Ramai orang menganggap bahawa nafkah yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya adalah wang untuk mencukupi keperluan seharian, atau yang biasa disebut sebagai wang belanja. Namun, tahukah kamu, ternyata nafkah isteri dan wang belanja adalah dua hal yang berbeza.
Wang belanja berupa wang untuk memenuhi keperluan seharian seperti makan, membayar bil elektrik dan air, dan bayaran keperluan hidup lainnya. Sedangkan nafkah isteri adalah yang khusus yang diberikan suami kepada isterinya atau wang belanja untuk isteri.
Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. (QS. An-Nisa’: 34)
Sudah menjadi kewajiban seorang suami yang harus memberi nafkah kepada isterinya berupa wang belanja dan nafkah khusus untuk isteri.
IKLAN
Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda:
“Dan mereka (para isetri) mempunyai hak diberi rezeki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (wahai para suami).” (HR. Muslim: 2137)
Dalam hadis ini disebutkan dua nafkah yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya, iaitu rezeki (wang belanja) dan pakaian (nafkah isteri).
IKLAN
Namun, Islam juga tidak memberatkan kepada para lelaki untuk memberikan nafkah kepada isterinya. Para suami memang wajib memberikan nafkah pada isterinya, namun tetap sesuai dengan kemampuannya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf, Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” (QS.al-Baqarah: 233)
IKLAN
Para isteri juga harus memiliki sifat qana’ah dengan cara bersyukur untuk setiap rezeki yang diberikan suaminya dan mengaturnya sebaik mungkin, seperti yang dinasihatkan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wa Salam saat Hindun binti Itbah mengadu pada Rasul tentang suaminya yang kikir. Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda:
“Ambil-lah nafkah yang cukup untukmu dan anak- anakmu dengan cara yang wajar.” (HR.Bukhori: 4945)
Jadi, untuk para suami, mulai sekarang asingkanlah wang untuk memberi nafkah isteri juga selain untuk memberi wang belanja. Untuk para isteri, boleh mengingatkan suaminya untuk memenuhi kewajiban nafkah isteri, namun lakukan dengan cara yang wajar dan bersyukurlah atas setiap nafkah yang diberikan suami. Insha Allah akan membawa berkah dalam kehidupan keluarga.
Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W. Baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah S.A.W menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama.
Dalam hadis yang lain, Riwayat Imam Tarmizi:
Lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”. Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.
Kenapakah Nabi S.A.W mengulangi jawapan yang sama kepada pemuda tersebut?
Ini kerana marah adalah salah satu bentuk emosi yang semulajadi. Marah boleh diceritakan kepada dua iaitu marah yang terpuji dan marah yang dikeji.
Kebiasaannya, marah kita lebih cenderung kepada sifat negatif yang memberi kesan kepada pergerakan yang tidak terkawal dan tindakan ganas terhadap orang tersayang. Marah seperti ini yang tergolong dalam marah yang dikeji.
Teruskan pembacaan anda untuk tahu siapakah tiga individu tersayang yang akan cepat terkesan dengan sikap amarah anda.
KESAN-KESAN NEGATIF APABILA MARAH
l
#1-Kerana Marah, Diri Menjadi Sakit
Individu pertama yang akan terkesan adalah diri anda sendiri.
Marah memberi kesan terus pada kesihatan hati dan jiwa anda. Sesuai dengan bait lagu ini “Sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku”. Rasa sakit dan marah bekerjasama, maka secara tidak sedar karakter kita akan berubah sekelip mata.
Bermula dari hati akan pergi membawa ke lidah. Kata-kata yang dikeluarkan ada yang kasar dan berbentuk makian. Tidak semena-mena, suara yang keluar juga menjadi kuat dan menarik perhatian orang sekeliling.
Ekspresi muka apabila sudah marah, hilang semua kemanisan. Muka menjadi merah, badan tiba-tiba rasa panas, tangan dan kaki pula jadi ringan untuk memukul.
Rasa marah tidak boleh diberhentikan tiba-tiba seperti ada suis buka tutup. Tapi ada cara kita dapat mengawalnya sendiri dengan cara yang betul.
Tenang….tarik nafas dalam-dalam. Istighfar…
#2-Kerana Marah, Rumahtangga Goyah
Individu kedua adalah pasangan anda, orang yang anda pilih untuk bersama dalam kehidupan rumahtangga.
Rumahtangga yang goyah kerana banyaknya pertengkaran.
Pertengkaran bermula bila terbit rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan membuka laluan untuk emosi marah ini menjengah.
Marah yang sederhana
Berlaku pertengkaran kecil dan tidak berlarutan terlalu lama. Kebiasaannya, rasa marah ini datang dari seorang isteri. Marah mereka dalam bentuk bebelan dan pesanan kepada suami.
Rasa marah yang ada sedikit hilang setelah dapat menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pasangan. Dalam masa ini pasangan yang dimarahi harus menerima dan mendengar sahaja.
Marah yang berbahaya
Rasa marah pada peringkat ini yang membimbangkan. Bimbang rasa marah ini akan mendorong perlakuan yang boleh menyakiti pasangan khususnya.
Selalunya dari sikap pasangan yang panas baran. Situasi yang melibatkan perkara yang mereka tidak suka lihat, dengar dan katakan mereka akan cepat melenting. Situasi yang lain juga pasangan panas baran ini akan mudah marah apabila cemburu, ego tercabar dan prasangka buruk.
Sebelah pihak yang lagi satu akan menderita mempunyai pasangan panas baran. Tidak dapat lari genggaman mereka, pihak ini akan menggunakan konsep bertahan. Sehingga sampai satu masa karakter pihak ini berubah, mereka terpaksa melawan bagi melindungi diri. Kesannya wujud pertengkaran lebih besar.
Lalu, bagaimana keharmonian hubungan mahu mekar? Lebih banyak pertengkaran dari perbincangan antara satu sama lain.
#3-Kerana Marah, Anak-anak Menjadi Mangsa
Anak-anak menjadi mangsa tempat kita melepaskan rasa marah yang belum habis kepada pasangan.
Secara tidak sedar, rasa marah turut mencetuskan tindakan reflek dari kita kepada anak. Tengah marah-marah, tangan pula mencubit, menampar dan memukul anak. Selepas beberapa ketika, baru kita tersedar dan berhenti. Allah…istighfar banyak-banyak sahabat..
Termanggu-manggu seketika anak apabila dimarah. Usia anak masih muda, jiwa mereka belum dapat memahami sepenuhnya kehendak ibubapa.
Adakah kita mahu anak itu nanti membesar menjadi seorang pemarah, pembengis dan agresif?
Kita pasti tidak mahu mereka membesar dengan karakter tersebut. Kita berharap mereka tidak akan ikut perkembangan yang tidak baik. Kita mahukan mereka membesar dengan pemikiran yang sihat.
Sekali sekala anak-anak perlu dimarah dan ditegur. Ibubapa harus juga menunjukkan ketegasan terhadap anak perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh. Gunakan cara penyampaian yang betul. Tidak menjerit apatah lagi menengking dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Menarik untuk dibaca juga Perkara yang Membuatkan Saya Berhenti Menjerit Dan Menengking Anak-Anak Saya
Kita sudah tahu betapa kritikalnya keadaan bila kita marah. Kerana marah, manusia akan hilang pertimbangan diri. Merawat emosi marah ini adalah lebih baik dari cubaan menghapuskannya. Kerana sebagai hamba Allah, kita tidak terlepas dari ujian dan cabaran yang hadir untuk menguji nilai kesabaran dalam diri kita.
Ayuh! sama-sama kita memperbaiki diri dan mengurangkan sifat marah yang tentunya lebih banyak kemudaratan dari kebaikan.
Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
Panduan Bajet Kahwin Secara Sederhana
*****************************************
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya;
***
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Dalam ekonomi sekarang, agak sukar jika suami seorang sahaja yang bekerja untuk mengalas tanggungjawab dan sara keluarga. Nak tak nak, isteri turut sama membantu suami bagi mengurangkan beban.
Tak dinafikan, tanggungjawab sara keluarga ini di bahu suami. Tapi, kalau mengharapkan suami dan anak-anak yang ada, memang tidak lepas dan mungkin juga cukup-cukup makan saja.
Tapi bila isteri bekerja, sekurangnya ringan sedikit bebanan tanggungjawab suami. Tak kurang juga ada isteri yang berjawatan tinggi daripada suami lagi.
Apa yang nak dikatakan, waima isteri bergaji besar dan lebih daripada suami, tanggungjawab untuk sara keluarga tetap pada suami. Jangan ada yang berbunyi, isteri kerja pun atas redha suami.
Begitulah yang selalu desas desus bila isteri bekerja dan lebih teruk lagi, suami mula buat endah tak endah tentang belanja rumah. Semuanya diharapkan pada isteri, mentang-mentanglah isteri bergaji besar.
Inilah pesanan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang harus suami kena ingat. Jemput renungkan seketika tulisan ini bagi membaiki mana yang kurang.
Gaji Isteri Besar, Jangan Sampai Lepas Tanggungjawab Sara Keluarga!
1. Isu ‘orang ketiga’ yang menjadi punca perbalahan suami isteri adalah ‘wang’. Wang menjadi punca perbalahan suami isteri hari ini.
2. Statistik majlis agama negeri 65% perbalahan rumah tangga berpunca dari wang.
3. Tanggungjawab sara keluarga tetap dibahu dan batu jemalang Panglima Keluarga, walau isteri kita CEO berjaya.
Gaji isteri besar, bukan bermakna besar belanja dia wajib keluarkan.
4. Semakin besar ‘contribution’ isteri dalam rumah tangga. Makin lama, makin rendah rasa hormat isteri pada kita nantinya.
“Awak gaji besar, rumah dan kereta nie awal bayar la, barang dapur saya beli”. Jangan paksa isteri begitu.
5. Bincang baik-baik dengan isteri pembahagian sumbangan ini. Ada yang guna 70:30 . Suami 70% , isteri 30%.
6. Saya cadangkan, perbelanjaan rumah dan hangus di bahu suami.
7. Perbelanjaan ‘Simpanan’ dan ‘Pelaburan’ di bahu isteri. Duit ini tidak terus hangus dan hilang. Ia untuk masa depan hidup bersama.
8. Beri izin isteri bekerja bukan bermakna gaji dia, duit kita. Itu Yahudi namanya.
Jangan Ikut Orang Tetapi Terpulang Pada Situasi Sendiri
Jadilah pemimpin dan tempat berlindung isteri dan takutlah hari pembalasan nanti kawan kawan.
Bila gaji kita kecil, dengan ringan tulang dan jaga keluarga dengan baik. Hormat isteri akan tetap terbilang.
Jadi bagaimana pula pandangan anda tentang isu suami isteri bekerja? Rasa agak berat bila salah seorang bekerja atau lebih selesa jika sama-sama keluar mencari rezeki?