Isteri tak pandai melayan atau suami tak pandai menghargai?

Isteri tak pandai melayan, tapi bilangan anak makin bertambah…

Isteri tak pandai melayan, tapi selera makan dan berat badan makin bertambah…

Isteri tak pandai melayan, tapi kerja2 rumah dan urusan anak2 semua isteri selesaikan…

Isteri tak pandai melayan, tapi kewangan keluarga setiap bulan isteri ringankan…

Adakah isteri masih tidak pandai melayan?

Isteri dah terlebih melayan jika setiap tahun bilangan anak bertambah…isteri dah terlebih melayan jika selera makan dan berat badan makin bertambah…isteri dah terlebih melayan jika semua kerja2 rumah dan urusan anak2 isteri selesaikan sendirian…

Isteri dah terlebih melayan jika hutang2, bil2 utiliti dan keperluan harian juga isteri beli & bayarkan…

Anda hanyalah seorang suami yg tidak tahu utk menghargai apa yg dah isteri korbankan…

.

Ini Tanggungjawab Isteri Menurut Pesanan Isteri Auf bin Muhlim Ashaibani Kepada Puterinya

1) Berkhidmat dengan rasa puas.

Sebagai seorang isteri, anda perlu mendidik hati untuk berkhidmat kepada suami dan keluarga dengan hati yang redha. Kadang-kadang, apabila penat melakukan kerja rumah dan menguruskan anak-anak, mulut akan ringan untk mengungkit segala kerja yang dibuat. Jadi, sebagai isteri solehah, menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa mendidik hati agar ikhlas melakukan kerja hal ehwal rumahtangga. Sekiranya tidak mampu melakukan tugas di rumah kerana kepenatan, mintalah pertolongan dari suami anda dengan penuh hikmah. Tanggungjawab mengurus keluarga perlu digalas oleh suami isteri bersama-sama.

 

2) Taat dengan baik kepadanya.

Setelah berkahwin, menjadi tanggungjawab utama untuk para isteri memberi ketaatan kepada suami. Selagi mana suami tidak meminta sesuatu yang melanggar syariat, maka wajib bagi seorang isteri untuk memberi ketaatan kepada suaminya.

Namun begitu, hubungan suami isteri ada ruang komunikasi dan diplomasi. Sebagai isteri yang bijak lagi solehah, anda boleh berbincang dengan suami secara baik untuk mencari kesepakatan yang terbaik dalam rumahtangga.

 

IKLAN

3) Memerhatikan tempat pandangan matanya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu.

Menjadi tanggungjawab isteri untuk menjaga ‘mata’ suami. Bukan sekadar memastikan mata suami memandang persekitaran rumah yang bersih dan kemas, tetapi juga perlu pastikan suami tidak memandang yang buruk terhadap diri si isteri.

Selain daripada kecantikan rumah, para isteri solehah juga perlu menjaga penampilan diri. Sekalipun berada di dalam rumah, berhias-hias untuk suami bukan satu perkara remeh. Biar suami memandang yang cantik-cantik sahaja pada isterinya.


.

4) Memerhatikan bau yang diciumnya. Jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kita biasa dengar orang mengatakan, isteri di rumah bau bawang, bau belacan. Ini menunjukkan bahawa isteri kalau di rumah, sentiasa memasak untuk menyediakan makanan buat keluarga tercinta. Tetapi, sebagai isteri solehah, menjadi tanggungjawab anda untuk berwangi-wangian di depan suami.

Kebanyakan orang berwangi-wangian ketika hendak keluar rumah sahaja. Namun, bagi isteri solehah, mereka berwangi-wangian di dalam rumah, khas untuk suaminya.

IKLAN

 

5) Memerhatikan waktu makannya kerana lapar yang berlarutan mengganggu emosi.

Orang tua-tua ada berpesan, terdapat dua perkara perlu dijaga untuk suami, iaitu mata dan perutnya. Jaga mata suami supaya dia tidak memandang perkara yang boleh mendatangkan dosa. Jaga perutnya agar dia tidak berlapar, kerana lapar akan membuatkan emosi mudah terganggu dan naik marah.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab isteri untuk memastikan suami tidak berlapar. Sekiranya anda sibuk dan kesuntukan masa untuk memasak makanan, sekali-sekala beli makanan di kedai juga tidak mengapa. Asalkan suami dapat makan pada waktunya dan tidak kelaparan.


.

IKLAN

6) Memerhatikan waktu tidurnya kerana tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Tanggungjawab isteri untuk prihatin terhadap waktu tidur si suami. Jika suami perlukan rehat, berilah masa untuk mereka berehat. Apabila suami yang penat bekerja mendapat rehat dan tidur yang cukup, emosi mereka akan lebih stabil. Setelah keletihan suami telah hilang, barulah isteri boleh meminta bantuan suami untuk sama-sama melakukan kerja rumah pula.

 

7) Menjaga hartanya.

Menjadi tanggungjawab isteri solehah untuk bijak menjaga dan mengurus harta suaminya. Wang yang banyak diurus sebaiknya, manakala wang yang sedikit pula dibelanjakan secara cermat dan berhemah. Isteri perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki dan harta yang dimiliki oleh suami. Jangan meminta-minta benda di luar kemampuan suami.

 

8) Memelihara kehormatan serta keluarganya.

Tanggungjawab isteri bukan sekadar menjaga kehormatan suami dan keluarga, tetapi juga menjaga maruah keluarganya sendiri dan keluarga mertua. Rahsia dan aib keluarga mertua, bukan untuk dicanang pada keluarga sendiri. Sebagaimana anda sayang dan menjaga kehormatan keluarga anda, begitu juga yang perlu anda lakukan kepada keluarga mertua yakni keluarga suami anda.