Kegembiraan jelas terpancar di wajah Datuk Sheila Majid tatkala berkongsi khabar gembira mengenai perkahwinan anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan yang selamat bergelar suami kepada Nik Nuralia Dato’ Nik Fauzi pada 13 Februari lalu. Dengan hanya sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu memetrai cinta dengan ikatan perkahwinan yang sah.
“Syukur Alhamdulillah Sah!”, Datuk Sheila Majid Teruja Terima Menantu Sulung

Majlis pernikahan telah berlangsung di Sime Darby Convention Centre dan diadakan secara tutup dalam suasana norma baharu namun tetap meriah.

Penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi kegembiraan di Instagram mengenai momen kemeriahan majlis anakanda tersayang dengan memuat naik beberapa keping foto dan klip video majlis ijab kabul pasangan mempelai. Gabungan rona putih dan taman dihiasi pelbagai bunga rona putih menjadi tema untuk pelaminan indah pasangan Megat dan Nuralia untuk majlis akad nikah.

“Syukur Alhamdulillah Sah!”, Datuk Sheila Majid Teruja Terima Menantu Sulung

IKLAN

Pada majlis akad nikah, Nik Nuralia mengenakan sepasang busana putih rekaan Nurita Harith manakala ditatarias oleh Boscoryzal. Pada majlis akad nikah, kelibat Roslan Aziz turut kelihatan merestui pernikahan anakanda tersayang.

“Syukur Alhamdulillah Sah!”, Datuk Sheila Majid Teruja Terima Menantu Sulung

IKLAN

Pada majlis itu, pengantin lelaki menghadiahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan. Untuk rekod, Megat dan Nuralia melangsungkan pertunangan pada 21 Disember 2020 dan mengambil masa lebih setahununtuk disatukan memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang masih belum menemui noktahnya.
“Syukur Alhamdulillah Sah!”, Datuk Sheila Majid Teruja Terima Menantu Sulung“Syukur Alhamdulillah Sah!”, Datuk Sheila Majid Teruja Terima Menantu Sulung

IKLAN

Malah majlis pernikahan mereka telah beberapa kali tertangguh atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Antara salah satu sebab ialah kerana pasangan berkenaan turut diduga positif Covid-19 baru-baru ini. Sebagai ibu, keterujaan Datuk Sheila Majid menerima kehadiran ‘ahli keluarga baharu’ sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi. Jadi tidak hairanlah beliau turut menitipkan pesanan dan mendoakan agar pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan sebaiknya.
“Syukur Alhamdulillah Sah!”, Datuk Sheila Majid Teruja Terima Menantu Sulung“Saya berdoa agar Megat dan Nik Nuralia sentiasa dirahmati dan dibimbing Allah SWT. Semoga ikatan ini diberkati dan berjaya di dunia dan akhirat.”
“Syukur Alhamdulillah Sah!”, Datuk Sheila Majid Teruja Terima Menantu Sulung

Untuk rekod, Megat Abdul Majid merupakan anak kedua Datuk Sheila Majid daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit dan produser, Roslan Aziz. Manakala perkahwinan kedua Datuk Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali dengan panggilan Acis dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.

Sumber : Astro Awani
Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid,
@sizez3ro

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI