Perkara asas dalam menjamin keharmonian rumahtangga ialah memahami hak-hak yang mesti dijaga oleh pasangan suami dan isteri. Kegagalan memahami dan menunaikannya akan mengakibatkan mahligai yang dibina akan mengalami keretakan.

Dua hak utama bagi isteri secara zahir yang wajib dihormati serta dilaksanakan sepanjang tempoh perkahwinan supaya tidak timbul pecabulan hak dan kedamaian dalam jiwa seorang isteri.

Suami Kalau Nak Hidup Senang, Jangan Sesekali Pertikai Hak Isteri
9bf49070ae537dc1e292127e795ce657

Hak Pertama: Mahar

Mahar adalah suatu pemberian wajib daripada suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati kecuali dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Walaubagaimanapun suami dibolehkan berhutang mahar dengan isterinya, tetapi dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali.

Sekiranya suami enggan berbuat demikian, maka ianya adalah perbuatan maksiat yang diancam oleh Allah SWT. Iaitu sebagaimana ancaman Allah SWT kepada orang yang berhutang dengan niat tidak mahu membayar balik hutang tersebut sedangkan ia mampu untuk berbuat demikian. Perbuatan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah SWT.

IKLAN

Dari Muhammad bin Jahsy radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Pada suatu hari, kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW sedang menguburkan jenazah. Beliau menengadahkan kepalanya ke langit kemudian menepukkan dahi beliau dengan telapak tangan seraya bersabda: “Subhanallaah, betapa berat ancaman yang diturunkan.” Kami diam saja namun sesungguhnya kami terkejut. Keesokan harinya aku bertanya kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah! Ancaman berat apakah yang turun?’ Beliau menjawab: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh fii sabiilillaah kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh sementara ia mempunyai hutang, maka ia tidak akan masuk surga hingga ia melunaskan hutangnya.’” (Riwayat An-Nasa’i dan Ahmad)

Suami Kalau Nak Hidup Senang, Jangan Sesekali Pertikai Hak Isteri

Hak Kedua: Nafkah Diri (zahir)

IKLAN

Nafkah merupakan isu utama yang sering menjadi perbalahan antara suami dan isteri. Secara umumnya, nafkah merupakan tanggungan yang wajib ditunaikan oleh suami. Menurut istilahnya, nafkah bermaksud mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang (suami) untuk membiayainya. Ia bukan sahaja pada makan dan minum malah merangkumi tempat tinggal, pakaian, ubat-ubatan dan yang berkaitan dengan kebajikan isteri secara keseluruhannya.

Walaubagaimanapun menyediakan nafkah untuk isteri ini tertakluk kepada kemampuan suami. Mengikut hukum syarak, seseorang isteri yang taat kepada suaminya berhak untuk mendapat nafkah selagimana dia tidak nusyuz (keingkaran isteri mentaati perintah suami yang diharuskan oleh syarak) terhadap suaminya.

Sekiranya dalam satu tempoh perkahwinan, suami telah gagal menyediakan nafkah dengan baik, maka ia menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Ia boleh dilaksanakan melalui saluran undang-undang dengan membuat tuntutan di mana-mana mahkamah syariah.

IKLAN

Bagaimana pula sekiranya isteri bekerja? Adakah wajib pada suami untuk memberikan nafkah terhadapnya?

Hukumnya tetap wajib. Suami tidak boleh sama sekali beranggapan dengan keizinan yang diberikannya kepada isteri untuk bekerja dijadikan sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Mesti diingat, bahawa harta sama ada berbentuk wang ringgit atau sebagainya hasil daripada titik peluh isteri melalui usahanya sendiri adalah hak mutlak dan peribadinya dan tidak boleh diambil dan digunakan tanpa pengetahuannya.

 

SUMBER : mohamadzakihalim.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI