Kalau kita terlupa nak masak, 2-3 hari pun boleh rosak dan berkulat. Jadi apa kata kita cuba tips simpan tauhu tahan lama oleh Teratak Hijab Labuh ni. Lebih seminggu pun masih elok tau!

TIPS SIMPAN TAUHU TAHAN LAMA. LEPAS SEMINGGU PUN MASIH ELOK!
Mak saya ajar jika nak tauhu dapat disimpan dengan lebih lama, boleh ikut petua ni. Tak Payah Membazir, Tauhu Boleh Tahan Lama Dengan Cara Ini

1. REBUS
Mula-mula kita rebus dulu tauhu tu.

Tak Payah Membazir, Tauhu Boleh Tahan Lama Dengan Cara Ini

2. BIARKAN SEJUK
Bila dah siap rebus, angkat / toskan biarkan sejuk dulu.

IKLAN
Tak Payah Membazir, Tauhu Boleh Tahan Lama Dengan Cara Ini

3. SIMPAN DALAM PETI SEJUK
Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Tak perlu rendam dalam air pun.
Bila buat macam ni, tauhu boleh tahan sampai seminggu lebih dalam peti sejuk.

IKLAN

MUDAH KAN?
Bukan apa, saya ni selalu je terlupa nak masak tauhu awal-awal. Bila nak masak, tengok-tengok je dah busuk.Jadi lepas ni bolehlah kita cuba petua simpan tauhu tahan lama ni. Mungkin ramai lagi yang belum tahu dan mengalami masalah yang sama dengan saya.

IKLAN

Insha Allah dengan cara ini, dapatlah elak daripada membazir.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI