Berjuraian air mata sebaik sahaja selesai akad nikah. Tak tahu kenapa tapi hati semacam sebak bila Tok Kadi sebut ‘sah’. Sebenarnya, ada perkara yang pasangan pengantin kena tahu sebelum berkahwin. Bila baca ni, memang patut pun lelaki yang baharu bergelar suami menangis!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jentikhati™ (@jentikhati)

Kredit video: Tiktok @aqadfilm 

 

Saat si ayah berkata,

“ Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan keselamatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan dan perjuangan, serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati Allah swt ke atas kamu dan orang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu.”

 

IKLAN

Maka dari itu, pasti bercucuran linangan air mata dari insan yang selama ini menjagamu, memeliharamu, mendidikmu dan menyayangimu. Can you imagine that?

 

Lelaki,
Penyerahan ‘tanggungjawab’ bukan bermaksud ‘kau bebas’ bermain dengan nafsu semata-mata walaupun si dia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah kau sedia cari makanan saat si dia lapar, kau sedia cari ubat saat si dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit, kau sedia jadi budak riang, saat si dia stress dengan masalah, kau sedia pujuk saat si dia merajuk.

Kau sedia pinjamkan bahu saat si dia menangis, kau sedia masak, basuh kain, kemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain saat si dia berpantang dalam bersalin, kau sedia menahan lapar saat si dia perlukan kewangan untuk zuriatmu, kau sedia bangun malam saat si dia sakit menanggung perutnya yang memboyot, kau sedia membelai dengan penuh cinta.

 

IKLAN

Saat si dia lemah tidak punya kekuatan untuk bersalin, kau sedia berikan motivasi. Saat dia futur, kau sedia balik awal ketika kerja untuk memastikan si dia sentiasa selamat tanpa diganggu orang jahat, kau sedia bimbing ilmu fardhu ain, dan ilmu-ilmu yang lainnya sehinggalah si dia benar-benar faham dan amal.

 

Pendek kata kau sedia untuk menjadi sahabat, murabbi, dan kekasih buat dia.Kerana dia permata yang kau pilih. Maka kenapa perlu ‘berhenti’ walhal kau memilih jalan itu ? Kalau hendak berhenti kenapa perlu bermula?

IKLAN

 

Bukankah setiap yang bermula ia perlu diakhiri ?
Ya, diakhiri dengan syurga dan redha Allah.

-Jentik Hati-

 

Kredit foto: TANGKAP PICTURES

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI