Tertekan di tempat kerja, ditambah pula dengan tekanan di rumah boleh menyebabkan mood isteri menjadi negatif. Namun kebanyakan isteri mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan nampak seperti okay sahaja melakukan semua kerja itu kerana tidak mahu bertengkar dengan suami.
Sebagai suami, sepatutnya anda cuba cari jalan untuk meringankan bebanan isteri walaupun isteri hanya suri rumah. Jadi suri rumah sepenuh masa pun penat, lebih-lebih lagi kalau ada anak ramai. Ini yang dikongsikan Nurul Ilyani di Facebooknya.
ISTERI DIAM BUKAN TANDA SEMUA ‘OK’
Sumber: Google
Hari ini saya mahu cerita. Mungkin suara segelintir isteri. Ya mungkin juga bukan suara semua. Dulu, apabila saya penat semua saya cerita dengan suami. Saya membebel dan bercakap pasal semua penat saya. (MEMBEBEL ya. Bukan MELUAHKAN. MELUAHKAN sangat positif. MEMBEBEL negatif. Baca terus hingga perenggan akhir nanti).
Apabila saya mula mendidik anak sepenuh masa, saya pula belajar komunikasi teknik Nabi SAW dalam parenting, saya jadi bercakap perkara-perkara yang penting dan bagus saja. Walaupun hari itu saya lalui dengan teruk sekali. Ia bagus supaya minda saya kekal positif. Apabila saya asyik merungut dan menyebut-nyebut perkara negatif, saya akan jadi lebih negatif.
IKLAN
Suami, isteri kalau yang pandai kawal emosi mereka banyak diam. Mereka telan dan selesaikan. Semua masalah hiruk pikuk di rumah semua selesai sendiri. Daripada tak dapat makan dengan tertib, mandi dan urus diri dengan sempurna, semua dia diam. Diam dia bukan dia OK dengan semua ini. Diam dia kerana dia mahu kekal POSITIF menjalankan tugas dia sebagai isteri dan ibu.
BERILAH ISTERI GANJARAN
Suami, tak banyak pun perlu buat. Apabila balik kerja, beli makanan kegemaran dia. Hari-hari pun tak apa. Suami saya selalu beli nescafe ais ikat tepi kegemaran saya walaupun kadang-kadang lupa. Suami kata tak elok. Tapi saya teringin juga Air sejuk itu buat saya gembira dan kurang penat. Kalau isteri gemar makan mahal-mahal, dan kalau hari-hari beli pokai juga , beli hadiah kecil-kecil yang comel. Di kedai Hinode pun banyak.
IKLAN
Suami, apabila balik kerja, nampak isteri sibuk kalut, terus ambil anak-anak, suruh isteri masuk bilik rehat 30 minit, biar urus diri. Atau kalau anak-anak sudah besar, bawa keluar jalan-jalan. Sekurang-kurangnya dapat isteri tadi bersosial dengan whatsapp group kawan-kawan solehah dia atau buat posting ilmiah di FB. Itu sebagai BOOSTER untuk tenaga dia sampai keesokan hari.
JANGAN LOKEK NAK PUJI ISTERI
Suami, apabila balik, tak banyak, sekali puji dan ucap terima kasih. Ya Allah, isteri, sekali tuan-tuan cakap “Terima kasih jaga anak-anak, sayang memang isteri dan ibu yang bagus”. Percayalah walaupun dia macam malu-malu kucing, dalam hati dia macam ada gendang yang dipalu-palu. Gitu.
IKLAN
Suami, apabila malam sudah tenang-tenang, tanya soalan, “Harini sayang okay?, Sayang buat apa?” Walaupun tuan-tuan tahu hari-hari buat benda sama. Ya Allah tak tahu kata apa, isteri walaupun dia jawab nak tak nak tapi dia suka. Kalau dia stress masa ini dia luah semua. Ini baru komunikasi positif. Sebenarnya, isteri mahu rasa diberi perhatian saja. Rasa diambil tahu. Dia bukan minta rumah 10 biji, emas 1 tempayan, dia mahu PERHATIAN, SECURE dan SAYANG.
Barulah jadi suami isteri positif, mendidik anak-anak positif, lahir keluarga positif. Apa-apa kita jumpa di Bangi nanti. Kita story banyak lagi.
Benar
Ummu Ilham
(Yang sentiasa mohon Allah jadikan diri yang positif)
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri dalam jarak jauh di zaman ini bukan mudah. Isteri atau suami terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai kerjaya di tempat yang berbeza.
Perkahwinan begini atau dipanggil PJJ ada kalanya bukan pilihan. Akan tetapi terpaksa diterima kerana masing-masing punya komitmen dalam kerjaya dan meningkatkan ekonomi rumah tangga dalam keadaan kehidupan zaman kini yang serba tinggi kos hidupnya.
Malah, lebih banyak masalah yang timbul berbanding kebaikan yang diperoleh. Antara masalah yang sering timbul kerana perkahwinan jarak jauh ini ialah, masalah kewangan, cemburu, penat berulang alik, masalah emosi seperti hidup kesepian dan masalah psikologi. Apabila terpaksa menerima perkahwinan jarak jauh sebegini, pasangan perlu banyak bersabar dan menghadapi segalanya dengan positif dan sentiasa bersangka baik.
Masalah kewangan
Apabila sudah tinggal berasingan, kewangan semakin bertambah. Seperti kata orang Melayu ada dua periuk. Bila ada dua rumah semuanya terpaksa berganda. Bayaran rumah, bil elektrik bil air dan kegunaan kenderaan. Terpaksa guna banyak wang untuk berjumpa keluarga, bayaran duit minyak, tol dan keperluan lain.
Masalah emosi dan psikologi
Masalah emosi pula membabitkan perasaan sunyi dan tidak berteman. Naluri manusia inginkan sentiasa dibelai dan disayangi. Jika mereka sudah berkahwin tetapi tidak mendapat belaian pasangan jiwa akan kosong dan mudah mengalami tekanan jiwa. Berkemungkinan kecurangan boleh berlaku akibat terlalu sunyi dan kurang belaian daripada pasangan.
Penat berulang alik, banyak masa terbuang
Masa banyak terbuang sebab terpaksa berulang alik jumpa ahli keluarga dan setiap kali balik mereka tentu menggunakan kewangan yang banyak. Keletihan ada kalanya membuatkan produktiviti menurun kerana akibat terpaksa berulang alik setiap minggu mereka menjadi penat dan emosi turut terganggu.
Cemburu, curiga & menyebabkan konflik
Perasaan cemburu dan curiga tidak dapat dielakkan jika suami atau isteri terpaksa berjauhan kerana tugas dan tidak dapat melayari kehidupan seperti pasangan biasa berkahwin, iaitu tinggal bersama. Pelbagai perkara yang difikirkan oleh suami atau isteri apabila berjauhan. Ini kerana perasaan sayang dan bimbang pasangan diambil orang lain membuatkan sering kali mereka berfikiran curiga terhadap pasangan yang berjauhan.
Baru sampai di rumah terus mesej padahal baru saja jumpa. Itulah yang selalu kita alami dengan pasangan kita. Kedua-duanya sibuk bekerja dan mencari rezeki untuk membina masjid yang baru sahaja di bina.
Memang seronok dapat berhubung dengan tersayang walaupun ketika itu mereka sedang bekerja. Tetapi hanya kerana zaman teknologi, anda perlu menghantar mesej setiap minit kepada pasangan anda. Secara tidak langsung mungkin kita telah menggangu kerja si dia.
Sebenarnya ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk merasa si dia sentiasa di hati. Fikirkan juga pada pasangan anda, mesti kedua-duanya faham. Ada cara yang lebih sweet dan comel anda boleh cuba. Jom lihat.
1.Tulis surat dan letak dalam briefcase/ Beg si dia
Wah, sejuk hati si dia bila dapat surat sebegini. Manalah tahu mungkin masa itu dia sedang stress kerana hal kerja, tiba-tiba terjumpa surat yang anda tulis. Itu boleh menaikkan semangatnya untuk melakukan kerja kerana teringatkan anda.
Tidak perlu hidangan yang terlalu berat dan susah. Buatlah yang memadai sahaja seperti makanan kegemaran. Letakkan di dalam bekal lauk dan hantar kepada pejabatnya untuk seperti waktu lunch untuk makan bersama.
Setelah penat seharian bekerja, malam adalah waktu anda patut bersama. Bawanya keluar makan malam di tempat yang istimewa supaya dia merasa di hargai. Bukankah itu lebih manis?
Tidak perlu mesej, tapi cukuplah mengambil masa 15 minit untuk menghubunginya, sekadar bertanya khabar , apa yang dilakukan hari ini, bagaimana hari anda berdua, mengenai kerja dan sebagainya yang ringan. Ia dapat mengubati rindu mendengar suara satu sama lain, lebih-lebih lagi jika anda terjebak dalam long distance relationship.
Daripada anda menganggunya dengan terus menghantar mesej, anda boleh menghantar gambar anda sendiri kepadanya ataupun selfie. Apa yang anda mahu hantar adalah terpulang kepada anda. Gambar seperti yang comel, kelakar, seksi, asalkan sesuatu yang membuatkan dia happy bila melihatnya. Jangan lupa selitkan mesej ringkas paling sweet atau gurauan senda.
Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2. Jangan dilupa “Tabung Haji”, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna “Nawaitu” itu telah ada!
3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata “Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, reda itu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri!
5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, reda dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau nak bantu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dalam hadis Rasul SAW.
7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan & saudara-mara…
Jenaka Ustaz Azhar …..
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing.
Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.
Muhasabahlah diri kita. Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah. ( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW bersabda:“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al- Bukhari)