Lelaki jangan terkejut dan melenting tak tentu pasal jika wanita atau isteri anda mengalami perubahan emosi yang mendadak daripada periang kepada seorang yang tidak sabar secara tiba-tiba.
Hakikatnya bukan menjadi seorang wanita dalam melalui setiap fasa kehidupan mereka. Bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga tua banyak perubahan fisiologi dan biologi yang dilalui oleh mereka.
Ketidakseimbangan hormon khususnya menyebabkan perubahan kepada wanita termasuk tingkah laku atau emosi yang menjadikan mereka mudah sensitif, tertekan, marah atau murung.
Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang mendadak. Oleh itu, para suami dan lelaki harus sentiasa faham wanita disekeliling anda sedang mengalami perubahan fasa yang mempengaruhi emosi dan tingkah laku mereka.
IKLAN
Perkongsian daripada Puan Izzah Rosli merumuskan segalanya. Situasinya tampak mudah, tapi kerana emosi yang terlalu mempengaruhi wanita itu, benda yang senang jadi susah. Mari baca perkongsian daripada Puan Izzah ini semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan rujukan bagi kaum lelaki untuk lebih sabar dan bekerjasama dalam memahami perubahan mood kaum hawa ini.
Perempuan dan Emosi
Dah dua tiga kali cuba bukak pintu rumah dengan kunci yang sama tapi masih tak boleh bukak.. mula la nak bebai hentak2 pemegang pintu tu. Dalam hati dok beletiaq, dah la tengah dukung anak, satgi masuk rumah nak angkat barang, nak bagi fahem tidoq, nak iron baju fateh sekolah, pintu pun time2 nih la susah nak bukak..
IKLAN
Tetiba suami turun. dengan tenang cakap “mai sini kunci tu,biaq abang bukak” sekali cuba terus terbuka..ajaib betul. Lepas tu abang pesan,”orang bukak pintu guna kunci, bukan guna emosi.” Dah2 p masuk rumah satgi abang setel barang2. Terus stabil emosi2 yang berkecamok tadi..
Nampak macam perkara kecik, tapi memang terkesan kalau untuk makhluk yang bernama perempuan. Jadi time2 nih la tugas lelaki nak tunjuk cool dan tenangkan keadaan.
IKLAN
Bila isteri lambat terkial2 nak bersiap untuk keluar, jangan marah tapi cuba offer sesuatu yang dapat cepatkan kerja2 dia. Contohnya “ok sayang, kita nak p kenduri satgi.. sayang siapkan pakaian, abang siapkan anak2”
Bila bagitaw isteri esok kita nak balik kampung, jangan terkejut dan marah2 bila dia siap2kn beg macam nak pindah rumah. Tapi kena buat2 cool tanya dekat isteri “ada apa2 lagi tak yang abang nak kena angkat masuk kereta sayang?”
Bila isteri tengah belek tudung berjam2 depan cermin sebab tudung tak jadi, jangan dok tunggu depan muka dia lepas tu ulang2 dok tanya lambat lagi ka.. konpem lagi2 la tak jadi tudung tu.. cuba tukaq cakap macam nih plak. “Takpa la yank oii, kalau tudung tu xjadi2 esok abang beli tudung baru ja taw” wohaaa mesti isteri ceria seceria mentari pagi walaupun tudung dia heqot2 tadi..
Ini perkongsian Ebit Lew mengenai pengorbanan seorang isteri demi keluarganya, semoga bakal pengantin boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk melayari bahtera perkahwinan yang sememangnya mencabar.
Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari gi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna. Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku
Jangan marah bila isteri nak beli baju raya. Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana?kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak.
Suami dan anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi.
Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian.
Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki.. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat.
Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di hari raya ini. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu-ebit lew
Suami yang baik adalah satu rezeki yang tak ternilai buat para isteri. Jika ada anak, mempunyai ciri suami terbaik ini akan membentuk satu keluarga yang bahagia. Sebagai isteri bukan wang ringgit yang diperlukan untuk membentuk keluarga bahagia.
Ada orang kaya, hidup serba mewah tetapi tidak bahagia kerana suaminya tidak bertanggungjawab. Suami yang tidak bertanggjawab boleh menyebabkan huru-hara rumah tangga dan paling menyedihkan membawa kepada perceraian.
Jadi apa ciri suami terbaik yang menjadi idaman para isteri.
1. Ajar dan Bimbing Isteri Ke arah Agama
Sebagai seorang Muslim, perkara paling utama adalah dapat membawa isteri dan anak-anak berpegang teguh kepada ajaran Islam. Suami boleh menjadi imam solat fardhu, ajarkan baca Al-Quran dan tunjuk tauladan para nabi kepada anak-anak. Doa keluarga bahagia.
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74)
Kita semua tidak sempurna, mungkin ada suami yang kurang arif ilmu agama tetapi usaha ke arah agama itu paling diperlukan. Boleh sama-sama ikuti kelas agama yang ada di masjid dan Internet. Boleh juga membaca buku-buku agama. Suami boleh juga bertanya kepada rakan-rakan yang arif tentang agama.
Semua perkara ini akan membawa keluarga ke arah lebih dekat dan diredhai Allah SWT. Pada akhirnya, kita akan kembali mengadap Ilahi dengan segala amal baik yang kita lakukan di dunia.
2. Rajin Berusaha Mencari Rezeki
Ciri suami terbaik berikutnya adalah rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Contohnya, rajin bekerja, tidak malas dan sentiasa mahu menambah pendapatan keluarga. Asalkan rezekinya halal dan diberkati. Sebagai seorang suami sudah pasti mahukan rezeki terbaik seperti makanan untuk diberikan kepada isteri dan anak-anak.
3. Bijak Urus Duit
Duit gaji diurus dan digunakan dengan sebaiknya. Suami yang bijak akan aturkan wang untuk perbelanjaan dapur, nafkah isteri dan keperluan anak-anak. Mengurus wang adalah satu ilmu penting kepada keluarga. Jangan sampai ‘tercekik’ di tengah bulan gara-gara berbelanja tanpa perancangan.
Selain berbelanja, seorang suami juga perlu merancang untuk menyimpan wang untuk kegunaan ketika sukar nanti. Beli itu dan ini dah akhirnya duit habis tetapi tidak nampak apa-apa dibeli. Ada juga suami memberikan duit bulanan kepada isteri untuk diuruskan. Suami begini lebih yakin kepada isterinya berbanding diri sendiri. Bimbang, jika duit di tangan cepat habis dibelanjakan ke tempat lain.
4. Bantu Basuh dan Sidai Pakaian
Dunia sekarang rasanya susah nak jumpa basuh baju pakai tangan. Banyak sudah guna mesin basuh. Membantu isteri basuh dan sidai baju juga satu ciri suami terbaik idaman wanita.,Hanya masukkan baju, tunggu sejam dua dan siap. Kemudian sidai. Basuh baju tidak perlu mengadap mesin basuh sehingga tidak boleh kerja lain. Waktu menunggu boleh buat perkara lain seperti poin seterusnya di bawah.
5. Tolong Memasak Di Dapur
Sementara tunggu baju siap di basuh, boleh tolong isteri memasak. Ada suami dikurniakan bakat pandai memasak. Bonus sangat besar kepada isteri. Namun tidak semua suami pandai memasak. Tak mengapa, masih boleh tolong isteri dengan potong bawang, siang ikan dan potong sayur. Janji dapat tolong isteri di dapur.
6. Bantu Basuh Pinggan Selepas Makan
Ada keluarga sudah bahagi tugas. Isteri memasak dan suami basuh pinggan. Bagus cadangan ini supaya dapat hidup dalam suasana harmoni dan bertanggungjawab. Apa salahnya membantu isteri basuh pinggan setelah dia penat memasak di dapur. Masak bukan untuk orang lain tetapi untuk kita juga.
7. Beri Nafkah Zahir dan Batin
Nafkah adalah pemberian wajib daripada suami kepada isteri. Berdosa seorang suami mengabaikan perkara ini. Nafkah zahir seperti duit belanja diri, keperluan pakaian dan tempat tinggal. Sementara nafkah batin seperti memberikan kasih sayang dan ihsan kepada isteri.
8. Bantu Keluarga Sendiri dan Mertua
Ciri suami terbaik berikutnya adalah dapat berkongsi rezeki yang ada. Duit gaji diperuntukkan untuk ibu bapa sendiri setiap bulan. Walaupun sedikit, namun banyak keberkatan bersedekah kepada ibu dan bapa. Lebih baik, jika suami memberikan juga wang belanja kepada keluarga mertua. Niatkan untuk bantu mereka, insya-ALLAH diberkati rezeki kita.
9. Rajin Kemas Rumah & Buang Sampah
Hari-hari ada sampah di rumah. Jika hidup berdua pun sudah banyak, apatah lagi hidup dengan anak-anak yang ramai. Paling kurang sehari satu plastik penuh dengan sampah. Rutin kemas rumah termasuk sapu lantai, cuci kipas dan bilik air. Sebelum keluar kerja, boleh kumpul sampah tadi dan buang. Kerja senang, rumah bersih, isteri tersenyum riang.
10. Bawa Isteri dan Anak-anak Beriadah
Hujung minggu sebaiknya bawa isteri dan anak-anak beriadah. Tidak perlu jauh dari rumah pun, sekadar bawa ke taman pun sudah memadai. Selain menghilangkan stress tempat kerja, boleh mengeratkan hubungan kasih sayang.
11. Temankan Isteri Beli Barang Dapur
Kebanyakan dari suami jika beli barang dapur mesti bawa isteri. Jika datang berseorangan mesti ada checklist atau guna aplikasi seperti Google Keep untuk senaraikan barang. Jika bawa isteri untuk membeli barang dapur menjadikan tugasan suami lebih mudah dan tepat. Kita bantu bawa barang sahaja, biar isteri pilih barangan terbaik untuk keluarga. Keluar shopping juga salah satu masa emas untuk bersama pasangan.
12. Tak Minta Duit Isteri Untuk Beli Benda Tak Berfaedah
Kecuali keadaan mendesak, boleh pinjam duit isteri. Tidak bolehnya, jika minta duit isteri dan beli benda tak berfaedah. Anda sendiri tahu perkara apa tidak berfaedah, bukan? Lebih buruk lagi, sudahlah malas bekerja dimintanya duit isteri dan buat perkara tidak elok.
Sering kita mendengar kisah di mana tanah kubur masih merah, tetapi harta peninggalan arwah sudah ada yang direbut. Dan yang menjadi masalahnya apabila harta yang ada menjadi rebutan antara keluarga arwah dengan isteri/balu arwah dan anak-anak. Bagaimana dengan nasib dan hak anak yatim jika harta yang ada menjadi rebutan. Tidakkah mereka tahu makan harta anak yatim itu adalah haram dan harta yang ada sepatutnya perlu menjalani proses hukum faraid.
Ayuh ikut perkongsian lelaki ini Hishamuddin Abd Majid di laman sosial Facebook untuk kita sebagai orang Islam tahu hukum yang sepatutnya.
PENTING!!! ORANG ISLAM WAJIB BACA!! Ramai yang tak tahu & terlepas pandang
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri..
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.
8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.
Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2. Walaupun berhak pada harta si mati tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.
Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.
Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
Wallahu’alam
SUMBER: FACEBOOK HISHAMUDDIN ABD MAJID
GAMBAR HIASAN : AZFARINA SULAIMAN