Tahniah! Emma Maembong Pilih Juruterbang Sebagai Suami

Share

Pelakon sensasi Emma Maembong selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32 dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 11.58 pagi ini.

Dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam WIlayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Berkonsepkan warna putih, persalinan pengantin direka oleh pereka terkenal, Ezuwan Ismail.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 bersama senaskan Al QUran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pelakon ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup, dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan terdekat.

Turut hadir pada majlis istimewa itu ialah beberapa rakan artis seperti Mawar Rashid, Aprena Manrose.

IKLAN