Tatarias sempurna dengan penjagaan diri yang betul merupakan perkara yang amat penting dalam melahirkan aura seri mempelai.
Oleh itu, beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh bakal ratu sehari supaya penampilan diri menyerlah bagaikan puteri raja.
Berikut merupakan 10 perkara wajib yang ratu sehari harus tahu!
1. Gunakan Maskara Kalis Air
Jangan melakukan kesilapan yang besar di majlis perkahwinan sendiri. Anda mungkin menangis seperti anak kecil sehingga kesan comot hitam ada di dalam beberapa gambar di dalam album perkahwinan. Anda boleh mencuba maskara Lancome Hypnose Waterproof Custom Volume kerana ia membuatkan bulu mata tampak lebat menawan serta mudah dibersihkan.
2. Kurangkan Pengambilan Natrium
Beberapa minggu sebelum perkahwinan, anda disaran menyekat pengambilan garam dalam diet. Bengkak di sekitar mata akan mulai menyusut dan hilang. Anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara pada kontur wajah.
3. Elak Pengilat Kuku Berona Garang
Tangan anda bakal diperagakan sepanjang masa tatkala berada di atas pelamin persandingan. Anda pasti mahukan ia kelihatan indah dan feminin. Jangan membuat kesilapan besar kala mewarnakan kuku dengan rona gelap. Anda tidak mahu menatap foto perkahwinan dan menganggapnya “bad trend!” Jadi, pilihlah tona pastel merah jambu atau nude di hari persandingan anda.
Eksperimen pelbagai dandanan rambut yang berbeza, tetapi pilihlah satu yang paling selesa dan memcerminkan gaya anda. Tiada yang lebih mengecewakan kala melihat gambar persandingan bersama gaya rambut yang kononnya gaya tahun 2010. Jangan biarkan rasa sedih seperti itu menyelebungi diri. Jadi, jika mahu fesyen sekalipun, biarlah berpada-pada.
5. Kening Diukir Profesional
Riasan solekan juga penggayaan rambut glamor? Namun apa yang benar-benar membuat anda kelihatan berbeza adalah dengan memiliki bentuk kening menawan. Ukir kening beberapa hari sebelum acara dengan khidmat pendandan profesional.
Ads
6. Touch-up Dengan Warna Yang Betul
Jangan hentam keromo! Miliki warna solekan yang sama dengan juru solek. Jadi, minta juru solek meminjamkan anda gincu dan gloss bibir serta pembayang mata miliknya agar pengapit boleh terus menambah solekan. Tidak semua juru solek mempraktikkannya, pastikan anda bertanya!
7. Rambut Berminyak Adalah Rahsia Kepada Up-Do
Memiliki rambut halus mengurai membuat setiap gaya rambut susah didandan. Cuba untuk tidak membasuh rambut selama dua hari sebelum hari perkahwinan supaya ia kelihatan sedikit berminyak. Ini membantu memberi cengkaman pada rambut dan memudahkan penggayaan. Gaya rambut anda kekal sempurna sepanjang malam!
Selepas bersanding, makan dan acara menari, agak memalukan bila tetamu tidak putus memberi pelukan serta ciuman pipi dan anda dalam keadaan sedikit comot. Pastikan anda menyimpan tisu basah kerana ia berguna untuk meyegarkan diri sekaligus menyingkirkan bau peluh badan. Ianya juga berguna untuk mengeluarkan kotoran makanan yang terjatuh di busana persandingan tanpa meninggalkan kesan basahan air yang ketara.
9. Solekan Percubaan
Seminggu sebelum pernikahan, cuba merias wajah dengan gaya solekan smoke-eyes sebelum tibanya acara sebenar. Ia kelihatan agak gelap pada mulanya, namun selepas beberapa minit, solekan itu mungkin sangat sesuai. Jika tiada solekan percubaan, pasti anda panik di hari persandingan.
10. Usah Tergesa Menanggalkan Veil
Jika bercadang memakai veil di hari persandingan, pakailah sepanjang acara. Veil adalah satu elemen yang mampu mengubah penampilan dari seorang wanita berpakaian putih ke ratu permaidani.
Ada orang, dapat me time dalam kereta sekejap pun sudah cukup puas. Asal boleh buat apa yang dia suka sekejap tanpa gangguan. Begitulah kepuasan seorang wanita bila jadi isteri dan seorang ibu.
Bak kata saudara Taufiq Razif, dia menghargai penat lelah isteri dengan memberikan me time mengikut keselesaan orang rumahnya.
Ambil Masa Bertenang
Jelasnya, ketika si isteri tercinta penat melakukan kerja, dia akan bersembunyi di dalam kereta sambil bermain telefon atau membaca buku.
Tambahnya juga, beliau akan biarkan isteri di dalam kereta tanpa mengganggunya sehingga puas hati dan bertenang.
Me Time Dalam Kereta
Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku dan saya akan biarkan saja isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri
Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam extrovert tapi dia ada sisi introvert dia. Semua orang pun macam itu sebenarnya. Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ini spektrum sebenarnya.
Jadi saya akan biarkan saja isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak-anak seharian.
Ruang Untuk Diri Sendiri
Sesekali.. Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian. Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya:
Masa untuk agama dan Pencipta
Masa untuk orang ramai
Masa untuk anak dan keluarga
Masa untuk pasangan
Masa untuk diri sendiri
Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga.
Sesekali nak juga tukar pagar baharu kalau sudah bertahun-tahun lama diguna pakai, nak-nak jika rupanya pun dah makin ‘uzur’ dan berkarat!
Namun dengan kenaikan kadar harga barang masa kini, mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan bajet untuk menukar pintu pagar rumah yang baharu.
Tukar Pagar Baharu, DIY Sendiri Saja. Lagi Jimat Poket!
Tetapi tahukah anda, sebenarnya kini ada alternatif lain yang lebih menjimatkan untuk membaiki pintu pagar rumah anda yang sudah lama dan rosak dengan hanya menggunakan kayu campuran dikenali sebagai ‘Shera Plank’.
Menggunakan kayu campuran ini ternyata bukan sahaja menjimatkan wang ringgit anda malah ia sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan.
Lihatlah hasilnya, memang menakjubkan betul tak? Dengan hanya menggunakan ‘Shera Plank’ sahaja pintu pagar rumah terus berubah tampak seperti baharu.
Bukan itu sahaja, struktur reka bentuk kayu campuran ini juga tampak sangat menarik dan unik apabila ia disiap pasang pada pintu pagar rumah anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan kayu campuran ‘Shera Plank’ seperti yang tertera pada gambar, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam rumah tangga tentulah ada pasang surutnya. Tak adalah 24 jam bahagia sepanjang masa. Ada ketikanya tentulah terselit salah faham dan ketidaksefahaman antara suami dan isteri.
Bagi pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun.
Menerusi laporan Gempak, Aeril berkongsi beberapa tip yang diamalkan untuk kekal bahagia bersama isteri tercinta.
Katanya, bukan sahaja perlu berperangai seperti budak-budak, Aeril berkata jika berlaku pergaduhan atau salah faham jangan dibiarkan berlarutan lebih dua hari.
“Kita kena berperangai budak-budak. Tak perlu nak terlampau serius. Sebolehnya kita kongsilah minat yang sama. Tak sependapat itu perkara biasa.
“Kalau kami bergaduh, saya tak suka pujuk…biar reda sendiri. Kami akan reda sendiri. Tapi jangan biarkan pergaduhan itu berlarutan sampai hari esoknya,” katanya.
Ujarnya lagi, kalau dah sampai dua hari masih bergaduh, kena cepat-cepat berbaik. Pergaduhan tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Seeloknya, berbincanglah jika masih bergaduh pada keesokan harinya.
Untuk info, Wawa atau atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 bersama Aeril Zafrel.
Pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri.