Bertuahnya Datin Sri Noniswara. Kekal jelita walaupun usia dah mencecah 51 tahun. Macam tak percaya, kan? Seri awet muda wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini rupa-rupanya disebabkan aura bahagia yang dikecapinya dalam perkahwinan kali ke-3 bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3
Datin Sri Noniswara yang masih jelita dalam usia 51 tahun!

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3

“Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan kami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya dan mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3
Datin Sri Noniswara dan suami, Dato’ Sri Dr Sheikh.

Dari segi karier, suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama.

IKLAN
Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3
6 tahun pasangan secocok ini hidup bahagia sebagai suami isteri.

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3Maka, saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (27 tahun), Nurerysha Emyra (22 tahun) dan Nazeer Danish (14 tahun).

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3
Bersama anak-anak kesayangan.

“Hubungan saya dengan anak-anak umpama kakak dan adik, adakalanya seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak, sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka dan mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan saya.”

IKLAN

RAHSIA AWET MUDA
“Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia.

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3“Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.

IKLAN

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana, jadilah wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.

Suami Manja & Suka Berjenaka, DATIN SRI NONISWARA Bahagia Dengan Perkahwinan Kali Ke-3
Semoga Datin Sri Noniswara bahagia bersama suami sampai syurga.

Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Kredit Foto: Instagram Noniswara

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI