Kalau berkahwin hanya bersandarkan nafsu atau kecantikan semata-mata, memang hubungan rumahtangga yang dibina tak akan kekal lama. Kahwin dengan isteri sebab isteri cantik, tapi bila isteri dah selekeh dan tak cantik, suami mula cari perempuan cantik yang lain.

Selalunya alasan yang digunakan suami bila ada orang lain, si suami akan guna alasan yang isteri dah selekeh dan tak pandai layan dorang.. Sanggup ceraikan isteri sebab dapat perempuan yang lebih cantik.. Bila berkahwin hanya berlandaskan kecantikan dan inilah yang akan terjadi:

“Dengar cerita, kau nak kahwin. Betul ke?” soal seorang lelaki 40-an kepada pemuda itu.

“A-ah, bang. Tengah adjust. Tak dapat lagi.”

“Aku nak nasihat kau beberapa perkara. Kau ingat apa yang aku nak cakap ni.”

“Okay. Jap. Nak tulis.”

“Waktu kau tengah single ni, kau rasa… takda perempuan nak kat kau. Yang kau nak, semuanya dah berpunya.”

“A-ah. Betul, bang. Semua dah kena kebas lebih awal. Yang single pulak, asyik nak rejek saya je. Huhu.”

“Tapi, apabila kau dah kahwin nanti, kau akan dapat lihat, rupa-rupanya ramai lagi perempuan yang masih available. Dan kau akan fikir, ‘Kenapalah kita tak jumpa lebih awal?’ Itu semua ujian dalam rumahtangga. Kau akan lihat ramai gadis putih melepak. Ramai janda cun melecun. Dan kau akan nampak isteri kau selekeh kat rumah.”

“Err… kenapa jadi camtu, bang?”

“Sebab gadis-gadis dan janda-janda tu, mereka kuat bersolek. Mereka sanggup habiskan duit supaya nampak cantik. Isteri kat rumah pulak, macam-macam kerja dia buat. Dia basuh boxer kau… dia cuci lantai, memasak, siram pokok bunga, basuh berak anak… mana tak datang selekehnya? Dan kau pulak kedekut nak belikan alat solek untuk dia. Padahal sebelum isteri kau kahwin dengan kau, dia tu ratu kebaya kat kampung.”

Baca Juga Ingatkan Member Buat “Projek” Dalam Bilik Tengah Malam, Rupa-Rupanya….
“Jadi, apa yang perlu saya buat, bang? Supaya saya mampu hadapi ujian-ujian ini?”

“TUNDUKKAN PANDANGAN. Segalanya bermula dari mata. Dari mata, turun ke nafsu. Kalau kau boleh kawal mata kau, nafsu kau, insyaAllah, rumahtangga kau akan selamat.”

“Terima kasih bang.”

“Aku cakap kat kau ni, bukan apa. Aku taknak apa yang dah berlaku kat aku, terjadi kat kau.”

“Apa yang dah berlaku kat abang?”

“Dulu aku berkahwin dengan seorang wanita yang cantik. Semua lelaki tergila-gilakan dia. Tapi, aku win. Aku yang dapat kahwin dengan dia. Selepas dapat anak, aku nampak dia makin selekeh. Macam aku cakap tadi. Sebab dia buat macam-macam kerja. Kat luar pulak, aku berkenalan dengan ramai perempuan cantik. Akhirnya … ”
“Akhirnya apa, bang?”

“Akhirnya aku ceraikan isteri aku dan kahwin dengan perempuan cantik tu. Selepas dapat anak dengan isteri baru ni, aku lihat dia makin selekeh. Tak macam mula-mula kahwin. Tak macam gambar dia kat Instagram.”

“Camana dengan bekas isteri abang?”

“Selepas isteri aku jadi janda, dia kembali bersolek sakan. Banyak kali aku terjumpa dia. Lawa bukan main. Nyesal pulak aku ceraikan dia dahulu.”
“Kenapa abang tak rujuk balik dengan dia?”

“Dia dah kahwin lain. Laki dia yang baru pandai jaga dia. Setiap tiga bulan bawa keluar masturat. Setiap minggu bawa pergi taklim. Rumah mereka hidup dengan amalan yang soleh.”

Seorang suami ni dah kongsikan pengalaman sendiri menceraikan isteri sendiri kerana perempuan lain yang lebih cantik..Tapi bila dah kahwin dengan isteri baru, suami tengok isteri baru pun dah semakin selekeh sebab uruskan rumah dan anak-anak.

Baca Juga Lima Kali Mengandung Tetapi Semua Keguguran, Jumpa Ustaz Tiba-Tiba…
Bila jumpa bekas isteri yang lama, si suami ni menyesal tak sudah sebab bekas isteri dah bersolek dan segak macam anak dara. Haa, bila dah bercerai baru rasa menyesal. Waktu ada depan mata tak nak hargai, bila dah bercerai baru terhegeh-hegeh nak cari bekas isteri.

Kalau dah rasa isteri tu tak cantik, upahlah pembantu rumah untuk uruskan rumah dan anak-anak. Biar isteri tak buat kerja dan berhias saja untuk suami.. Artis yang cantik-cantik tu pun habiskan berpuluh ribu untuk cantik, suami balik rumah harap dapat tengok isteri cantik macam Nora Danish tapi langsung tak bagi duit untuk isteri beli barang kecantikan.

 

 

 

 

 

 

Kredit : Aliff channel