Perkongsian ini adalah panduan untuk bakal suami supaya tidak perlu terlalu mencuba menjadi orang lain. Ikuti perkongsian dari
Wan Asrul Al-Kalantani mengenai perkara ini.

Suami Tak Perlu Jadi Alim Kalau Nak Didik Isteri

Kasih sayang dan cinta tidak akan pernah subur seumpama sekebun bunga mawar kecuali setelah disirami dan dibajai dengan tanah keilmuan, cahaya kepercayaan, air keikhlasan serta udara kesungguhan.

"Ustaz, nak tanya sikit, apa ciri-ciri suami yang baik ye?" Tanya seorang pengantin baharu kepada sang faqir, sambil sudah siap dengan pen dan buku notanya.

Jawab sang faqir, "ciri-ciri suami yang baik nie banyak. Nak cerita sepenuhnya panjang senarainya. Yang saya boleh share adalah KUNCI kepada ciri-ciri tersebut. Nak tahu tak?"

Pengantin baharu tadi bersemangat, " nak-nak. " ( sambil bersedia untuk mencatat).

IKLAN

" Ok, kunci yang Pertama adalah AQIDAH. Kena ajar anak isteri Aqidah yang sohih. Kenalkan ALLAH dan Rasul kepada mereka. Ini kunci paling utama dan tiada lagi lebih utama dari ini. Yang kedua, perlu ajar anak isteri dengan SOLAT dan yang terkait dengannya, Apa yang terkait dengannya? Bab thoharah Iaitu bersuci. Yang ketiga kena ajar anak isteri dengan Al Quran, Itu juga amat penting sebelum mereka diajar dengan pembelajaran lain terutamanya akademik. Paling utama, pakaian bagi sekalian ilmu itu adalah ADAB atau AKHLAK, itu kita akan dapati dengan memahami dan mendalami tasawuf yang haq. Inilah KUNCI dalam menjana ciri-ciri seorang Suami dan juga ayah yang baik. WAJIB. Tidak boleh tidak. Jangan anggap beri makan, beri minum, beri pakai, beri rumah, Itu sudah cukup sebagai menjadi seorang suami dan ayah yang baik, itu Semua tanggungjawab, Mesti kena tunai. Yang kunci tadi tu adalah kewajipan. Ada bezanya tu. Faham tak?" Sang faqir meminta kepastian.

Suami Tak Perlu Jadi Alim Kalau Nak Didik Isteri

Pengantin baharu tadi mengangguk perlahan, " faham ustaz. Cuma, terfikir, boleh ke saya buat semua tu? Saya tak pandai, tak Alim, macam mana nak ajar anak isteri. Rasa takut pula."

IKLAN

"Kenapa perlu takut? Jangan takut. Sebab takut Atau Bimbang bukan dah lagi perkara yang perlu awak hadap, yang perlu awak hadap adalah belajar. Nak ajar anak isteri, Tidak perlu jadi Alim, yang penting belajar, tahu dan faham. Boleh kongsi Dan cerita semula pada mereka. Jika Alim adalah syarat untuk tarbiyyah anak dan isteri, Maksudnya hanya Alim Ulama sajalah yang boleh bernikah. Faham? Jika rasa diri tidak tahu, maka, belajar dan terus belajar. Kerana hakikat kita, mula tak tahu, Akhir pun tak tahu. Jadi tiada orang yang memang sedia tahu, melainkan hanya ALLAH sahaja, Sedia Tahu. Belajar Ye. InsyaALLAH. Saya doakan awak Dan sekalian keluarga Hidup dalam Tauhid, Beramal dalam Tauhid, Dan Mati dalam Tauhid. Aamiin." Sang faqir menenangkan pengantin baharu tadi.

Perbualan kami selesai beberapa ketika selepas itu.

IKLAN

Semoga ALLAH memandu sekalian kita menuju ke arah Hidayat Dan Taufiq NYA.

Para suami. Para ayah. Bezakanlah Tanggungjawab dan Kewajipan supaya jelas Perlakuan Dan Perakuan.

Wassalam.

-AFIWAAK-

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI