Media sosial sudah menjadi sesuatu yang penting pula dalam kehidupan kita sekarang. Pantang buat apa sahaja, semuanya dipertontonkan di media sosial. Maklumlah, handphone sentiasa di tangan. Senang sangatlah nak update soal kehidupan di Facebook, TikTok, Twitter dan pelbagai lagi.

 

Paling haru, bila ada pasangan yang menjadikan media sosial ni tempat untuk meluahkan rasa dan perasaan. Marah dengan pasangan, up status, marah dengan isteri up di status. Boleh dikatakan semua orang tahu dah permasalahan rumahtangga kita.

 

Hidup berumahtangga sentiasa ada turun naiknya. Sudah menjadi asam garam dalam perkahwinan bila ada yang bergaduh, tak berpuas hati dan sehaluan namun kita yang pilih dia menjadi pasangan kita. Kita jugalah yang akan ‘memandu’ hubungan itu ikut cara kita.

 

Untuk para isteri (biasanya isteri yang banyak meluahkan perasaan tentang suami di media sosial), rasanya ada adab yang perlu diikuti sebelum memuat naik status tentang pasangan kita di media sosial, antaranya…

 

IKLAN

JANGAN MENGAIBKAN

Soal aib suami, semua isteri patut tahu. Janganlah sesekali keluarkan cerita-cerita yang boleh membuatkan orang lain terfikir benda negatif pada suami kita. Buruk suami, simpanlah ketat-ketat dalam diri sendiri.

 

ELAKKAN ULANGAN

IKLAN

Biasa tengok tayangan ulangan? Lama-lama kita pun bosan bila asyik layan cerita yang sama. Begitu juga cerita-cerita suami kita yang seringkali dihebahkan di media sosial. Kekurangan suami pun boleh jadi kisah yang memberi inspirasi tetapi pada masa sama, ia buat ramai orang lain jadi menyampah.

 

Bayangkan pula jika si suami yang membacanya. Dengan komen orang lain yang bersimpati, yang mengeji dan sebagainya. Menampakkan suami tu bukan seorang yang kuat untuk menjaga keluarga sendiri kan?

 

IKLAN

KURANGKAN TAYANG KEBAHAGIAAN

Bahagia yang dimaksudkan begitu subjektif. Bahagia kerana kaya, kerana gembira bersama keluarga, kerana dapat suami yang baik dan sebagainya. Hari ni posting anda berkaitan rasa cinta dan sayang pada suami, seminggu lagi kisahnya tentang keburukan suami. Silap-silap haribulan, bukan sahaja hilang pembaca dan followers media sosial, hilang suami pula nanti!

 

Sebagai isteri,pilihlah untuk menjadi isteri yang bijak. Bijak mengatur kehidupan keluarga dan diri sendiri. Letakkan suami sebagai seseorang yang boleh menjagamu dengan baik. Tutup aib suami dan simpanlah kebahagiaan anda untuk diri sendiri dan anak-anak. Bahagia itu orang boleh nampak dari diri kita sendiri.

 

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI