Ada yang kata, bila buka dompet dan tengok foto isteri, tandanya mereka harus lebih berhati-hati pakai duit sebab terasa duit ‘diawasi’ isteri. Ada juga yang sengaja menyimpan foto isteri sebagai tanda menjaga kesetiaannya. Lelaki seperti ini lebih tahan godaan ketika berada di luar ‘radar’, contohnya ketika berkursus jauh daripada keluarga. Tapi paling romantis, adalah kerana foto itu boleh mengingatkan pemiliknya terhadap cinta dan kasih sayang pada isteri.

Suami Romantik Adalah Suami Yang Simpan Gambar Anak Dan Isteri Dalam Wallet

KENALI PERIBADI

Semua orang mempunyai dompet dan ia adalah item paling peribadi bagi setiap individu. Di sanalah kita dapat melihat setiap manusia punya cara tersendiri untuk menyimpan wang dan kad-kad penting dalam hidupnya. Ingin kenali keperibadian manusia melalui dompet mereka? Baca ini.

(a) Isinya Teratur

IKLAN

Mereka meletakkan segalanya mengikut aturan kompartmen. Contohnya wang dari not besar ke kecil, duit kertas disusun kemas mengikut wajah Raja, kad-kad diatur rapi dan sebagainya. Maksud: Orang sebegini menandakan dia seorang yang cermat berbelanja. Dia juga teliti soal kemasukan dan pengeluaran wang serta segala hal kehidupannya. Jangan terkejut kalau mereka juga menghafal semua hutang bank dengan nilai yang tepat.

(b) Isi Berterabur

IKLAN

Ada duit terselit-selit di celah kad, resit lama terlipat-lipat dan isinya langsung tak tersusun mengikut slot yang sepatutnya. Well, orang seperti ini biasanya kurang stabil soal pengurusan wang dan bisa mungkin tak tahu jumlah duit yang mereka miliki dalam dompet saat ini. Maksud: Dari sini, anda dapat meneka isi pemikiran mereka yang agak berserabut.

Suami Romantik Adalah Suami Yang Simpan Gambar Anak Dan Isteri Dalam Wallet

IKLAN

(c) Dompet Kosong, Tiada Isi

Mungkin ini menandakan dua keadaan. Sama ada mereka tak kecukupan wang atau jarang memegang wang tunai. Tapi jangan salah sangka, dompet mereka mungkin kosong tapi wang tunai disimpan berkepuk-kepuk dalam poket. Maksud: Pemilik dompet seperti ini biasanya seseorang yang mengutamakan kualiti daripada kuantiti.

(d) Tidak Ingat Isi Dompet

Pemiliknya selalu terlupa tentang wang-wang dalam dompet mereka. Kadang-kadang mereka bingung dari mana datangnya wang tersebut. Maksud: Orang seperti ini kurang konsentrasi dengan situasi kewangan mereka. Biasanya mereka juga tak sedar bila dompet kosong secara tiba-tiba. Jadi dengan penjelasan ini, mungkin anda boleh mulakan semula amalan simpan foto pasangan dalam dompet dan susun atur isinya dengan baik. Selamat menyusun!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI