JANGAN kata hendak berdua-duaan dengan isteri, hendak bersendirian pun belum tentu dapat. Kejap sorang ajak bermain, kejap yang kecik mau susu, mandi, tidur, hendak itu hendak ini sampai kita pun boleh pengsan.
BERGILIR DENGAN ISTERI
Tapi itulah cabaran setelah bergelar ibu dan ayah ni. Bagaimanapun, penting ada ‘Alone Time’ dengan isteri. Buatlah macam mana pun asalkan ada masa untuk berdua-duaan, dapat 5 minit pun cukuplah.
Pedulikan mulut-mulut bawang yang mengata sebab mereka tidak akan faham keperluan kita. Bawang buat mulut berbau, nanti isteri kata mulut kita busuk pulak.
5 KEPENTINGAN MASA ALONE TIME SUAMI ISTERI
1. TABUNG EMOSI
Tabung emosi ibarat simpanan kita di bank. Jika penuh kita gembira jika kosong kita boleh kena serangan jantung. Sama juga dengan tabung emosi keluarga kita, tidak boleh di biarkan kosong.
Kalau tabung emosi kosong mula lah pelbagai dugaan datang, emosi tidak dapat kawal, semua pandang rasa serabut.
Bila emosi bercelaru suami isteri tidak ada sefahaman, selalu bergaduh, anak pun terkesan selalu buat tantrum, rezeki susah nak datang dan rumah yang terang pun rasa kelam tidak bersinar.
Cakap i love you pun dah cukup mengemosikan pasangan kita. Jangan berat mulut.
2. LUAHAN PERASAAN
Masa berdua ini lah baru isteri kita mahu luahkan perasaan. Kalau tidak dia pendam rasa sakit hati, luluh hati, iri hati dan pedih ulu hati sorang-sorang.
Memang lumrah orang perempuan, mereka tidak suka mengadu tapi bila di tanya akan di ceritakan semuanya dari A sampai Z tanpa ada skip satu babak pun.
Bila hati dah penuh dengan sinetron ni mulalah minda fikir yang bukan-bukan. Muka pun jadi kusam, mata bengkak dan pipi cengkung.
3. KURANGKAN TEKANAN
Sudah dapat luah perasaan barulah isteri tidak stres, malah suami pun dapat hilangkan stres akibat dari isteri yang tidak keruan. Dua-dua tenang dan bahagia.
Lagipun setiap moment berdua-duaan itu boleh jadi ‘pain killer‘ untuk stres akan datang. Bila ada masalah dengan anak atau pasangan buat masalah, moment inilah yang akan buat kita kembali ke pangkal jalan.
Bak kata orang, cegah lebih baik dari mengubati. Sediakan payung sebelum hujan. Bukan sediakan payung emas je tahu, payung stres pun kena sediakan.
4. NAFKAH BATIN
Ini penting! Bagaimana sibuk pun, anak sudah 10 ke, nafkah batin tetap kena konsisten di batinkan. Hanya kerana kita sudah tua tidak bermakna keperluan batin pasangan semakin berkurangan. Ada yang semakin tua semakin menjadi-jadi.
Dalam Kitab Tafsir Ibn Katsir ada menyebut :
“ Mereka adalah ketenangan bagi kalian dan kalian pun adalah ketenangan bagi mereka ”.
Bermaksud isteri adalah ketenangan bagi suami dan suami adalah ketenangan bagi isteri.
5. BUNGA CINTA
Bunga cinta kalau tidak di siram lama-lama boleh jadi layu dan mereput. Bunga cinta ibarat perasaan cinta kita pada pasangan, ingat kembali bagaimana rasa cinta masa mula-mula kenal dulu, sepatutnya macam itu lah rasa cinta kita sampai tua. Bahkan patut lebih mekar dan besar.
Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk biar bunga cinta jadi layu dan mereput. Anak adalah baja cinta suami isteri jika pandai membaja, dan siram selalu bunga cinta dengan pasangan.
Masa berdua-duaan lah kita boleh saling siram menyirami bunga cinta, sorang-sorang siram boleh tumbuh ulat bulu kat bunga.
TINGGAL ANAK SEBENTAR
Tinggalkan anak PADA pengasuh atau mertua. Kemudianpergi tengok wayang dengan pasangan. Wayang 2 hingga 3 jam sudah cukup untuk bunga mekar. Jangan pula tinggal anak sampai seminggu, mertua pun mahu masa berdua duaan juga.
ADAKAH ANDA DAN PASANGAN MENGALAMI PERKARA SEPERTI INI:
- Menyampah tengok muka pasangan
- Tengok muka anak rasa hendak marah
- Sentiasa stres
- Mudah kecil hati
- Mudah curiga
- Suka mengadu masalah pada orang lain
Hargailah masa bersama yang ada sekarang kerana duit boleh di cari tetapi masa yang di sia-siakan tak akan boleh di ganti kembali.
SUMBER: FACEBOOK Mohd Fhais
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI