Macam-macam cara suami yang ‘licik’ nak menggunakan kelebihan pada isteri. Bukan tak boleh tetapi biarlah cara itu menyenangkan kedua-dua belah pihak. Duit hantaran yang diberikan adalah hadiah suami kepada isteri. Bila dah namanya pinjam, kenalah pulangkan balik kan?

 

Ada persoalan tentang duit hantaran yang dipinjam suami. Dan ini jawapan padu Ustaz Azhar Idrus.

Suami saya ada meminjam wang hantaran pernikahan saya sebanyak RM2500 untuk keperluannya. Masalahnya sampai sekarang suami saya tidak membayarnya. Bila saya minta suami saya kata dia telah banyak mengeluarkan belanja sara hidup nafaqah saya jadi sudah kira tertolak hutang dengan saya itu.

Adakah benar seperti itu ustaz?

Suami Pinjam Duit Hantaran, Tapi Hutang Tak Dibayar Konon Dibalas Nafkah. Padu Jawapan Ustaz Azhar Idrus.
.

JAWAPAN :

Jika suami berhutang dengan isteri samada dari wang hantaran atau lainnya milik isteri sebab ada keperluan terdesak nescaya wajib dibayar kembali olih suami. Jika isteri menghalalkannya maka terlepas kewajipan membayar olih suami tetapi jika isteri tidak menghalalkannya maka suami tetap wajib membayar hutang tersebut.

Jika suami sengaja tidak mau membayarnya sedangkan suami mampu untuk membayarnya maka hukumnya adalah haram. Memakan harta yang haram sekalipun harta isteri menyebabkan amalan suami tidak diterima. Apabila suami meninggal dunia sedangkan hutang isteri tersebut belum dijelaskan maka hendaklah diambil dari harta peninggalan si mati bagi membayar hutang tersebut dan jika tidak ada harta maka hendaklah para waris membayarnya bagi pihak si mati dan jika tidak dibayar nescaya mayatnya dikira berhutang.

IKLAN

Islam mengharamkan perbuatan berhutang tanpa mahu membayarnya sebagaimana mengharamkan perbuatan mengambil harta orang lain tanpa hak seperti mencuri dan merompak dan menyamun atau dengan jalan menipu dalam berniaga dan sebagainya.

Allah Taala memberi ancaman di dalam Al-Quran :

وَمَن يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّاكَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

IKLAN

Artinya : “Barangsiapa yang berkhianat (mengambil hak orang lain dengan cara batil) dalam urusan harta maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) yang setimpal sedangkan mereka tidak akan dizalimi. (Ali-Imran 161)
Suami Pinjam Duit Hantaran, Tapi Hutang Tak Dibayar Konon Dibalas Nafkah. Padu Jawapan Ustaz Azhar Idrus.
.

Dari ayat di atas jelas bahwa hukumnya adalah haram siapa sahaja yang meminjam harta orang lain dan sengaja tidak mahu mengembalikannya atau mengambil hak orang lain secara batil dan sengelat dan sebaginya.

Jika suami berkata bahawa suami tidak wajib lagi membayar hutang tersebut sebab suami selalu memberi nafaqah makan minum dan belanja keperluan dapur selama mereka bersama maka perkataan suami itu adalah batil dan tidak ada ulama yang mengeluarkan hukum seperti itu. Semua itu adalah kewajipan yang berasingan tidak sekali-kali termasuk hutang.

IKLAN

Memberi nafaqah adalah satu kewajipan manakala membayar hutang adalah satu kewajipan yang lain. Suami tetap wajib membayar hutang isterinya walaupun sudah bertahun memberi nafaqah dan hadiah dan harta kepada isterinya.

Kesimpulannya suami wajib membayar hutang dengan isterinya melainkan jika isterinya menghalalkannya maka terangkatlah kewajipan membayar hutang dari suaminya dan itulah yang sebaiknya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

 

Kredit foto: Instagram The Chempaka

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI