Sebut sahaja isteri dominan mungkin tak berapa familiar, tapi bila sebut ‘Queen Control‘ memang ramai yang tahu. Ada sesetengah wanita yang memang suka mendominasi. Tak kiralah sama ada mendominasi rumahtangga, perhubungan, suasana dan macam-macam lagi. Itu sifat mereka.
Apabila isteri suka mendominasi, kita juga perlu melihat dari perspektif berbeza. Ramai lelaki yang ego, takut dikatakan takut isteri. Hakikatnya, isteri yang dominan juga boleh mempermudahkan urusan rumahtangga.
Di sebalik isteri yang dominan, ada perkara yang isteri juga perlu ambil berat iaitu soal hormat. Jom baca perkongsian Cikyam mengenai Isteri Dominan.
*********************************
ISTERI DOMINAN
Pernah seseorang tanya kat CikYam.
“Kau nampak macam control suami. Suami kau OK ke?”
Ya, dari banyak sudut, memang nampak CikYam control suami. Sikit pun CikYam tak nafikan yang CikYam lebih dominan. Senang kata, CikYam banyak buat keputusan dalam rumahtangga.
Tapi ini tak bermaksud CikYam kurang ajar atau tak hormat kat suami. Masa tu CikYam keje wartawan. Gaji beribu. Nak banding dengan suami yang Mr Mama, kerja niaga burger dari rumah dengan pendapatan tak seberapa, memang jauh beza.
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Samalah jugak dengan suami isteri.
Benda-benda macam tu tak de efek pun pada rasa hormat (walau kadang terkucil gak). Dia suami, kita isteri, so kenalah sedar diri.
Walaupun keputusan banyak CikYam buat, CikYam sedar syurga isteri tetap di bawah tapak kaki suami. Bergaduh tu biasa la. Tapi taklah sampai teruk bebeno.
Selain bab kerja, beza dari segi pendidikan pun beri kesan pada seseorang. Kena tengok jugak cara dia dibesarkan macam mana. Benda tu semua bagi kesan pada rumahtangga sebab ada beza dengan cara berfikir.
So, kita sebagai suami isteri kena pandai-pandai sesuaikan diri. Barulah tak timbul benda yang menyakitkan hati.
Isteri dominan kena bijak bawa diri. Walau semua benda kita kawal tapi jangan sampai suami makan hati. Kena banyak explain dan mintak jugak pendapat dia.
Tak salah jadi isteri dominan. Orang boleh anggap apa saja. Boleh timbulkan prasangka orang sekeliling lebih-lebih ahli keluarga sebelah suami. Tapi, kitaaaaaa je la yang tahu suami kita macam mana. Tak tido sebantal, tak hidup sebumbung, kau tak tahu keadaan sebenar.
Ramai yang salah anggap antara isteri dominan dan ‘queen control‘. Dari satu sudut, kelebihan isteri yang dominan ini sebagai satu titik keseimbangan dalam hubungan suami isteri. Jangan hanya pandai melabel hal rumahtangga orang lain sedangkan kita tak tahu bagaimana mereka membentuk keluarga dari acuan mereka sendiri.
Lepas seharian di tempat kerja dan ditambah pula dengan pelbagai masalah, tentu sahaja suami rasa tidak sabar untuk pulang ke rumah. Rasa penat suami akan terlerai apabila isteri menyambut kepulangan suami dari kerja dengan persediaan dan penuh kasih sayang.
Namun, persediaan sebelum ingin dilayan dan dimanja oleh seorang isteri, apa kata lelaki kadang-kadang lelaki boleh mulakan dahulu.
Lelaki ini kongsi, kenapa 15 minit pertama itu adalah masa wajib bagi perhatian pada isteri.
IKLAN
15 minit pertama, masa wajib bagi perhatian pada isteri. Ini ialah cara untuk buat isteri rasa dihargai. Contohnya, baru ambil isteri dari tempat kerja, atau baru balik kerja, maka gunakan 15 minit pertama di awal pertemuan untuk fokus 100% pada isteri.
Dengar cerita dan tunjukkan minat kepada cerita yang disampaikan isteri. Walaupun kita sibuk dengan kerja, mahu buat panggilan, mahu fikir tentang kerja dan sebagainya. Tetapi hanya untuk 15 minit pertama ini, tolong lupakan semua itu sebentar.
IKLAN
Bagi 15 minit pertama ini untuk bagi perhatian dan senyuman. Sorok tepi muka stress dan penat itu untuk 15 minit yang istimewa ini. Cipta ruang penghargaan bagi membuatkan pasangan rasa dilindungi dan dicintai.
IKLAN
p/s : 15 minit pertama ialah minimum, kalau boleh bagi lagi lama, lagi bagus. Barulah isteri itu rasa puas dan dihargai. Nanti kau pula yang akan dihargai kembali.
Janganlah baru jumpa isteri, tetapi buat tidak peduli dan buat macam isteri itu tidak wujud. Tangki emosi dan buku cerita dia tengah penuh tu, lebih baik beri dia peluang curah dan bacakan pada kau dulu.
Rasulullah SAW pernah menyampaikan nasihat kepada puterinya Fatimah ra. Sepuluh nasihat itu merupakan mutiara yang tidak ternilai harganya, khususnya bagi golongan isteri yang mendambakan ganjaran istimewa daripada Allah SWT.
#1 “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya kelak Allah SWT tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadunnya dan juga Allah SWT akan meleburkan keburukan serta meningkatkan darjatnya”.
#2 “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah SWT akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah”.
#3 “Wahai Fatimah! Sesungguhnya seorang yang memakaikan minyak pada rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah SWT akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1,000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian”.
#4 “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membantu keperluan tetangganya, maka Allah akan membantunya agar dapat minum dari telaga Kautsar pada hari kiamat nanti”.
#5 “Wahai Fatimah! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isterinya. Andai kata suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah SWT”.
#6 “Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita mengandung, maka malaikat memohonkan keampunan baginya, dan Allah SWT tetapkan baginya setiap hari 1,000 kebaikan serta melebur 1,000 keburukan. Ketika seorang wanita merasa sakit untuk melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang yang jihad di jalan Allah.
Di saat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Di saat seorang wanita meninggal ketika melahirkan, maka tidak akan membawa dosa sedikitpun.
Di dalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala 1,000 orang yang melaksanakn ibadah haji dan umrah dan 1,000 malaikat memohonkan ampunan baginya sehingga hari kiamat”.
#7 “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya dengan 1,000 kebaikan. Allah SWT pun akan memberikan kepadanya pahala sebanyak 100 kali ibadah haji dan umrah”.
#8 “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri tersenyum di hadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih”.
#9 “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalannya, dan Allah SWT mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang”.
#10 “Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumis suami, serta memotong kukunya, maka Allah akan memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.
Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Antaranya peraturan semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:
.
i- Azan dan iqamat.
Hendaklah segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la)
ii- Membelah mulut (tahnik).
Tahnik mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
iii- Penyusuan.
Susu ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga kepada bayi. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
iv- Memberi nama.
Tanggungjawab ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“ Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
v- Bercukur.
Menggunting rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.
vi- Aqiqah.
Hukum Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud :
“Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.” (Hadis Riwayat Ahmad)
vii- Berkhatan.
Berkhatan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud:
“Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” (Hadis Riwayat At- Tabrani)
.
Tatkala usia anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah mereka dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Pada usia kanak-kanak, kebanyakan daripada mereka mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-
1- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
2- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
3- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
4- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
5- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
6- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
7- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
8- Menanamkan asas-asas keimanan
9- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
10- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
11- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
12- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.
Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Di samping itu, mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.
Setelah anak-anak menjangkau ke usia remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dengan akhlak, aqidah dan bidang syariah perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya dengan baik. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin. Pepatah ada mengatakan, “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya”. Pepatah ini membawa makna supaya ibu bapa mendidik anak-anak dari awal agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...