelum berkahwin. Bila baca ni, memang patut pun lelaki yang baharu bergelar suami menangis!
“ Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan keselamatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan dan perjuangan, serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati Allah swt ke atas kamu dan orang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu.”
Maka dari itu, pasti bercucuran linangan air mata dari insan yang selama ini menjagamu, memeliharamu, mendidikmu dan menyayangimu. Can you imagine that?
Lelaki, Penyerahan ‘tanggungjawab’ bukan bermaksud ‘kau bebas’ bermain dengan nafsu semata-mata walaupun si dia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah kau sedia cari makanan saat si dia lapar, kau sedia cari ubat saat si dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit, kau sedia jadi budak riang, saat si dia stress dengan masalah, kau sedia pujuk saat si dia merajuk.
Kau sedia pinjamkan bahu saat si dia menangis, kau sedia masak, basuh kain, kemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain saat si dia berpantang dalam bersalin, kau sedia menahan lapar saat si dia perlukan kewangan untuk zuriatmu, kau sedia bangun malam saat si dia sakit menanggung perutnya yang memboyot, kau sedia membelai dengan penuh cinta.
Saat si dia lemah tidak punya kekuatan untuk bersalin, kau sedia berikan motivasi. Saat dia futur, kau sedia balik awal ketika kerja untuk memastikan si dia sentiasa selamat tanpa diganggu orang jahat, kau sedia bimbing ilmu fardhu ain, dan ilmu-ilmu yang lainnya sehinggalah si dia benar-benar faham dan amal.
Pendek kata kau sedia untuk menjadi sahabat, murabbi, dan kekasih buat dia.Kerana dia permata yang kau pilih. Maka kenapa perlu ‘berhenti’ walhal kau memilih jalan itu ? Kalau hendak berhenti kenapa perlu bermula?
Bukankah setiap yang bermula ia perlu diakhiri ? Ya, diakhiri dengan syurga dan redha Allah.
Siapa yang tak suka melihat gelagat Fila Amir bersama suami tersayang, Adama Camara di laman Youtube mereka? Mereka bukan sahaja ‘membawa’ penonton berjalan-jalan secara maya tetapi boleh juga tengok gelagat romantis mereka.
Instagram: @filaamir
Sebelum ini terlalu banyak berita negatif yang kita dengar tentang jejaka Afrika yang pandai bermulut manis. Tetapi kita lupa, ramai juga di antara mereka yang memiliki hati yang baik, tidak berniat untuk menipu gadis Malaysia. Rezeki Fila bertemu jejaka sebaik Adama tidak boleh dipertikaikan. Video kehidupan harian mereka yang dikongsi di Youtube dapat dinilai sendiri malah ramai juga memberi komen positif terhadap mereka.
Yang seronoknya, Fila dan suami bukan sahaja pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga namun ada misi yang jauh lebih bermakna yang mereka bawa ke sana. Kesemua pengalaman Fila di negara orang direkodkan dalam vlog yang disiarkan di Youtube dan ada juga yang dikongsikan di akaun Instagram.
Instagram: @filaamirInstagram: @filaamir
“Haihhh malu nak cerita tapi nak cerita jugak. Di sini orang perempuan akan pergi solat Jumaat juga di masjid. Husband ajak ke masjid sekali sebab nak serahkan Al-Quran untuk budak-budak tahfiz tu.
Alang alang dah pergi takkan la tak solat. Fila pun ikut sekali solat dekat bahagian perempuan tapi sebab tak pernah solat Jumaat, Fila mcm ragu-ragu betul ke 2 rakaat? Ishk… ke lain bagi perempuan 😓
Nasib baik ada Google. Fila pun Google cara solat jumaat bagi perempuan.. Astaghfirullah dah belajar dah kat sekolah tapi sebab tak buat jadi ragu-ragu.. Rupanya sama ja. Penuh masjid tu bahagian perempuan, dgn budak-budak remaja, orang tua semua sekali Alhamdulillah..”
Instagram: @filaamir
Selain pemberian Al- Quran, Fila dan Adama juga banyak melibatkan diri memberi bantuan kepada penduduk Guinea dari segi prasarana dan pembinaan masjid. Sumbangan yang disalurkan itu datangnya dari rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura.
“Alhamdulillah ni antara perigi yang dah siap. Diaorang happy sangat-sangat. Akhirnya ada sumber air yang lebih dekat dengan diorang. Rasa sebak sangat tengok reaksi diorang. Budak-budak pun teruja happy.. Dia berterima kasih banyak-banyak untuk orang Malaysia sebab sudi bantu diorang. MashaAllah.. diorang selalu berdoa untuk orang Malaysia dan minta sampaikan salam dan ucapan terima kasih diorang. Bangga sangat-sangat dengan orang Malaysia! ♥️🥰🥰🥰
Taklupa juga orang Singapore dan Brunei yang turut memberi sumbangan.
Terima kasih dan minta maaf kalau ada kurang ya, InshaAllah kami akan usaha untuk improve.”
Instagram: @filaamirInstagram: @filaamir
Sebenarnya, perkongsian Fila dan Adama ketika berada di Guinea sangat memberi inspirasi. Malah setiap lokasi yang mereka singgah seolah-olah membawa viewers bersama-sama dalam journey mereka ke sana.
Instagram: @filaamirInstagram: @filaamir
Semoga pasangan ini akan terus dikurniakan kebahagiaan dan dapat terus berbakti kepada keluarga dan masyarakat.
Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Deko Rumah Sendiri...