Individu dengan gejala gangguan personaliti narsistik sering mengalami masalah hubungan dengan orang lain. Tingkah laku individu yang memiliki sikap narsistik juga sering gagal dalam perhubungan intim, kekeluargaan dan profesyen.
Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan individu yang memiliki personaliti narsistik lebih berisiko untuk mendapat masalah keresahan (anxiety), masalah mood dan penyalahgunaan dadah.
Dalam perkahwinan, jika si suami memiliki sikap narsistik yang menjadi mangsa tentulah si isteri.
Berikut perkongsian daripada Firdaus Shakirin tentang suami yang memiliki sikap narsistik.
Se”emo” si isteri, psiko dan narcissist lagi si suami…
Sakit mental si isteri berhadapan dengan suami yang tak pernah nak mengaku salah, tak pernah nak meminta maaf dan sentiasa merasakan dirinya saja yang betul…
Ada masalah antara satu sama lain, tapi bila diajak berbincang bertentang mata, dia elak…Ada buat salah dan tak nak mengaku, tapi bila ditegur, dia menyalahkan orang lain…
Psiko…Narcissist…
Terlampau rasa diri tu terlalu superior dalam sesebuah hubungan sampai tak boleh kena tegur, tak boleh dinasihatkan…pantang disentuh dan diperbetulkan… pantang disuruh dan diperingatkan…
Ads
Dia on top of everything walaupun contribution dia dalam hubungan tu tak nampak apa…lebih banyak memerintah daripada menolong…lebih banyak menambahkan daripada meringankan…lebih banyak menyusahkan daripada mempermudahkan…
Luar rumah, dia nak di nampak sebagai seorang yang perfection & admiration…dalam rumah, dia exploit pasangannya sehabis yang boleh…
Karakter si psiko yg narcissist ni adalah dia manusia yang mempunyai ego level tertinggi, lack of empati, sentiasa nak diberi perhatian hanya kepadanya seorang saja, kurang bertanggungjawab dan banyak menyalahkan…
Bila si isteri stress & mental dealing with suami yg narcissist, kita anggap dia emo…but se’emo’ diri dia, saiko lagi diri suaminya.
Dua minggu lalu penyanyi dan pelakon, Aizat Amdan dengan terbuka telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Elyssa Alia Illias dan awal pagi tadi, mereka sah bergelar suami isteri selepas tiga tahun berkenalan.
Kredit foto: Instagram @aizatamdan
Pasangan ini dinikahkan bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dengan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan. Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
Kredit foto: Instagram @aizatamdan
Merpati dua sejoli ini yang mengenakan rekaan dari jenama Altelia Amani tampak begitu cantik dan segak. Dilatari dekorasi pelamin dengan konsep bunga-bunga vintaj hasil sentuhan KL Wedding Ministry, A-Park Puchong menjadi lokasi majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua ini bersyukur kerana telah kini mereka melalui fasa baharu dalam hidup.
Kredit foto: Instagram @aizatamdanKredit foto: Instagram @aizatamdanKredit foto: Instagram @aizatamdan
“Selepas ini, apa sahaja tindakan tidak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu minta persetujuan bersama.”katanya.
Menurut sumber dari Media Hiburan, pasangan ini akan berangkat ke Los Angeles pada Spetember nanti untuk menguruskan hal kerja dan terus menyambung perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu. Wow! Jarang sekali kita dengar pasangan pengantin memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu. Tak sabar nak lihat foto-foto mereka nanti.
Bila nak transformasi ruang rumah bagi nampak kemas, anda kena ada sedikit ilmu deko. Tak boleh main letak dan tarik perabot. Nanti nampak sempit dan sakit mata memandang.
Nak-nak pula kalau rumah anda jenis banyak barang, yang baru pindah rumah jadi pasangan suami isteri pun kena belajar tip daripada Puan Khairunnisa Hamzah ini, jom baca ilmu dekorasi mudah.
Transformasi Ruang Bagi Nampak Kemas
Bila masuk rumah baru, kosong lagi, mungkin kita boleh jumpa ramai pakar hiasan dalaman di luar sana. Tapi lebih jimat kalau anda cuba hias sendiri.
Tak perlu cari rumah baru tapi tukar suasana ruang jadikan baru. Semoga menjadi rumah yang dirindui oleh setiap ahli.
11 Tip Dekorasi Rumah Menjadi Wow!
Ini sedikit tip transform rumah jadi WOW buat semua pembaca:
1. SUSUNAN
Siapkan laluan. Contoh dari pintu masuk ke dapur, ada laluan tanpa halangan. Dari bilik tidur ke bilik air, juga tiada halangan. Dan dari dapur nak ke meja makan untuk hidang, dekat dan juga tanpa halangan.
Sebaik dapat kenal pasti laluan, susun perabot di lokasi selain dari laluan. Pada laluan, kosongkan. Laluan yang mudah akan memberikan keselesaan pada pergerakkan setiap ahli rumah dan tetamu yang datang.
Untuk buat illusi optik atau kesan dramatik, boleh buat susunan luar biasa. Seperti gambar, sofa di susun melebihi dinding. Ini bertujuan seperti pembahagi ruang. Namun masih belum mengganggu laluan. Kesannya, rumah yang kecil ini nampak luas, kan?
2. PERABOT
Bagi rumah yang kecil, elakkan perabot bersaiz besar dan gelap. Dapatkan perabot yang mudah alih. Tapi labur sedikit wang untuk sofa.
Ini akan jadi watak utama dalam rumah. Sofa yang selesa akan membuatkan penghuni rumah dan tetamu duduk lama. Seperti gambar, sofa boleh dilipat turun menjadi sofa bed. Siang kerusi, malam katil.
3. PELEMBUT
Pelembut akan bagi karakter pada rumah, ramai orang terlepas pandang. Ini perkara paling penting, bukan paling tak perlu kisah.
Apa itu pelembut? Ini barang yang menggunakan fabrik seperti langsir, bantal, dan karpet. Perkara paling perlu diingat ialah, apabila satu pelembut sudah bercorak, yang lain tidak perlu bercorak. Contoh, jika langsir bercorak, maka bantal kusyen dan karpet tidak.
4. WARNA CAT
Banyakkan cat putih untuk nampak luas. Rumah lama biasanya menggunakan cat berwarna krim.
Warna kuning atau krim akan berikan rupa lama dan usang.
Warna seperti merah, jingga dan pink jika digabung bersama akan jadi warna panas (warna api).
Warna sejuk ialah seperti warna hijau dan biru (warna laut).
5. DINDING FOKUS
Untuk fokuskan dinding, pilih satu dinding yang mula-mula nampak sebaik masuk ruang tersebut. Atau pilih dinding yang aktif fungsi seperti dinding tv.
Dinding fokus boleh diwarnakan dengan warna yang pop-up ikut kesukaan mata masing-masing. Tapi awas, elakkan warna merah menyala kerana ini akan mengundang sakit kepala. Jika malas cat, boleh pasang wallpaper atau 3d wall decor.
6. LAMPU
Lampu akan berikan kesan dramatik. Jika hanya ada lampu putih, ruang akan nampak jelas dan tiada fokus. Setiap sudut terang kelihatan.
Jika sepah, ini akan jelaskan sepah itu dengan sangat nyata. Buka lampu kalimantang dan tukarkan dengan lampu beridentiti.
Di dinding fokus, pasangkan spotlight. Di sebelah sofa dan katil bilik tidur, pasangkan lampu meja. Cahaya lampu pula ada 3 jenis:
White Warm Warm White
Untuk ruang yang perlukan mata nampak jelas, pakai putih. Jika bertujuan untuk berikan mood romantik dan rehat, pakai lampu warm.
7. AKSESORI
Aksesori adalah penaik seri. Aksesori yang berfungsi akan jadikan ruang lebih hidup. Misalnya aksesori jam, ini untuk melihat waktu terkini.
Begitu juga dengan aksesori bingkai gambar, ini untuk mengembalikan nostalgia. Pasu untuk letak pokok hijau dan bunga. Ada juga pasu yang mencipta karakter dan suasana.
8. HIASAN DINDING
Dinding yang tidak dihias umpama ruang itu masih belum disiapkan. Ya, ruang nampak tak siap bila tiada hiasan dinding. Nak hias dengan apa? Hias dengan lukisan, kalimah, frame gambar atau arca.
Masa gantung, pastikan di tengah-tengah dinding atau kelengkapan. Seperti di tengah-tengah atas kepala katil atau sofa. Gantungan letak aras mata. Begitu juga jika gantungkan cermin muka.
9. ALAS KAKI
Rumah yang selesa membuatkan penghuninya suka menghabiskan masa di rumah. Sebaik masuk rumah, sambut dengan alas kaki yang sedap dipijak.
Yang mana ada kerusi, di bawahnya letaklah alas kaki. Begitu juga di sebelah katil. Turun saja katil, ada alas kaki. Alas kaki boleh pilih sama ada nak pakai tikar getah, karpet, atau vinyl.
10. BAHARUI RUPA
Jika masih sayang perabot dan kelengkapan rumah yang lama, boleh perbaharukan rupa atau tukar fungsi dan lokasi kedudukannya. Contohnya, almari laci di depan pintu masuk, dipindahkan ke satu ruang baru dipanggil ruang dressing.
Barang yang lusuh, di cat semula. Yang terbuka boleh ditutupkan. Seperti dapur di dalam gambar, kami pasangkan langsir bermata ikan.
11. BARANG
Semestinya rumah yang melebihi 10 tahun akan mengalami barang yang banyak. Ada yang disimpan sejak anak kecil lagi. Ada sentimental value.
Tetapi menurut kajian, barang yang tidak disentuh melebihi 6 bulan, bererti ia tidak diperlukan lagi. Jadi boleh buat garage sale, car boot sale, atau boleh sedekahkan pada rumah kebajikan dan juga saudara mara.
Hanya barang yang elok rupa saja diletakkan sebagai hiasan luar dari kabinet atau tirai tempat simpan barang. Yang lain sediakan rumahnya di tempat bertutup.
Rumah kelihatan kemas apabila barang-barang disimpan di tempat tertutup. Boleh diy seperti projek dapur, kami gunakan langsir saja di bawah dapur memasak. Jika ada tabungan lebih nanti, boleh buat kabinet pula.
Haa… suami isteri yang baru kahwin, boleh lah belajar bab deko perlahan-lahan, ya! Rasakan kelainan hidup dan peribadi ahli keluarga setelah makeover dilakukan di rumah. Mesti makin bahagia dan rasa selesa duduk rumah.
Usia bukanlah menjadi penghalang untuk seseorang itu memilih pasangan hidup. Pada masa kini berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jarak usia yang jauh bukan lagi menjadi isu besar.
Dapat dilihat pada masa kini masyarakat tidak lagi ambil ‘pusing’ tentang soal usia untuk mendirikan rumah tangga. Asalkan sesuai dan serasi, apa salahnya untuk mendirikan rumah tangga bukan?
Menerusi satu muat naik video dilaman TikTok, seorang wanita memaklumkan bahawa ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan bapanya.
Apa yang menarik perhatian warga maya ialah jarak usia ibu dan bapa tirinya yang agak jauh. Ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suami.
Paling menarik perhatian warga maya apabila wanita ini juga berkongsi tentang perkahwinannya bersama seorang lelaki yang berusia 28 tahun. Ini bermakna, bapa tirinya lima tahun lebih muda berbanding suaminya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum apabila wanita itu dan ibunya menemui jodoh masing-masing meskipun perbezaan usia yang sangat ketara.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Apa la sangat ada pada umur, hanya angka semata. yang penting saling menghormati dan berkasih sayang hingga ke akhirnya.”
“Pak mertua lg muda dr menantu… Hahahaha betul semuanye dah tertulis…”
“Tak kisah laa laki muda ka tua… janji dia jaga mak elok², sudah…”
“Itulah jodoh.. siapa pun tidak mampu meneka. bila tiba masa ianya terjadi.. takdir seseorang.”
“Ya Allah beza teruk ni..smoga kekal bahagia hgga ke jannah aminnn”