Kredit : FB DILA MUBARAK

Kadang-kadang bila kita tengok orang naikkan gambar status atau bahagia, mulalah terdetik atau naikkan status membalas  yang dia sebenarnya nak ‘show off’ je. Walhal apa yang mungkin kita tak tahu, niat mereka disebalik itu. Wanita bernama Dila Mubarak ini kongsi, tak perlu tunjuk hati kita tak senang melihat orang.

“Bahagia tak semestinya pakai baju sedondon”

“Di fb tunjuk sweet2 tak semestinya bahagia”

“Bila raya masing2 pakat ambik gambar depan kereta.”

“Kereta Honda cun melecun pun ada loan buat apa baik pakai kereta buruk xde loan”

Bila kereta besar ada buat salah:

“Kereta je besar otak kecik”

Mcmlah kereta kecik semua otaknya besar?

“Baik sedekah dari membazir”

Mana tahu dia tak sedekah? Mana tahu dia membazir?

IKLAN

“Biar sederhana asal bahagia”

Kau tak rasa lagi bila mewah & bahagia tu camana.

. . . .

Biasa terbaca status seperti di atas?

Sound je terus:

Yang ko sakit hati pehal???

IKLAN

Sy gelak je bila terbaca status camtu eheeeeeee

Kesian bila hati tak bahagia.

Hati sakit.

Sakit bila org lain ada apa yg dia tak ada.

Kalau dia ada, dia tak akan cakap camtu.

Kalau hatinya bahagia, dia tgk org lain pun rasa bahagia.

IKLAN

Manusia tak sama. Tak perlu nak suruh org ikut cara kita.

Ada org bila happy dia rasa nak share dgn org lain. Ada org bila happy dia nak happy sorang2 je. Kalau share nanti kang ada plk yg nak sondol kih3

Masing2lah tak perlu la tunjuk sangat hati kita tak senang lihat org lain senang.

Cuba bagi pinjam tak payah kereta yg harga 2-3juta la.. bagi pinjam R35 je kat dia..nak tgk dia hupload fb ke tak keh3

Pegi beraya umah org kaya ada kolam renang pun sakan hupload fb.

Belum yg sendiri lagi tu.

Hashtag #SilaMereput ?

www.mamadil.com.my

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI