“Bukanlah disebut pembohong orang yang menyelesaikan perselisihan di antara manusia dengan cara dia menyampaikan hal-hal yang baik atau dia berkata hal-hal yang baik”. (HR. Al-Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605)
Maksudnya: Walaupun apa yang dia sampaikan atau katakan itu tidak benar, akan tetapi dia mengucapkannya agar terwujud perdamaian di antara kedua belah pihak. Dalam riwayat Muslim ada tambahan:
“Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya bohong yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Bohong dalam peperangan, bohong untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.”
Penjelasan ringkas: Bohong merupakan dosa yang sangat besar dan amalan yang sangat buruk. Hanya saja, jika pada suatu keadaan tertentu, pembohongan boleh membawa kemaslahatan syar’i yang lebih besar daripada mudharat pembohongan itu, maka ketika itu bohong diperbolehkan jika ada keperluan. Hanya saja ini bukan bererti setiap orang boleh berijtihad dengan pemikirannya untuk menilai suatu bohong itu boleh atau tidak, kerana Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri telah menegaskan bentuk bohong yang diperbolehkan dalam syariat. Oleh itu kita wajib terbatas pada apa yang beliau sebutkan dan selainnya tetap dalam hukum haram dan merupakan bohong yang tercela. Adapun pembohongan yang diperbolehkan adalah:
IKLAN
Bohong untuk mendamaikan pihak yang bertikai.
Bohong dalam perang. Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الْحَرْبُ خَدْعَةٌ
“Perang adalah tipu daya”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami
TIGA KEBOHONGAN YANG DIPERBOLEHKAN
Dalam Islam, bohong (dusta) adalah salah satu sikap yang sangat tercela dan dibenci oleh Allah dan makhluknya. Lawan dari sifat bohong adalah jujur, salah satu sifat Rasulullah SAW yang menjadikan beliau dikenali sebagai Al-Amin (yang dapat dipercaya) oleh kaum Quraisy. Terdapat tiga kebohongan yang diperbolehkan dalam Islam:
IKLAN
Kebohongan dalam peperangan ; Perang dijalan Allah sangat banyak terjadi dalam sejarah Islam, baik pada masa Rasulullah maupun setelah beliau wafat. Dalam peperangan pasti memerlukan siasat perang, dan dalam siasat perang harus memiliki banyak kebohongan. Misalnya: mengatakan bahwa jumlah tentara 300.000 orang padahal sebenarnya cuma 100.000 orang, agar musuh mulai gentar dan ragu.
Kebohongan untuk menyatukan dua orang yang bertikai ; Kita diperbolehkan berbohong dengan maksud menyatukan dua orang yang bertikai (atau bermusuhan). Contohnya, Si A dan si B sudah lama tidak bercakapan oleh karena sesuatu hal. Si C bermaksud mendamaikan keduanya. Si C mendatangi si A dan mengatakan, “Hai, A, sebenarnya si A itu kepingin sekali berteman dengan kamu, namun ia segan” (padahal si B tidak pernah berkata seperti itu). Kemudian ia mendatangi si B dan mengatakan, “Hai, B, si A itu sudah sejak dua tahun yang lalu ingin berbaikan denganmu, ia merasa ibadahnya kurang mustajab kalo masih bermusuhan sama kamu” (padahal si A tak pernah mengatakan seperti itu. Tapi karena maksudnya baik, kebohongan seperti ini diperbolehkan dalam Islam
Kebohongan antara suami dan istri ; Kebohongan ketiga yang diperbelahkan dalam Islam biasa dilakukan dalam rumah tangga antara suami dan istri. Namun kebohongan ini bertujuan untuk menjaga keutuhan rumah tangga. Contohnya adalah, suatu saat istri yang telah berumur 60 tahun datang kepada suami, dan berkata, “Bang, masih cantikkah aku?”. Si suami menjawab iya, “kamulah paling cantik di dunia ini, awet muda”. Dalam hal ini si suami pasti berbohong, kerana tidak mungkin usia 60 masih cantik. Dulu kala masih muda selalu harum minyak kesturi, sekarang selalu harum lain kan.
Namun demi keutuhan rumah tangga, kebohongan seperti itu sangat dianjurkan. Contoh kedua adalah, tidak perlu menceritakan masa lalu kepada suami atau isteri. Misalnya, jika suami suatu waktu bertanya, “Pernah tak kamu bercinta (mohon maaf bagi yang pacaran dan tidak dianjurkan) sebelum kita menikah dulu?” dianjurkan menjawab tidak, kerana kalau di jawab ya, pasti akan muncul pertanyaan-pertanyaan berikutnya, siapa, kapan dimana… dst. Demikian juga sebaliknya jika istri bertanya pada suami. Jadi lebih baik sedikit berdusta, demi menjaga keutuhan hubungan perkahwinan. Wallahu a’lam, Astagfirullah, Mohon maaf apabila ada kesalahan
(Dikutip dari ceramah malam pertama Ramadhan Masjid Dakwah Kampus USU)
Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh. Majlis Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) khamis lalu dihadiri dengan keluarga serta teman rapat.
Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan.
Malam tadi berlansungnya majlis resepsi Shila Amzah dan Haris di hotel JW Marriot, Putrajaya dengan gilang gemilangnya. Memilih busana hitam hasil rekaan Azura Couture sebagai tema majlis resepsi malam tadi, Shila dilihat begitu anggun dan menawan di dalam perslinan berkenaan.
Bertemakan perhiasan China ketika era 60-an atau ‘Chinoiserie’, majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua keluarga mempelai.
Penyanyi yang dikenali di peringkat antarabangsa, Shila turut menyanyikan dua buah lagu dan satu daripadanya ditujukan khas buat suaminya Haris. Persembahan lagu Mandarin terbaharu Shila, ‘If We Are Getting Old’ buat pilihan hatinya sebagai tanda penyatuan cinta mereka.
Tidak ketinggalan, pihak perancang majlis Anhevents turut membuat kejutan khas untuk Shila Amzah dengan mengundang kumpulan Ruffedge menyanyikan sebuah lagu buat bakal mempelai.
Shila kelihatan teruja dan gembira turut sama menyanyikan lagu ‘Bila Rindu’ itu dari meja beradab.
Admin doakan semoga perkahwinan Shila dan Haris berkekalan hingga ke akhir hayat. Bertahan, bersabar dan menerima setiap kelemahan pasangan dengan tenang. Selamat Pengantin Baru!
Lepas seharian di tempat kerja dan ditambah pula dengan pelbagai masalah, tentu sahaja suami rasa tidak sabar untuk pulang ke rumah. Rasa penat suami akan terlerai apabila isteri menyambut kepulangan suami dari kerja dengan persediaan dan penuh kasih sayang.
Namun, persediaan sebelum ingin dilayan dan dimanja oleh seorang isteri, apa kata lelaki kadang-kadang lelaki boleh mulakan dahulu.
Lelaki ini kongsi, kenapa 15 minit pertama itu adalah masa wajib bagi perhatian pada isteri.
15 minit pertama, masa wajib bagi perhatian pada isteri. Ini ialah cara untuk buat isteri rasa dihargai. Contohnya, baru ambil isteri dari tempat kerja, atau baru balik kerja, maka gunakan 15 minit pertama di awal pertemuan untuk fokus 100% pada isteri.
Dengar cerita dan tunjukkan minat kepada cerita yang disampaikan isteri. Walaupun kita sibuk dengan kerja, mahu buat panggilan, mahu fikir tentang kerja dan sebagainya. Tetapi hanya untuk 15 minit pertama ini, tolong lupakan semua itu sebentar.
Bagi 15 minit pertama ini untuk bagi perhatian dan senyuman. Sorok tepi muka stress dan penat itu untuk 15 minit yang istimewa ini. Cipta ruang penghargaan bagi membuatkan pasangan rasa dilindungi dan dicintai.
p/s : 15 minit pertama ialah minimum, kalau boleh bagi lagi lama, lagi bagus. Barulah isteri itu rasa puas dan dihargai. Nanti kau pula yang akan dihargai kembali.
Janganlah baru jumpa isteri, tetapi buat tidak peduli dan buat macam isteri itu tidak wujud. Tangki emosi dan buku cerita dia tengah penuh tu, lebih baik beri dia peluang curah dan bacakan pada kau dulu.
Kredit penulisan: Najmi Nawawi
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Saya ingin bertanya beberapa persoalan berkaitan isu rumah tangga. Seorang isteri tidak mengambil berat tentang keperluan batin suami sehingga menjangkau setahun dan kerap mengelak ajakan untuk bersama dengan pelbagai alasan serta tidak mempeduli nasihat suami dan tidak menjaga ibadat kepada Allah SWT. Jika isteri bersikap seperti itu, adakah wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Hikmah Perkahwinan
Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Galakan Islam terhadap perkahwinan agar mendapat banyak kebaikan dan faedah daripadanya. Ini seperti hadis daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim (1467)
Begitu juga, suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan. Ini diperumpakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka
(Surah al-Baqarah, 187)
Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau menyatakan hikmah perkahwinan di antaranya ialah:
Memenuhi keperluan fitrah manusia
Mengembangkan masyarakat islam dengan keturunan
Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
Memelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.
Memelihara generasi manusia yang sejahtera
Mengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/13-16)
Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri
Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)
Terdapat pelbagai Nas al-Quran dan Sunnah berkenaan nafkah di antaranya, Firman Allah SWT:
Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(Surah al-Talaq, 7)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini seperti mana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah 233)
Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri
Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:
Isteri merelakan dirinya untuk bermesra (istimta’), bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan syara’. Dan sekiranya isteri menolak walaupun sedikit, maka suami tidak wajib memberi nafkah kepada isterinya. Dan sekiranya jika suami ingin bermesra dan bersetubuh isterinya dalam keadaan diharamkan, sakit atau uzur, maka keengganan isteri itu melayani suaminya tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.
Isteri ikut tinggal dirumah yang dipilih oleh suaminya. Dan isteri wajib tinggal di dalamnya melainkan tempat tinggal itu tidak sesuai untuk didiami dari sudut syara’.
Jika kesemua syarat itu dipenuhi, maka wajib bagi suami untuk memberi setiap nafkah yang diperlukan oleh isteri.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/181-182)
Nusyuz
Dr. Muhammad Zuhaili mentakrifkan Nusyuz bermaksud derhaka. Dan nusyuz seseorang perempuan ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Dan Nusyuz bagi lelaki ke atas wanita adalah meninggalkan tanggungjawabnya dan menyakiti pasangannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
(Surah al-Nisa’: 34)
Perbuatan Nusyuz yang dilakukan isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ini seperti mana hadis daripada Abi Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi.
Riwayat Muslim (1436)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan Nusyuz seorang itu berlaku dalam pelbagai keadaan dan gambaran. Seperti seorang isteri tidak taat dan tidak patuh kepada suaminya, sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada keuzuran yang membenarkannya seperti keluar berjumpa dengan qadi dan mencari nafkah bagi membantu suami yang susah. Atau enggan bersetubuh dalam keadaan uzur syarie’ dan sakit (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/92)
Nusyuz Suami
Selain itu, Nusyuz bagi seorang suami kepada Isterinya seperti yang dinyatakan di dalam Fiqh al-Manhaji, suami yang menganiaya isterinya seperti tidak memberikan giliran bermalam, tidak memberi nafkah atau mengasarinya. Oleh itu, Isteri hendaklah menasihati suami. Dan sekiranya tidak berubah maka hendaklah isteri mengadu kepada hakim untuk menuntut haknya. Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110)
Cara Mengatasi Nusyuz Suami
Isteri boleh menasihati suami tentang tanggungjawabnya dan memberi amaran kepadanya tentang balasan Allah SWT dengan perbuatan zalimnya.
Selain itu, sekiranya suami masih tidak berubah maka isteri boleh memnta hakim mengenakan tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.
Sekiranya belum mampu mengubahnya, kedua-dua belah pihak boleh menghantar wakil sebagai orang tengah untuk mendamaikan atau memisahkan mereka.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110)
Cara Mengatasi Nusyuz Isteri
Apabila terdapat tanda-tanda Nusyuz daripada seseorang seperti ia bersikap kurang enak dan bermasam muka. Atau pun seseorang isteri mengeluarkan kata-kata kesat kepada suaminya. Maka di dalam al-Fiqh al-Manhaji mengajar cara mengatasinya dengan:
Suami sunat menasihati dengan berdasarkan kitab Allah SWT serta mengingatkan tanggungjawab yang diwajibkan Allah SWT ke atasnya berkenaan dengan pergaulan mesra serta sanjung martabat suami. Dan menasihati tentang kemurkaan Allah SWT serta balasannya.
Dan sekiranya masih tidak berubah, suami hendaklah mengasingkan dan meninggalkannya bersendirian di tempat tidur. Perbuatan ini sungguh berkesan untuk mendidiknya.
Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Jika perselisihan masih tidak mampu diselesaikan maka ia hendaklah dibawa kepada hakim. Hakim hendaklah melantik orang tengah yang beragama Islam dan adil. Dan orang tengah itu hendaklah berusaha sedaya upaya mendamaikan suami isteri tersebut. (lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/107-108)
Maksudnya: Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya
(Surah al-Nisa’, 35)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan di atas dan nas yang diberikan, perbuatan seorang isteri tersebut kepada suaminya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya. Melainkan sekiranya suami meminta kepada perkara yang diharamkan syara’ atau isteri dalam keadaan uzur dan sakit.
Suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
(Surah al-Nisa’: 34)
Menasihatinya secara berhikmahdengan tutur kata yang baik, kasih sayang dan berniat untuk dia menjadi lebih baik.
Jika masih juga tidak berhasil, suami boleh untuk mengasingkan tempat tidurdaripada isterinya tersebut.
Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakandengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Melainkan, sekiranya tuntutan suami menyalahi batasan syara’ maka isteri boleh menolak perkara tersebut dan tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.
Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat di dalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.