Tahun ini ada rezeki menamatkan zaman bujang. Ramai pula yang ambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan sebelum tibanya Ramadan. Teruja juga untuk menyambut hari raya berdua dengan isteri tersayang. Baju raya dah ada, nak bergambar pula rasa kekok sebab kali pertama sambut berdua. Ini ada tip untuk anda yang malu-malu kucing!
Ingat lagi tak pose yang jurugambar ajar masa ambil gambar perkahwinan anda? Boleh juga pose itu digunakan untuk hari raya nanti. Paling penting, jangan ada rasa malu. Pasangan halal kan, apa salahnya!
Ini ada contoh posing yang dikongsikan Diana DZ. Sama ada anda berada di rumah mentua atau di rumah sendiri, gunakan sahaja waktu ini untuk photo of the day (potd) anda di hari raya nanti. Untuk yang dah halal sahaja tau!
Ads
Ads
Ads
Tapi untuk para isteri, ada satu benda yang anda perlu perhatikan. Stail tudung jangan sampai senget ya. Boleh klik link ni untuk pastikan tudung anda sentiasa ons!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perempuan memerlukan kasih sayang manakala lelaki pula memerlukan hormat daripada seorang wanita. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya agak rumit dan sukar untuk dilakukan.
Seorang suami akan rasa lebih dihargai bila dihormati oleh isterinya. Biar pun mereka bergaji rendah daripada seorang isteri, mereka tetap seorang ketua di rumah dan wajib dihormati oleh isterinya.
Walaupun suami nampak seperti tidak ambil kisah tentang hal ini, tetapi hati mereka boleh terluka jika tidak dihormati. Mereka lebih susah untuk dipujuk. Jadi sebagai seorang isteri, anda perlulah peka dengan perasaan mereka.
Kami kongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada seorang suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila lagi anda hendak memegang bunga tangan jika bukan di majlis perkahwinan anda. Masa inilah anda akan menjadi tumpuan ramai, seluruh penampilan dilihat oleh para tetamu bermula dari mekap, busana dan aksesori yang mendampingi si pengantin. Tidak kurang penting ialah bunga tangan pengantin yang menjadi pelengkap diri. Selain menjadi aksesori, bunga tanganpengantin juga boleh menutupi kekurangan pada bahagian perut.
Sebelum membuat bunga tangan, pastikan anda pertimbangkan 4 perkara penting ini:
1. Pastikan anda membeli bunga segar sehari sebelum majlis berlangsung.
2. Pilih bunga yang masih segar dan kembang.
3. Selepas membeli, letakkan bunga-bunga tadi pada suhu yang dingin untuk menjamin kesegarannya.
4. Sekiranya anda membeli bunga lebih awal, pastikan bunga tersebut direnjiskan dengan air dan masukkan separuh daripada batang bunga dengan air yang dingin.
Ini ada beberapa inspirasi bunga tangan untuk menyerikan majlis perkahwinan anda.
Ikuti kupasan tentang pentingnya bunga tangan buat pengantin bersama Pakar Bunga Negara dalam Pesona Pengantin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur bukanlah pengukur untuk menentukan kematangan seseorang itu. Sebaliknya, cara berfikir dan sikap rasional dalam melakukan sesuatu perkara adalah lebih penting dalam membentuk individu yang berfikiran matang, begitu juga apabila berbicara soal cinta.
Sikap matang amat perlu dalam hubungan percintaan. Ini kerana hubungan akan menjadi lebih baik sekiranya pasangan mempunyai sifat matang dalam perhubungan. Kematangan kedua-dua pasangan akan membentuk jalinan atau hubungan yang lebih erat dan pastinya apa jua masalah yang bakal tiba dapat diselesaikan dengan baik.
Namun, bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Jom Pesona Pengantin kongsikan 8 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk anda menjadi pasangan yang matang dalam percintaan!
Orang tua pernah berkata, “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan. Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya. Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai cinta.
Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah. Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, anda ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit.
Tapi sekarang, anda sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu anda. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia d iwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.
Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang.
Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai t-shirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu.
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dan profesional dalam bercinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...