Suami memainkan peranan kritikal dengan memberikan sokongan emosi dan fizikal bagi memastikan kestabilan emosi isteri yang baharu melahirkan anak. Suami juga perlu peka dengan keadaan isteri ketika itu, jangan beri banyak alasan dan hanya mahu lepas tangan kepada ibu mahupun keluarga mentua.

Tugas menjaga bayi baru lahir pastinya mencabar bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan, terutamanya jika bayi sering merengek pada waktu malam tanpa sebab. Oleh itu, tidur dan rehat yang cukup amat penting demi kesihatan mental si ibu. Dalam situasi ini, bapa perlu memainkan tanggungjawab membantu isteri untuk menjaga bayi yang merengek pada waktu malam agar si ibu tidak keseorangan menghadapi tekanan. Bukan itu sahaja, pemakanan yang sihat juga amat penting bagi si ibu supaya badan mendapat nutrisi yang cukup untuk merawat kembali tubuh badan. Akal yang sihat datang dari badan yang sihat.

Ikuti perkongsian dan peringatn dari seorang jururawat ini kepada semua suami mahupun ayah muda yang baru menimang cahaya mata, semoga ia membuka mata para suami di luar sana.

IKLAN
Suami Terbaik Sahaja Bantu Isterinya Siapkan Anak Selepas Bersalin

Pesanan ikhlas dari Cik Misi

IKLAN

Saya nak pesan sikit pada suami yg isterinya baru bersalin dan naik ke wad postnatal . Tolong la bantu isteri untuk pakaikan baju pada baby.. Sesetengah hospital macam tempat saya kerja baby akan naik dari labor room cuma pakai pamper dan dibedung dgn kain dari hospital. Jangan bagi alasan ‘ x pandai sbb anak pertama’ ‘ takut la pegang baby sbb dok nangis ja ‘ ‘ sy x berani pegang kecik2 ni ‘ 1 lg alasan x leh terima ‘ sy geli pegang baby’ aduhh cik suami .. sebagaimana ibu2 bersedia nak bersalin ni patut suami2 semua pun patut bersedia untuk hal cam ni .. isteri awak bukan nya bersalin harini esok beranak .. 9 bulan kot . Mcm2 boleh belajar .. Berdasarkan pemerhatian saya x semua la kan tp majoriti sibuk dgn handfone .. ada sesetengahnya bagus atur isteri dgn bayi sampai la semuanya ok ..sepatutnya suami kena hargai saat2 cmni sebab tu adalah first time kita pegang anak kita ..

IKLAN
Suami Terbaik Sahaja Bantu Isterinya Siapkan Anak Selepas Bersalin

Lagi 1 .. cik suami boleh beli makanan untuk isteri lepas bersalin normal ni .. yang ni ada yg ibu naik wad sampai ketar2 x makan .. bila sy tanya suami ada beli apa2 x , suami leh jwb ‘ x beli apa’ ‘boleh makan ka misi?’ jangan la mcm tu .. isteri dah bertarung nyawa .. start dari dia sakit tu memang dia xkan makan dah .. dok lama pulak dlm labor room betarung nyawa pula untuk anak .. naik2 suami dok sengih2 tepi katil .. usha misi buat kerja .. buat x kena nak viral la . Bagi isteri yang beranak Normal x ada masalah apa2 dan x disuruh puasa oleh doktor BOLEH makan ya .. Bancuh air milo suam2 bagi isteri kenyang dan kembalikan tenaga dia .. lagi elok kalau makan nasi terus .. Saya puji dgn org Cina .. mula2 mereka atur dulu baby . Bedung elok2 dan letak dlm cot baby .. baby x kacau terus atur isteri pulak .. bersuap makan .. makanan yang dibekal dari rumah dalam bekas tahan panas .. kadang ada yg nak p kencing terus dipimpin ke toilet .. bagus sebab mereka selesakan isteri .. baru la isteri selesa untuk menyusu .. x dala stress nak menyusu ..
Baru ni sy tengok smpai longlai si isteri sebab lapar .. pastu nak menyusu pulak .. kain n pad penuh darah .. letih masa beranak tu pun x abih lg .. ni nak uruskan diri sendiri .. percayalah bahawa saat tu isteri betul2 x berdaya..Belajarlah.. 9 bulan tempoh yang lebih dari cukup untuk belajar dan ambil tahu pasal penjagaan bayi .. Sekarang ni pun di media sosial banyak artikel yg berkaitan untuk penjagaan bayi .. Patut bila isteri tag ambil masa untuk baca
.
# Pesanan sy bg suami yg naik tengok isteri sejurus selepas isteri keluar dari labor room , selalunya kalau isteri yg suaminya dok jauh atau ada masalah kami akan bantu ..

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI