Cuaca salah satu faktor yang sering dirisaukan oleh pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan. Kebiasaannya pengantin mengimpikan cuaca yang redup dan tidak terlalu panas. Keadaan cuaca yang sering ditakuti oleh pengantin dan mereka yang terlibat dalam perkahwinan seperti jurufoto, penyedia katering, pemain kompang dan lain-lain adalah hujan. Ya, hujan. Bayangkan hujan tidak berhenti, diselangi dengan dentuman guruh dan panahan petir. Pasti kucar-kacir jadinya majlis tersebut.

 

Sejak dahulu lagi, ada pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat Melayu kita bagi mengelakkan hujan semasa berlangsungnya majlis kenduri kahwin. Memang satu masalah besar kalau turun hujan pada hari tersebut
lebih-lebih lagi jika majlis dilangsungkan di rumah, menggunakan kanopi, memang menjadi masalah kepada tuan rumah, tetamu dan juga krew terlibat.

 

Antara amalan yang selalu dilakukan adalah menabur garam dan cili kering, membakar kemenyan dan menegakkan penyapu lidi serta membaling pakaian pengantin atas bumbung rumah.

Ini adalah amalan tradisi orang Melayu dan sebaiknya kita sebagai orang Islam, menggunakan cara Islam bagi memberkati majlis perkahwinan kita nanti.

Tak Perlu Campak Kain Atas Bumbung Nak Elak Hujan, Ikut Cara Islam Bukan Buat Benda Khurafat
.

Berikut adalah amalan atau petua (Khurafat) orang-orang lama dan doa yang dianjurkan dalam Islam untuk mengelakkan hujan di majlis perkahwinan:

Petua 1: Pacak Penyapu Dan Halakan Ke Langit

Amalan ini adalah amalan yang telah lama bertapak. Ianya sangat popular di negeri-negeri selatan tanahair termasuk Melaka dan Johor. Kononnya penyapu ini boleh menyapu awan tebal agar beralih tempat ke lokasi lain. Petua ini disaran dilakukan sebelum hujan turun. Lebih lucu, sekiranya setelah beberapa minit awan masih tidak bergerak, hujung penyapu perlu dicucuk dengan cili agar air hujan takut untuk turun.

 

Petua 2: Baling Pakaian Pengantin Ke Atap

Petua ini lebih popular dari petua di atas. Ianya popular juga di bandar dan kampung. Pengantin perlu membaling pakaian yang dipakai ketika tidur di atas bumbung rumah sebelum majlis berlangsung.

IKLAN

*Kami tidak mengsyorkan anda untuk mengamalkan petua ini kerana ianya jelas bertentangan dengan agama.

Tak Perlu Campak Kain Atas Bumbung Nak Elak Hujan, Ikut Cara Islam Bukan Buat Benda Khurafat
.

Amalan Dan Doa Yang Dianjurkan Islam Untuk Mengelak Hujan

Orang yang beriman akan sentiasa memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Sebagai pengantin dan keluarga pengantin, kita perlulah sentiasa percaya bahawa segala kejadian yang diciptakan Allah SWT mempunyai kebaikan.

 

IKLAN

Petua-petua yang dikongsikan di atas tidak langsung memberi jaminan bahawa hujan tidak akan turun. Tiada apa yang boleh menentang perancangan Allah SWT melainkan kita memohon untuk dijauhkan daripada sesuatu bencana.

 

Mendirikan solat hajat pada malam sebelum majlis berlangsung dan memohon kelancaran majlis adalah salah satu amalan yang disyorkan dalam Islam. Selain dari itu, dipetik dari Hadith Riwayat Muslim ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk memohon kepada Allah SWT untuk dijauhkan diri dari hujan.

 

IKLAN

Berikut adalah doa tersebut didahului dengan bacaan Al-Fatihah dan Surah Hud:

1. Al-Fatihah – 7 kali
2. Surah Hud, ayat 44 – 7 kali

 

” Ya Allah, palingkanlah daripada kami dan janganlah Engkau menyusahkan kami, Ya Allah, Engkau gerakkanlah hujan ini tempatkanlah ke bukit-bukau, di tanah-tanah tinggi,di dasar-dasar wadi dan di tempat-tempat penumbuhan pokok-pokok yang lebih memerlukan air.”

 

perkahwinan adalah salah satu ibadah yang digalakan dalam agama. Mencampuri urusan ibadah dengan unsur-unsur khurafat dan bertentangan dengan Islam adalah ditegah. Hilanglah keberkatan sesuatu majlis itu sekiranya ianya dicampuri dengan amalan-amalan dan petua-petua yang jelas terpesong.

 

Ingat, kita perlu sentiasa menerima ketentuan Illahi. Anggaplah hujan adalah ujian pertama anda dalam perkahwinan. Hadapilah ujian ini dengan tenang, Insya Allah selepas hidup bersama dengan pasangan anda, pelbagai ujian akan dipermudahkan oleh-Nya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI