Isteri jika tidak sihat dan demam pasti mengada-ngada bukan nak ubat sangat pun tetapi salah satu cara menarik perhatian suami yang terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga kadang-kadang isteri tesisih dan tidak dipedulikan.
Kuasa sembuh isteri demam adalah dengan tangan seorang suami itu sendiri, bukan Panadol atau ubat-ubat lain.
Tetapi jika keadaan isteri kelihatan sangat teruk, segera bawa dia ke hospital.
Kepada suami di luar sana, terdapat beberapa petua untuk tarik perhatian isteri yang sedang jatuh sakit menurut The Asian Parents Malaysia.
Petua-petua untuk suami bila isteri demam:
1. Pegang kepala isteri dan baca niat
Pertamanya, suami perlu pegang kepala isteri dan niat di dalam hati supaya tuhan buang sisa bisa dan panas di dalam badannya supaya kembali sihat dan pulih dari sakit.
2. Minta tuhan ampunkan dosa isteri
Berniatlah agar tuhan ampunkan dosa isteri supaya demam dan sakit yang dialami surut dengan sempurna.
3. Masakkan untuk isteri
Sebelum itu nak tanya, suami anda pandai masak tak? Sebab poin yang seterusnya ini adalah masak bubur nasi untuk isteri tercinta. Tapi kalau tak pandai masak pun tak mengapa sebab mudah saja nak buat.
Caranya basuh beras dan masukkan air. Setelah itu buka api perlahan dan tunggu sampai beras tadi menjadi bubur. Kalau nak lagi sedap tambah isi ayam, daging, lobak merah dan daun sup. Mudah, kan?
4. Air barli untuk kurangkan panas badan isteri
Air penyejuk badan paling mujarab adalah air barli.
Caranya rebus barli dengan air. Lepas itu ambil airnya dan tambah sikit gula atau lemon. Nak lagi sedap letak gula batu, kurma atau buah kembang semangkuk.
Kemudian, minta isteri minum suam-suam, Insyallah segala panas badan boleh keluar.
5. Perhatian dan kasih sayang
Suami kena faham kadang-kadang isteri itu minta di manja dan dibelai terutama bila tengah sakit jadi anda haruslah ikhlas menjaganya dengan baik.
Bukan hari-hari isteri jatuh sakit, jadi tak salahkan anda luangkan sedikit masa untuknya?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI