
Kepada para suami….
Terutama yang isterinya suri rumah, sebab yang suri rumah ni biasanya takde duit sendiri. Semua harap duit dari suami. Sesekali tu cuba tolong lipat pakaian isteri. Tengok keadaan pakaiannya. Elok lagi ke. Tengok baju dalam dia, dah longgar ke, tengok seluar dalam dia, dah koyak ke. Tengok kain batik dia, dah berapa kali jahit. Tengok tshirt dia, dah reput ke ke bahagian yang selalu kena air tu.
Kalau nampak kekurangan pada pakaian dia, cuba tanya kenapa pakai baju yang dah koyak ni? Dia mesti jawab, elok lagi tu. Banyak kenangan baju tu. Paling koman pun dia jawab, alaaa, bukan pegi mana pun, dok umah je.
Bila isteri bagi alasan macam ni, lihatlah kewangan yang anda bagi pada dia. Cukup tak? Lihatlah makanan yang dia masak untuk keluarga, cukup tak? Andai semua nampak cukup, bermakna semua kewangan yang anda bagi kepada dia, dia gunakan sepenuhnya untuk keluarga hingga mengabaikan keperluan dirinya sendiri.
Bunyinya macam kelakar. Tapi itulah caranya untuk anda paham situasi isteri. Tak semua isteri suka mengadu, suka meminta. Ada yang diam, mengorbankan hatinya demi kebahagiaan insan lain yang dia sayang.
Sian dia kan. Lalu anda bagi duit suruh dia beli pakaian baru, kan? Anda rasa betul tak cara tu? Cara itu salah sama sekali. Sebab apa? Sebab dia takkan beli pakaian dengan duit tu tapi dia akan beli barangan lain untuk keperluan rumah. Maka, ambillah masa, bawa dia ke kedai pakaian, belikan pakaian untuknya. Tunggu dia memilih pakaiannya dan letak di kaunter. Anda bayar. Baru selesai.
Dan kepada para suami yang isterinya bekerja, anda juga perlu melihat semua ini. Kerana pakaian adalah satu keperluan yang termasuk dalam nafkah yang wajib anda beri walaupun isteri anda bekerja.
Anda kena ambil tahu. Sebab dia takkan beritahu.
Nukilan Farizal Radzali
Isteri Insan Istimewa. Kalau Menyiasat Bagaikan Dewa Tapi Dulu Hingga Kini, Kaulah Lelaki Yang Dipuja-Puja

Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup. Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak. Lelaki ini kongsi, suami bukan takut bini sebab dia garang tapi…
TAKUT BINI
=========
Pendek je tajuk posting aku kali ni kan? Tapi pendek pendek macam ni lah yang paling kau orang goyang. Eleh, tak mengaku. Selalu orang cakap bukan takut bini tapi bini tak takut kita atau sayang bini punya hal.
Gila tak takut, bini kalau tekan mental suami bukan main main, boleh terangkat bontot. Lagi lagi bila suami buat hal. Bukan nak buat hal sangat pun, kekadang terbuat. Tergatal. Terkenyit. Terpandang. Tersentuh. Terngorat.
Bagi kita lelaki ni, buat hal macam mana sekalipun, isteri tiada tandingannya. Langsung tak ada. Yang mana tinggalkan atau abaikan isteri untuk orang ketiga atau orang luar, itu suami yang tongong.
Mana tak tongongnya, itulah wanita yang kau berhabis duit masa nak ngorat sampai lah kahwin. Wanita yang jaga makan pakai, sakit sihat dan melahirkan anak anak kau. Tetiba bila terjumpa orang lain, kau terus abaikan anak bini. Alahai tongongnya lah.
Kalau sampai kahwin lain tu berbaloi jugak, ini tak. Lepas tu kena tinggal. Buang duit, buang masa, buang tenaga dan buat lutut longgar je. Sebab tu kena takut bini. Bukan takut bini bermaksud tunduk depan bini, dengar cakap bini 100%, kau tu lelaki sebagai pemimpin. Bukannya dipimpin.
Maksud takut bini tu ialah takut bini hilang. Takut bini merajuk. Takut bini sakit hati. Sebab apa kena takut? Sebab kau akan menyusahkan diri dan pergerakkan kau sendiri. Bini ni bila dia rasa yang kau tipu atau buat hal, dia akan bertukar jadi orang yang sangat detail. Umpamanya habuk kat atas bumbung dan dalam tangki air pun dia boleh kesan. Punyalah hebat.
Banyakkan berbincang dan berkomunikasi selalu. Bila dah seminggu dua kurang bercakap, kurang bemesra, percayalah satu hari nanti semua itu akan berterusan dan mengakibatkan perpisahan. Nak bina balik susah. Sangat susah. Nak runtuhkan, semudah kau petik jari.
Aku tak pernah suka berkawan atau kenal orang yang suka maki, pukul, dan keras kat bini dia terutamanya yang tak reti menjaga maruah dan aib bini. Tak kisah kau siapa tapi kalau kau orang tu, memang aku tak mengaku kawan aku. Sibuk cakap pasal maruah kau sebagai lelaki tapi maruah isteri kau injak injakkan.
Bini merajuk sebab perlukan perhatian. Bini marah sebab dia tak nak kau terleka. Bini membebel sebab dia nak meluahkan. Bini soal sebab dia nak tahu insan dunia akhirat dia berlaku jujur. Bini menangis sebab dia sayangkan hubungan dan rumah tangga yang dibina.
Isteri itu insan istimewa. Kalau menyiasat bagaikan dewa. Tapi dari dulu hingga kini, kaulah lelaki yang dipuja puja. Setiap saat takkan habis teruja. Kekal setia walau badai melanda.
#SuamiMithali
#TillJannah
#LebihGeli
Ustaz Datuk Kazim Elias Kongsi 4 Punca Kenapa Sebuah Perkahwinan Itu Tak Bahagia

Perkahwinan memerlukan usaha kedua-dua belah pihak: iaitu suami dan isteri. Dan perkahwinan bukan melalui detik bahagia saja. Ada pasang surutnya.
Tapi, kalau salah satu daripada pasangan mula merasa ada “sesuatu yang tak kena“, mungkin memang ada masalah yang boleh tercetus dalam perkahwinan itu.
Kadang-kadang, anda boleh agak ada sesuatu yang kena, tapi anda sengaja menafikan kata hati.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
.
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
.
Tak tak.
.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no ??♀️??♀️??♀️
.
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha ?
Selagi hang boleh ikut, ikut.
.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
.
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
.
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
.
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
.
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala ❤️
.
Credit : Rahmat Ikhsan
Belajar jadi seorang yang menghargai
Berdosa Seorang Suami Sekiranya Tidak Menasihati Isteri Dibawah Jagaannya

Seorang suami atau seorang penjaga akan berdosa sekiranya dia tidak menasihati isteri atau wanita dibawah jagaannya dalam perkara yang ma’ruf dan tidak menghalangnya daripada melakukan perkara yang munkar
Di dalam kalam Al-Quran terdapat firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” (an-Nisaa’: 34).
Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita dan mereka wajib menyuruh wanita iaitu isteri mereka untuk menunaikan hak-hak Allah SWT seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang wanita-wanita daripada melakukan perkara maksiat.
Sebagai kesimpulan, suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya sekiranya dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin iaitu dengan menasihati dan membimbing isteri mereka.
Adapun, jika isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur, atau isteri melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya maka isteri itu tetap berdosa dan bukan dibawah tanggungan suaminya.
Setiap insan yang mukallaf akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.
Sumber diambil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.