Walaupun bersusah payah dan berhabis duit membelinya sebagai salah satu hantaran kahwin tapi selepas beberapa tahun berkahwin biasanya cincin ini entah ke mana. Jarang cincin ini melekat di jari mereka sedangkan bagi isteri ia sangatlah istimewa. Bukan sekadar pemberian di hari perkahwinan tapi lebih dari itu. Ramai lelaki tak tahu tapi suami bernama Bijen Mohd ini dapat mengungkap hikmah di sebaliknya. Tak lama lagi, insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? (Err…)
Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa. Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari. Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.
IKLAN
Kisah cincin Nabi
Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi. Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala. Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia. Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya. Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih. Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wahh! Mudah sangat nak dapat pahala.
IKLAN
IKLAN
Pahala gembirakan hati isteri
Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala. Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata. Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi! Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya. Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh! Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya. Orang perempuan, setujukah anda? Bijen M. Pengantin Baru Anak Dah Dua
Tidak ada sesiapa yang mahu bercinta lama-lama tapi tidak tahu ke mana hala tuju hubungan itu. Bertambah perit apabila hubungan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya terkandas di tengah jalan. Begitu hebatnya Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun-tahun lamanya pun masih belum tentu si dia akan jadi milik kita. Ada juga lelaki yang menjalinkan hubungan cinta hanya sekadar ingin mengisi kekosongan di hati dan elakkan rasa bosan sendirian.
Sebagai wanita, anda harus bersikap tegas dalam urusan ini dan jangan buang masa bercinta kalau lelaki itu tak ada niat langsung untuk berkahwin. Memang masa mula-mula bercinta kita akan terbuai dengan kata-kata dan janji-janji manis si dia. Tapi sampai bila? Lama-lama hati kita juga akan rasa bosan dan menyampah dengan penantian tidak berpenghujung.
Ini ada beberapa sebab kenapa anda harus move on dan ‘angkat kaki’ daripada lelaki yang tidak menghargai kehadiran anda dalam hidupnya yang telah dikongsikan oleh Matthew Hussey seorang, penulis, personaliti televisyen British dan juga relationship coach dalam sebuah video.
1. ANDA DIPERGUNAKAN
Pasti akan ada satu masa si dia akan merasa bosan atau kecewa dalam hidupnya dan memerlukan anda untuk sentiasa ada di sisi dan menemani dirinya yang kesepian dan memerlukan. Pada saat ini lah si dia akan mencari anda dan mahukan anda memainkan peranan penting sebagai seorang kekasih yang sangat memahami dan menjadi pendengar setia atas setiap masalah yang dihadapinya.
Namun, apabila si dia berada di kemuncak kejayaan dan berasa selesa dengan hidupnya, kehadiran anda dalam hidupnya , adakah anda gadis yang sesuai untuknya dan adakah ini hubungan yang terbaik? Jika keadaan ini berterusan, you have to cut it off! Kerana tidak mustahil si dia tidak berani untuk memutuskan perhubungan kalian.
2. ADA ORANG LAIN MENANTI
Pasti ada orang lain di luar sana yang setia menanti dan 100% mahukan kehadiran anda dalam hidupnya. Anda tidak akan dipergunakan kerana lelaki lain yakin dengan kemunculan anda mampu memberi 1001 harapan dan kebahagiaan. Bukan tidak ada lelaki lain yang mahu menjadikan anda sebagai teman, tetapi anda sendiri yang menafikan kehadiran orang lain kerana kononnya setia dan terikat dengan hubungan yang tidak ada hala tuju bersama di dia.
3. LIFE IS SHORT!
Jangan bazirkan masa dengan orang yang tidak pasti ataupun masih ragu-ragu dengan kehadiran anda. Nikmati hidup anda dengan penuh warna-warni bersama seseorang yang lebih menyanyangi anda kerana menurut Matthew, “Life is short enough with the right person”. Jadi kenapa harus buang masa dengan lelaki yang tidak mahukan anda?
4. SI DIA SENTIASA TIDAK BERSEDIA
Tanda paling besar si dia masih tidak bersedia mengakhiri hubungan kalian dengan baik dan belum yakin menjadikan anda wanita terkahir dalam hidupnya ialah dengan cara sentiasa berdolak-dalih dan lari daripada soalan “Bila nak kahwin?”, “Awak tak nak tunang dengan saya dulu ke?”. Persoalan anda akan dibalas dengan “Sabar lah. Kalau ada jodoh, ada lah”. Malahan, anda juga tidak pernah dibawa untuk bertemu orang terpenting dalam hidupnya seperti ibu bapa mahupun kenalan rapat.
Si dia juga tak pernah beri yang terbaik dan betul-betul ikhlas melayan anda sebagai seorang kekasih seperti tidak berusaha untuk meluangkan masa bersama, membuat anda gembira dan tidak mempunyai rasa cinta yang sama seperti apa yang anda rasakan. Kalau macam ini gayanya, memang tak ada chance dah.
5. DIMATANYA, ANDA BELUM SEMPURNA
Tidak dinafikan setiap perhubungan yang terjalin tak akan dapat lari daripada masalah walaupun anda saling menyayangi antara satu sama lain dan kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan sempurna untuk pasangan. Tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ini, jadi cari pasangan yang boleh terima diri anda seadanya dan bukan lelaki yang mahu mengubah anda menjadi sempurna di matanya. Kita harus menjadi sempurna di mata kita sendiri dan selebihnya hanyalah usaha untuk menjadi yang terbaik.
Sebagai wanita, kita kena berhati2 untuk memilih pasangan hidup. Janganlah judge the book by its cover, ok. Yang ensem tak semestinya elok…hihi
1. Yang berkemampuan.
Mampu dari segi fizikal dan mental. Samada untuk memberikan nafkah zahir atau batin. Semuanya harus ada pada calon suami anda wahai wanita. Lagi satu, mesti mampu menyara keluarga kita nanti dan memberikan keperluan material yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
2. Sebagai penjaga dan pelindung
Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Sentiasa mengajak ke arah kebaikan
Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.
4. Kebolehan membantu kerja-kerja rumah
Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Tidak bersangka buruk terhadap wanita
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin
Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
Calon suami haruslah seorang lelaki yang mudah memaafkan, berhati lembut dan tidak panas baran. Bukan seorang yang pendendam dan suka mendera wanita.
8. Pengetahuan agama yang tinggi dan keturunan yang baik-baik
Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah.
Siapa yang mahu hidup sengsara setelah berumah tangga? Semua orang mahu bahagia dan hidup senang lenang dengan orang yang mereka sayang tetapi takdir Allah tidak seperti yang kita rancang.
Apa yang kita tidak mahu, itulah yang kita dapat. Mahu tidak mahu, harus reda dan harungi kepayahan itu walaupun hidup sengsara dan terseksa. Ingat satu perkara, Allah sedang menguji hambaNya yang tabah.
Inilah mukadimah catatan saya minggu ini. Kisah seorang isteri yang nekad menuntut cerai kerana tidak larat lagi menanggung suami yang malas dan tidak bekerja.
Ini kisahnya.
“Nama saya Yatie (bukan nama sebenar). Saya berusia awal 30-an, dikurniakan dua orang anak perempuan berusia enam dan tiga tahun, hasil pernikahan dengan seorang lelaki yang saya kenal di alam maya.
“Saya bekerja di sebuah bank di pinggir bandar raya. Sebelum kahwin, hubungan kami mendapat restu keluarga kedua-dua pihak walaupun saya tidak tahu apa pekerjaan suami yang sebenar. Katanya, dia jual insurans.
“Kami berkawan hampir dua tahun. Saya langsung tidak tahu dia kerja apa, sebab pada saya, dia tidak pernah berbohong sepanjang kami berkawan. Silap saya juga tidak siasat betul-betul latar belakangnya.
“Setelah bernikah, baru rahsianya terbongkar. Rupa-rupanya dia tidak ada kerja tetap. Saya bertahan dan tidak menunjukkan rasa marah kerana saya yakin satu hari, dia akan berubah dan berusaha mencari kerja tetap untuk menyara saya dan anak-anak.
“Saya berdoa agar dia akan berubah demi rumah tangga kami. Sekurang-kurangnya, carilah apa sahaja kerja, asalkan halal. Dua tahun berlalu tanpa ada sebarang perubahan.
“Saya terus terbeban dengan tanggungjawab terhadap rumah tangga. Sewa rumah, kereta dan bayaran nurseri, saya yang tanggung. Dia rileks sahaja di rumah…, makan, tengok TV, tidur.
“Selama dua tahun itulah juga hidup saya terumbang-ambing. Keluarga mula menyisihkan saya dan anak. Mentua turut pandang sinis. Anak-anak membesar dalam suasana yang tidak selesa, sebab ayah tidak bekerja.
“Saya pula terpaksa bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung hidup kami. Penat saya dibuatnya. Ketika usia anak menjejak dua tahun, saya mengandung lagi. Suami tetap tidak bekerja. Bayangkan dalam pantang, semua buat sendiri. Harapkan dia, tak makanlah saya.
“Saya mula risau. Anak kedua bakal lahir tetapi suami buat tidak tahu. Saya umpama menanggung biawak hidup di dalam rumah. Kerja suami…, tidur, makan…, tidur, makan. Sedangkan saya ke hulu ke hilir, urus anak-anak.
“Tanggungjawab tidak ditunaikan. Saya suruh cari kerja, dia mengamuk. Yang dia tahu minta duit. Memang hidup perlukan duit. Tapi gaji saya cukup untuk tanggung saya dan anak kami, di samping bayar ansuran kereta, sewa rumah dan upah orang jaga anak.
“Setiap bulan setelah ditolak semua itu, lebihan duit cukup-cukup untuk minyak, tol pergi kerja dan makan. Suami terus minta duit setiap hari. Saya cadang jual burger, dia kata sudah ramai orang jual. Semua cadangan saya, dia tak terima.
“Bila saya tidak bagi, dia mengamuk dan memukul saya. Bukan sekali dua, tapi banyak kali. Akhirnya saya laporkan kepada pihak berkuasa kerana dia mengancam nyawa saya. Dia didapati bersalah kerana memukul saya dan mengancam keselamatan kami anak beranak dan dipenjara setahun.
“Saya terus hidup dalam kepayahan. Saya nekad akan menuntut cerai. Bukan sebab saya tidak sayangkan suami tetapi saya tidak mahu masa depan anak-anak saya menjadi gelap dan tidak ada arah.
“Setelah mendapatkan nasihat peguam dan pejabat agama, saya failkan tuntutan cerai. Saya sedih terpaksa buat keputusan nekad ini tetapi pada saya, ia lebih baik untuk masa depan saya dan anak-anak kami. Biar tidak ada suami daripada ada tapi menyusahkan.
“Saya tahu suami tidak akan berubah kerana apabila keluar nanti, dia akan kembali kepada perangai lamanya. Sudah lama saya bersabar. Dia macam itu juga. Baran tak menentu. Malah kadang kala saya takut tinggal bersamanya dalam rumah.
“Mungkin ramai yang kata saya kejam tetapi saya harus fikirkan masa depan saya dan anak-anak. Orang hanya tahu bercakap, saya yang menanggungnya. Sebelum terlambat dan keadaan menjadi lebih teruk, saya perlu buat keputusan. Saya tidak boleh harapkan sesiapa lagi kerana keluarga juga tidak mahu ambil tahu.
“Saya perlu teruskan hidup sebab anak-anak perlukan saya. Saya mahu tutup buku lama dan buka buku baharu, nak lupa semua masalah sebelum ini. Nak bahagia dengan cara saya sendiri
“Nasihat saya kepada wanita di luar sana, berhati-hati apabila mencari suami terutama yang dikenali di alam maya. Baik siasat dahulu latar belakang, asal usul, pekerjaan dan sebagainya.
“Jangan jadi seperti saya, menyesal kemudian sudah tidak berguna. Cinta jadikan saya buta hati, terus terima tanpa usul periksa. Akhirnya inilah harga yang perlu saya bayar kerana terlalu ikut kata hati. Bagaimanapun saya anggap ini sebagai ujian untuk saya.
“Semoga Allah permudahkan urusan hidup saya dan lindungi saya dan anak-anak di dunia dan akhirat. Saya tetap sayangkan suami tetapi saya lebih sayangkan masa depan anak-anak.
“Kepada Allah, saya panjatkan doa. Semoga Allah bagi saya ruang untuk bahagia bersama anak-anak saya. Saya tidak akan pisahkan anak-anak dari ayah mereka. Jika jodoh kami masih kuat, Insya-Allah, Dia akan tunjukkan jalan,” kata Yatie menamatkan ceritanya.
Begitulah ragam rumah tangga. Ada bahagia dan ada yang derita. Semuanya kehendak Allah, dan saya rasa Yatie telah membuat satu keputusan yang bijak untuk masa depan dia dan anak-anaknya.
Pesan saya buat Yatie, jangan salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Kuatkan semangat dan reda dengan keputusan yang telah dibuat. Saya sangat kagum dengan keberanian Yatie.
Menamatkan catatan pesanan saya, bahagia akan wujud apabila kedua-dua pihak suami dan isteri saling lengkap melengkapi dan mengisi ruang yang ada dalam diri untuk istiqomah. Kesetiaan dan kasih sayang akan bertahan bila kita saling memberi dan menerima.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...