Tip

Suami Terus ‘Off’ Bila Ada Bau. Isteri Jangan Ambil Ringan Soal Ini!

Sudah menjadi lumrah wanita, kecantikan yang dikurniakan perlulah dijaga rapi. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki semuanya perlukan penjagaan teliti. Paling penting, kesihatan rambut patut jadi keutamaan sama ada bagi yang bertudung atau tidak.

 

Pelbagai pilihan syampu yang boleh kita pilih sekarang. Dan yang paling best, anda boleh pilih untuk menggunakan dry shampoo atau syampu kering yang tidak perlu dibilas atau syampu biasa yang perlu dibilas. Namun, untuk memilih di antara kedua-dua syampu ini, anda perlu tahu pro and cons. 

 

Harus diingatkan, bakal pengantin juga perlu ambil tahu hal ini kerana nanti apabila bersama suami, kita tidak mahu bau rambut mengganggu ‘mood‘ suami. Sebab itu perkara ini perlu dititikberatkan.

 

Kelebihan DRY SHAMPOO

 

Tidak perlu bilas

Berita ini memang sangat menggembirakan para wanita yang sibuk. Baik surirumah mahupun wanita berkerjaya, masa begitu suntuk dek kerana kesibukan. Hanya gunakan syampu kering dan rambut terasa bersih dan berkilau.

 

Harum

Syampu kering sangat wangi! Namun anda juga perlu berhati-hati kerana disebalik keharuman ini ada juga yang boleh membuatkan kulit kepala rasa tidak selesa. Pilih produk yang menggunakan haruman semula jadi.

 

Pengurusan masa terbaik

Masa sangat penting. Apabila kitab oleh menjimatkan masa untuk menjaga kesihatan rambut, lebih baik kita pilih yang paling mudah betul tak? Lebih-lebih lagi apabila anda melancong, tentunya waktu untuk memanjakan rambut di bilik air terbatas. Nak mudah, pilih sahaja syampu kering!

 

Tahan lebih lama

Anda jimat waktu untuk mencuci dan anda mempunyai lebih masa untuk membiarkan harumannya kekal pada rambut. Bila menyarungkan hijab pun masih boleh tahan lebih lama.

 

 

KEKURANGAN DRY SHAMPOO

 

Kelemumur

Ya, syampu kering sangat mudah menyebabkan kehadiran kelemumur. Bayangkan rambut yang tidak dicuci bersih, hanya diletakkan dengan serbuk. Tentu ia menutupi liang pori pada kulit kepala.

 

Penggunaan bahan

Biasanya bahan yang terkandung di dalam syampu kering menjadi persoalan. Ethanol, talc dan haruman yang digunakan boleh menimbulkan isu kurang selesa dan boleh menyebabkan kulit kepala terdedah kepada masalah keguguran rambut.

 

Rambut berdebu

Bayangkan taburan bedak atau talc yang memenuhi rambut. Tentu nampak berdebu dan berhabuk kan

 

Tekstur pelik

Apabila syampu kering digunakan terlalu kerap, ia tampak berkuping dan kering. Malah ia juga membuatkan rambut kelihatan tidak bermaya dan flat.

 

Jadi, secara keseluruhan lebih baik memilih syampu biasa yang boleh memberikan keselesaan yang sangat diyakini. Penggunaan sabun untuk mencuci, dibilas dengan air bersih membuatkan kita rasa sangat selesa.

 

 

 

 

Show comments
IKLAN

Published by
Anis Nor