Dalam era globalisasi di mana segala perkara kini hanya boleh diakses dengan mudah melalui hujung jari, secara atas talian (online) sahaja. Pelbagai kandungan terutama hiburan boleh diperoleh malah ada yang sanggup melakukannya secara haram kerana mahu menjimatkan kos.
Antaranya dengan melakukan penstriman secara haram dengan penggunaan ‘TV Box’ yang boleh didapati dengan harga yang amat murah. Meskipun tidak perlu membayar harga langganan tapi tahukah anda akan risiko yang menanti.
Tindakan ini bukan saja salah di sisi undang-udang tapi juga paling bahaya mereka yang melakukan penstriman haram ini seperti membenarkan penjenayah siber masuk selangkah ke dalam kediaman dan memberikan ‘kunci’ kepada mereka untuk mengakses segala data peribadi milik keluarga anda.
Kotak TV atau (TV Box) haram mempunyai potensi tinggi sebagai jalan utama penjenayah siber, kerana mereka tidak melakukan proses pelesenan melalui saluran yang betul.
Lebih parah lagi apabila peranti-peranti ini disediakan tanpa mengikut standard keselamatan yang ketat, yang bertindak melindungi para pengguna di platform yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Ini bermakna, setiap kali anda mengakses kandungan secara haram, anda bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Terdahulu, Astro salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan beberapa individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, memandang serius bahawa cetak rompak memberi implikasi yang amat buruk terhadap industri kandungan.
Ini sekaligus memberi impak yang cukup dahsyat kepada pelaburan dalam program berkualiti, dalam masa sama meletakkan keselamatan para pengguna dalam risiko. “Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
“Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, namun kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko dan tidak berbaloi,” tegasnya.
Jadi tepuk dada tanyalah selera, berbolaikah anda melakukan penstriman secara haram ini yang akhirnya akan membawa anda ke muka pengadilan hingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 9 hingga 13 Oktober ini, Karangkraf Mall Online bersama-sama lebih 1,000 e-tailers di seluruh Malaysia akan memulakan perang diskaun sesama sendiri! Dan yang pastinya diskaun sehingga 90% Karangkraf Mall tidak harus anda lepaskan!
Karangkraf Mall Sdn Bhd menyasarkan jualan RM35,000 sempena jualan atas talian (online) terbesar Malaysia, MYCYBERSALE 2017 yang berlangsung pada 9 hingga 13 Oktober ini. Pegawai Pemasaran dan Promosinya, Muhamaad Hazani Sukri berkata, sasaran itu adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan jualan yang diterima pada tahun lalu sebanyak RM30,000.
Karangkraf Mall juga menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara bagi pembelian RM100 ke atas dan cabutan bertuah setiap hari yang nilainya lebih RM100. Jualan online selama lima hari itu akan menyaksikan lebih 100 majalah akan dilelong dan lebih 3,000 buku dan novel akan dijual dengan harga yang murah.
Terdapat juga lebih 50 pakej buku ‘super jimat’ antaranya pembelian melebihi RM100 akan mendapat penghantaran percuma; lebih RM200 penghantaran percuma dan baucar tunai; serta lebih RM250 menerima penghantaran percuma, baucar tunai dan beg eksklusif Karangkraf Mall.
Buat bakal pengantin, inilah masanya untuk anda kumpul koleksi majalah Pesona Pengantin dengan harga tak masuk akal! Majalah Pesona Pengantin edisi Oktober-Disember 2017 menampilkan Wany Hasrita sebagai penghias kulit muka depan manakala pasangan Mawar dan Raf sebagai penghias kulit belakang majalah.
Anda berpeluang menang 3 baucar percutian 3 hari 2 malam di Club Room lengkap dengan sarapan untuk dua orang bernilai RM2500 setiap satu. Lebih seronok lagi, anda juga berpeluang untuk menang 25 set produk Dr Irma Skincare bernilai RM240 setiap satu. Ada lagi..buat pasangan mempelai yang mengidamkan rawatan rambut, ada 20 baucer MBH Ayur Theraphy Oil bernilai RM100 setiap satu. Caranya mudah sahaja..beli majalah Pesona Pengantin dan sertai peraduan-peraduan ini dan anda berpeluang memenangi baucar percutian, produk kecantikan, dan baucar rawatan rambut.
Pasangan pelakon, Beego dan Linda tidak mensia-siakan peluang yang ada, selepas berjaya menyelamatkan perkahwinan mereka selepas hampir musnah Mac lalu.
Kata Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, persefahaman antara kedua-dua pihak adalah punca utama hubungan mereka kembali pulih walaupun sudah berada dalam fasa perceraian.
“Apabila dalam keberantakan, saya menjauhkan diri manakala Linda tidak ke mana-mana. Jadi, dia minta saya untuk kembali waktu itu.
“Bukan isu siapa menang, kalah atau ego. Linda ada cakap sesuatu membuatkan saya sedar untuk beri peluang kepada perkahwinan.
“Dua tangan kami pegang keluarga manakala anak-anak di tengah-tengah, jadi tiada sesiapa yang boleh pisahkan. Kalau kita tidak buat, siapa lagi mahu lakukan,” katanya.
Kongsinya lagi, punca perkahwinan mereka goyah bukan disebabkan konflik orang ketiga mahupun berhadapan kesulitan wang tetapi disebabkan masalah komunikasi.
“Dalam rumah tangga semua ada masalah. Saya pula dengan Linda berkahwin ketika berusia 33 tahun, tidak matang lagi dan sekarang baru 10 tahun berkahwin.
“Satu dekad pertama adalah cabaran dan Alhamdulillah kami lalui bersama, macam Linda cakap bukan orang ketiga atau masalah kewangan, mungkin ada benda terpendam,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon filem KL Menjerit 1 itu belajar banyak perkara sepanjang isu terbabit berlaku dalam rumah tangganya.
“Iktibar daripada kisah yang terjadi saya lebih banyak berkomunikasi dan menjadi lebih penyayang.
“Dua-dua mengalah dan tolak ego. Kami bagi peluang kepada masing-masing,” tuturnya.
Sebelum ini, pasangan tersebut pernah bercerai pada 27 Mac lalu namun jodoh masih panjang apabila mereka rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April.
Terdahulu, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahata mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Perkahwinan pelakon dan penyanyi itu merupakan kali kedua buat Beego yang sebelum ini pernah bergelar suami kepada Intan Shahira Mohd. Shahru pada 2008.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...