Tahniah! Fazura Kini Hamil 4 Bulan

Share

Alhamdulillah! Itu perkataan pertama yang terucap dibibir kami apabila membaca posting Fazura di laman Instagram tentang kehamilan pertamanya yang kini sudah berusia 4 bulan.

Ketika artikel ini ditulis, posting Fazura di Instagram telah mendapat 148 ribu tanda suka walaupun baru 55 minit dimuat naik.

Fazura dan Fattah Amin sudah mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Walaupun sering ditanya soal zuriat, pasangan ini ternyata bersikap positif dan menganggap masih belum ada rezeki dari Allah.

Menurut Fazura, mereka sentiasa yakin dengan percaturan Allah dan ini merupakan waktu yang tepat untuk mereka memiliki zuriat. Tentunya mereka berasa sangat bahagia dengan kurniaan Allah yang sudah lama dinanti-nantikan ini.

Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka selama ini. Malah, beliau turut bersyukur untuk setiap detik dalam fasa kehamilan ini dan hari-hari indah yang bakal mendatang.

Rata-rata netizen turut gembira dengan berita yang disampaikan oleh Fazura ini. Rakan-rakan artis juga turut memberikan ucapan tahniah buat pasangan sama cantik, sama padan ini.

Tentunya tahun 2020 ini merupakan tahun yang amat bermakna buat Fazura & Fattah Amin. Tahniah kami ucapkan! Sama-sama kita doakan agar kehamilan Fazura dipermudahkan hingga saat melahirkan.

IKLAN