
Susah kita laki bini, tiada siapa pun yang tahu. Yang orang nampak, kita pergi melancong, kita tukar kereta, kita makan sedap-sedap, kita beli barang baru, kita tukar perabot, kita celebrate birthday anak dan sebagainya.
Walhal dia tak tahu apa yang kita lalui baru kita boleh buat semua tu baru boleh rasa semua tu.
Sebab tu saya selalu kata, kalau nak pergi melancong, silakan kalau nak tukar kereta, silakan…kalau nak mkn sedap-sedap, makan di restaurant, silakan…kalau nak beli apapun, silakan…
Kita guna duit kita. Kita bukan guna duit orang yang mengata tu. Kita tak pulak menyusahkan siapa-siapa dan semua yang kita nak buat tu, berdasarkan apa yang kita dah usaha, dah menyimpan dan dah kumpul sblum kita boleh beli, boleh buat, boleh makan dan sebagainya.
Masa kita suami isteri susah, tiada siapa pun yang nampak masa kita tengah bulan, makan telur, makan ikan masin, tiada siapa pun yang tahu siang keje, malam berniaga, laki bini cari duit, sehari buat 2 keje, ada diorang perasan…korek tabung, tukar syiling, ikat perut, catu perbelanjaan sementara nk gaji, semua kita hadap suami isteri…
Tapi bila kita “nampak” je senang, terus macam-macam kata-kata yang kita dengar, yang sampai ke pengetahuan kita itulah ragam manusia zaman sekarang ni.
Abaikan, pedulikan, buat apa yang kita suami isteri nak buat asalkan kita tak menyusahkan orang lain, tak berhutang dan ianya menggunakan duit kita sendiri, hasil usaha kita sendiri.
Dia tak layak mempertikaikan apa yang dia nampak kerana mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul.
Kredit: firdaus shakirin
Dah Kahwin, Kena Pandai Pilih Kawan. Ada Kawan Yang Dah Kahwin Tapi Life Masih Macam Orang Bujang!

Lelaki bila dah berkahwin, kawan yang betul sangat memainkan peranan. Walaupun berjumpa hanya beberapa kali dalam seminggu, ia turut mempengaruhi emosi anda sebagai lelaki.
Ada kawan yang suka memberi motivasi dan ke arah kebaikan, tapi lebih menakutkan bila ada kawan yang suka mengajak ke arah perkara negatif. Ingat kawan kita adalah gambaran kita juga, suami orang pilihlah lingkungan persahabatan yang benar-benar sesuai dengan usia dan cara pemikiran anda.
Di sini perkongsian dari Firdaus Shakirin yang menyeru para suami bijak memilih rakan.
Lelaki bila dah kawin, tolong pilih kawan yg patut disimpan yang membawa kebaikan, simpan dan jaga baik2…yg tidak membawa kebaikan, maka jarakkan sedikit drpd terus berkawan dgn dia… Ini bukan utk org lain, ini adalah utk diri sendiri…
.
Perlu bersikap memilih sedikit selepas berumahtangga…sbb tak semua kawan tu memberi manfaat utk hubungan kita…
Ada kwn, dlm group wassup selalu share porno…
Ada kwn, bila berjumpa selalu tunjuk gambar perempuan seksi, lawa dan muda…
Ada kwn, bila bersembang selalu cerita cara nak tambah lagi…
Ada kwn, ajak ride ke sempadan utk buat benda yg tak ketahuan…
.
Bila kita xnak, bila kita bangkang atau tak sependapat dgn dirinya, dia kata kita ni takut bini, kena nasi kangkang dgn bini, kena rantai dan sebagainya… Elok dijauhi kawan2 yg berperangai sebegini…yg ajak melepak tak kira masa, yg ajak keluar saja2, yg ajar cara nk menipu dan bagi jalan utk buat kemaksiatan serta yg nak kita tundukkan isteri utk buat apa saja yg kita suka…
Kita bukan lagi bujang…dia pun sama…
Kita dah ada keluarga dan setiap perbuatan serta tindak tanduk kita perlu pkir utk keluarga dahulu sbb keutamaan lelaki bila dah berumahtangga ialah mendahulukan tanggungjawab dan kewajipan dia…

.
Bukan boleh buat ikut suka mcm bujang dlu…
Berhati-hatilah dlm berkawan, tak semua kawan tu kawan yg berkualiti utk kita terus simpan…klu kita tetap terus berkawan, lama2 kita mgkin akan kehilangan pasangan…
Renung-renungkan..
Wanita Lasak & Kasar Sesuai Betul Jadi ISTERI. Ini Sebabnya…

Memiliki pasangan yang lemah lembut dan sopan adalah satu impian setiap lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga. Ini kerana bagi mereka wanita yang lemah lembut dan sopan lebih bersifat “mendengar kata” berbanding wanita yang agak kasar.
Bila sebut wanita yang lasak, aktiviti sukan seperti sukan berbasikal juga adalah antara aktiviti sukan yang lasak buat seorang wanita. Gadis Orang Asli dari Pahang, Nia Vanessa Suhana, 23, yang merupakan atlet sukan berbasikal ini begitu komited dengan karier terbaharunya.
Nia adalah pelapis utama pasukan kebangsaan dan terkini dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan Enduro Bukit 300 Challenge 2022 di Perak bagi kategori terbuka wanita.
Wanita yang mempunyai karekter yang kasar selalunya jujur dalam percakapan dan kelakuannya. Hanya orang yang tertentu sahaja dapat menerima teguran yang jujur. Tiada berselindung dan bercakap di belakang, jika ada sahaja perkara yang tidak baik pada pandangnnya, dia akan terus menegur dan berterus terang.
Cabar anda untuk jadi lelaki lebih baik
Lelaki pantang melihat wanita yang lebih suka melakukan apa sahaja sendiri. Bahkan ada yang mengatakan wanita jenis ini sangat egois. Tetapi dengan perwatakkam begini mampu mencabar lelaki untuk jadi lelaki lebih baik dan mampu untuk melindungi wanita.
Gemar lakukan aktiviti menyeronokkan
Wanita kasar selalunya lebih aktif dalam melakukan aktiviti harian. Ada saja aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan, samaada ketika berseorang mahupun bersama teman dan keluarga. Mereka nampak lebih cool.
Mereka jenis yang berdikari
Mereka tidak mudah untuk mengalah dengan hal yang remeh, tidak mudah mengharapkan pertolongan lelaki. Selagi mampu lakukan mereka akan terus lakukan.
Wanita kasar kurang membebel
Mereka lebih suka melakukan kerja daripada membebel, jika pasangannya tidak melakukan kerja dengan betul, mereka lebih suka segara menyiapkan kerja tersebut daripada membuang masa membebel.
Anda tak perlu risau tentang keselamatannya
Jika pasangan anda keluar dengan sahabatnya, jangan risau kerana dia mampu menjaga dirinya. Jangan terkejut jika mereka lebih arif tentang kereta berbanding anda.
Kalau ikutkan, wanita kasar dan lasak ni lebih berani. Ada yang lebih berani dari lelaki! Walau bagaimanapun, jangan pandai rendah kepada sifat keayuan mereka juga ya!
Kredit foto: Nia Vanessa
Dating Bila Dah Ada Hubungan Sah Memang Best. Masa Inilah Nak Update Emosi

DATING SUAMI ISTERI PENTING
Tajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Aku huraikan.
1 – Update Emosi
Bukan apple ios je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
2 – Confessions Time
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.
3 – Depression Prevention
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
4 – Nafkah Batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
5 – Love Birds
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Penulis asal: Najmi Nawawi via The Solusi
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.