Indahnya bila baru berkahwin, Allah kurniakan pula cahaya mata. Ada yang bersedia, ada yang tak. Tapi satu yang pasti, suami adalah orang paling penting yang perlu ada untuk beri sokongan kepada isteri. Anak pertama, semuanya kekok. Sakit lepas bersalin, tak cukup tidur, anak meragam…semuanya boleh buat stres.

 

Suami Kena Ada Bersama Isteri Lepas Bersalin, Lebih-lebih Lagi Anak Pertama. Takut Isteri Stres & Meroyan

 

Ada wanita yang melalui saat mengandung tanpa ada masalah. Malah waktu hamil adalah saat wanita nampak paling cantik. Tapi lain pula halnya bila dah lepas bersalin nanti. Nak makan apa yang kita suka tak boleh sebab masih berpantang, nak jalan-jalan ambil angin luar pun tak boleh sebab masih berpantang. Pendek kata, semuanya terbatas. Itu belum lagi kesakitan bersalin normal dan Caesarean.

 

Apabila menerima cahaya mata pertama, kita sangat gembira dan teruja. Macam-macam rancangan nak buat. Nak ajar anak kenal ABC, 123, Alif Ba Ta kerana pendidikan awal macam ni memudahkan anak menghafal.

 

Tapi para isteri dan ibu kena ingat juga, bila dapat anak pertama, segalanya berbeza. Ada yang menghadapi kesukaran menyusukan anak sebab bayi kecil tak pandai menghisap. Ada juga yang payudara melecet sebab anak menyusu tak putus-putus, anak kena demam kuning dan perlu ulang alik ke hospital, anak tak mahu tidur malam dan asyik meragam. Macam-macam!

IKLAN

 

Sebab itu, suami perlu ada di sisi. Apa yang suami/ayah perlu buat?

 

1.Cuti

Ambil cuti lebih sikit untuk bersama isteri. Walaupun ada isteri yang akan berpantang di rumah ibunya tetapi dia tetap memerlukanmu. Dia nak sama-sama berjaga malam, sama-sama tak cukup tidur dan sama-sama tengok-tengokkan anak. ingat tak masa bercinta anda berdua buat semua benda bersama? Saat ini lagi penting!

 

IKLAN

2.Menyiapkan isteri dan anak

Pergerakkan isteri yang baru lepas bersalin agak terbatas. Jahitan lepas bersalin atau dari pembedahan Caesarean masih lagi baharu dan belum kering. Sakit! Jadi andalah yang akan bantu isteri sediakan air mandian, pakaikan bengkung, siapkan sarapan dan anda juga yang akan mendikan bayi.

 

3.Memasak

Sesekali, cubalah masak untuk isteri. Tinggalkan lauk yang dimasak di atas dapur dan mudahkan isteri mengambilnya nanti. Nak masak lauk berpantang bukan susah pun. Resepi pun boleh dapat secara online. Usaha tu penting.

IKLAN

 

4.Riadah

Lupakan seketika niat anda untuk lepak bersama kawan-kawan, main futsal atau berjogging. Anda perlu ingat, isterilah yang paling banyak meluangkan masa bersama anak sehingga dia sendiri tidak ada masa untuk ‘me time’. 40 hari tempoh berpantang adalah sangat panjang. Banyak perkara yang dia tidak boleh buat. Kenapa mesti anda lukakan perasaannya ketika ini.

 

5.Bekerja

Janganlah gunakan alasan bekerja untuk lari dari menjaga anak. Ada suami yang gigih masuk kerja hujung minggu atau kalau macam sekarang boleh Bekerja Dari Rumah, suami masih juga pergi ke pejabat kerana tak mahu duduk rumah.

 

6.Hadiah

Hadiah akan sentiasa menjadi benda yang paling isteri suka. Jika ada bajet lebih, belikanlah isteri hadiah sebagai penghargaan melahirkan zuriat untuk keluarga anda. Ada duit lebih, belilah yang mahal. Kalau tak ada, cukup sekadar apa yang isteri suka.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI