Sejak bergelar isteri dan ibu, pelakon cantik Tasha Shilla kelihatan semakin bahagia dan berseri-seri. Berusia 34 tahun, isteri kepada Muhammad Atiq Idris ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kecantikan dan kesihatan. Seperti mana sebelum berkahwin, begitulah juga rutinnya selepas berkahwin.

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!
Wajah terkini Tasha Shilla yang semakin jelita sejak bergelar isteri dan ibu.

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Tasha Shilla bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dalam satu majlis yang sederhana di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan sekali lafaz pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah.

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!
Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020.

“Syukur, saya dikurniakan suami yang memahami dan ringan tulang. Dari awal kami kahwin hingga ke hari ini, suami sentiasa peka dengan kebahagiaan rumahtangga tak kira apa jua keadaan. Atiq juga seorang Daddy, suami dan anak yang bertanggungjawab serta berdikari. Beliau juga seorang yang peramah dan disenangi semua. Suami juga seorang yang tahu membuat saya bahagia dan ketawa, namun pada masa sama seorang yang tegas dan tahu bila untuk mengambil momen serius dalam sesuatu situasi atau perkara.

IKLAN
Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!
Ke;luarga bahagia. So sweet!

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Bagi saya, untuk menjadi pasangan yang romantik dan saling mencintai, biarkan semuanya berjalan secara natural. Kita berterus terang dan In Shaa Allah, momen-momen loving dan romantik itu berlaku secara spontan, hari-hari akan ada surprise. Sentiasa menjalani kehidupan kerana Allah. Bila buat sesuatu keranaNya, kita tidak akan menaruh harapan yang luar biasa dari manusia. Setiap manusia milik Allah, kita sendiri ada kelebihan dan kelemahan. Sikap merendah diri dan juga mahu belajar bersama amat penting dalam keluarga kami. Setiap malam kami akan minta maaf jika ada terkasar bahasa, salah faham atau salah tingkah laku.

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!PENGALAMAN BERGELAR IBU
Sejak bergelar ibu kepada Raees Zander Muhammad Atiq yang kini berusia 8 bulan, banyak mengajar saya erti sabar. Ia juga amanah Allah maka fokus utama saya kini adalah anak dan keluarga. Setiap hari akan ada benda baru yang saya belajar seperti komunikasi antara anak dan ibu. Pengalaman paling teruja semestinya saat pertama kali dapat melihat bayi di hospital. Memang tak percaya akhirnya selepas 9 bulan mengandung saya dan suami dapat melihat zuriat yang dinanti-nantikan, Alhamdulillah.

IKLAN

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!MAKIN CANTIK & LANGSING
Tip sihat dan cantik saya ialah mendapat rehat dan tidur yang cukup. Tak kira berapa usia kita, rehat yang cukup sangat penting bagi bekalan tenaga sepanjang hari. Dari segi dalaman, petua saya ialah tak minum minuman berais, banyak minum air mineral dan amal diet seimbang. Dari segi luaran, saya kerap menggunakan losyen pelembap dan produk penjagaan kulit. Paling penting, sentiasa mulakan dari hati iaitu sentiasa tenang, gembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah.

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!
Jelesnya tengok Tasha Shilla, cantik berseri. Langsing pula tu!

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!Saya juga fokus kepada penjagaan kesihatan. Contohnya selepas bersalin, saya berpantang selama 100 hari secara konsisten bagi mendapatkan rehat dan nutrien dari makanan pantang yang berkhasiat. Berpantang sangat penting dari segi fizikal dan mental. Proses mengandung dan melahirkan sangat mencabar serta memberi kesan kepada badan ibu. Dengan proses berpantang yang cukup, badan ibu akan pulih untuk jangka masa panjang.

IKLAN

Suami Romantik & Ringan Tulang, TASHA SHILLA Bahagia Bergelar Isteri. Patutlah Makin Berseri!PERKEMBANGAN TERKINI
Untuk perkembangan terkini, saya banyak fokus kepada kolaborasi dengan produk-produk untuk marketing di social media. Buat masa sekarang, keadaan belum mengizinkan sepenuhnya buat saya untuk terlibat dalam proses penggambaran. Saya ambil saranan untuk stay safe and stay healthy sebagai langkah keselamatan diri dan keluarga. Saya memang rindu nak berlakon. Karier seni lakonan sentiasa akan ada dalam diri saya.”

Kredit Foto: Instagram @tashashilla

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI