Tiada siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.
Memetik laman web lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.
1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.
Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.
2. Fokus kepada masa depan.
Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.
3. Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.
Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.
4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih
Patutlah Bertambah Kaya, Ini Tujuh Cara Orang Kaya Simpan Duit
Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.
Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.
5. Bekerja keras
Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.
6. Melabur simpanan dengan bijak
Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperoleh
Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.
7. Menggemari jualan murah, tawar menawar
Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.
Cuba amalkan tips tersebut, walaupun ringkas pasti ia akan merubah hidup, Selamat menabung.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhir tahun nanti macam-macam nak beli. Baju sekolah anak, alat tulis, beg sekolah, yuran dan macam-macam lagi.
Kalau yang anak seorang mungkin taklah terasa sangat. Bila anak dah masuk 2,3 ni barulah kita akan rasa pentingnya ada tabungan untuk tampung perbelanjaan yang mungkin tak cukup.
Dalam artikel ini, kami kongsikan tips simpan duit oleh saudara Nazrul Akram.
DISIPLINKAN DIRI MENABUNG SETIAP HARI
Dulu saya pernah share membuat simpanan untuk tabung anak. Tahun ni pulak kita share pasal simpan duit untuk diri sendiri.
Dengan modalkan RM10 setiap hari, harini dah masuk hari ke 365 maka simpanan anda dah ada RM3,650.
Bagi saya RM3,650 banyak bro pasal korang boleh bayar roadtax, service kereta, pergi travel, renovate rumah ke. Tu belum kira kalau korang simpan dan deposit dalam ASB. Berbunga bunga dividen dia.
SIMPAN DUIT WALAUPUN RM3 SEHARI
Kalau RM10.00 setiap hari tu besar, boleh mulakan dengan RM5.00. Tak susah mana pun cuma kena disiplinkan diri untuk menabung.
Tapi jangan pulak korek tabung anak. Kalau pinjam duit anak WAJIB bayar balik bro. Pasal tu hak dia ye tuan-tuan.
Mari saya share contoh simpanan :
RM10 X 365 hari = RM3650
RM3650 X 6% (Dividen ASB) = RM3869.00
RM5 X 365 hari = RM1825
RM1825 X 6% (Dividen ASB) = RM1934.50
Kalau tak mampu cuba simpan RM3.00, nampak sikit kan tapi kalau dah setahun ribu jugak jadinya.
RM3 X 365 hari = RM1095.00
Hasil simpanan RM3 ni pun paling tidak dapat membantu bayar roadtax kereta ke, buat beli baju sekolah anak ke…. ape-ape la yang korang nak belanja.
Kalau malas nak simpan tiap-tiap hari ni korang tolak daripada gaji siap-siap. RM100, RM200, RM300 setiap bulan. Tak dee masalah pun.
‘PERAM’ HASIL SIMPANAN SETIAP TAHUN
Paling best tengok figure tu bila masuk tahun ketiga. Cuba simpan RM10 setiap hari.
RM10 X 365 hari = RM3650
RM3650 X 3 tahun = RM10950
RM10950 X Dividen ASB = Korang kira sendiri la!
Saya bukan pakar kewangan tapi simpanan ni patutnya adalah wajib bagi kita yang dah bekeluarga ni.
Senang nak manage ujung tahun anak nak masuk sekolah atau time nak raya. Tak de laa senak perut.
Sekadar kongsi pengalaman. Share la kalau rasa nak share.
JOM MULA MENABUNG!
Wah, lepas ni wajib kena ada tabung dekat setiap rumah. Penting tau disiplinkan diri untuk menabung. Elok sangatlah sempena tahun baru ni kita tanamkan semangat untuk simpan duit.
Nanti kalau terdesak, ada juga simpanan untuk back up keperluan kita kan?
Kredit: Nazrul Akram
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita selalu mendengar istilah perigi mencari timba yang membawa maksud wanita terlepbih dahulu memikat lelaki. Lazimnya, masyarakat kita selalu didedahkan dengan prinsip hanya lelaki sahaja yang boleh mengurat wanita atau dalam erti kata lain tackle.
Namun tak menjadi kesalahan sekiranya wanita terlebih dahulu cuba mendekati seorang lelaki itu. Asalkan tidak berlebihan dan menyalahi hukum agama.
Paling penting ialah tentang keyakinan seorang wanita untuk memulakan langkah untuk mendekati lelaki yang mungkin menjadi teman sehidup semati.
Namun adakah semua wanita tahu bagaimana langkah untuk memikat lelaki? Jika nak tahu, jom lihat 4 langkah bijak untuk tackle hati lelaki ini.
Situasinya cukup mudah, saat anda bertentang mata kali pertama dengan si dia contohnya di sebuah majlis perkahwinan rakan anda yang anda berdua kenal. Perasaan mula menjadi gundah gulana dan jantung mula berdegup kencang.
Bagaimana boleh anda hadapi situasi begini? Pertama sekali, anda harus tenang. Kemudian mainkan peranan anda sebagai wanita yang tidak gelojoh dan jangan sesekali lekang dari senyuman.
Kaum lelaki juga manusia biasa yang suka dipuji. Bermula dengan ucapan “hi” boleh diteruskan dengan mengambil sedikit perhatian pada penampilan mereka. Sama ada rambut yang disisir kemas, baju yang menarik perhatian atau but Dr. Martens yang dipakainya.
Dari pujian kecil ini, perbualan boleh dipanjangkan dengan bertanyakan soal kerjaya, minat atau soal Dr. Martens yang menarik minat anda tadi.
Jangan memulakan tindakan dengan cara meminta nombor telefon. Kekalkan dulu martabat anda sebagai wanita lagipun lelaki tidak suka wanita gelojoh. Susun permainan dengan bijak seperti mengikut akaun Instagram atau Twitter.
Namun ada beberapa situasi lain yang memungkinkan anda bertukar nombor telefon jika ia berkaitan kerja. Situasi begini diizinkan jika anda mahu memberi nombor telefon tapi biarlah dengan cara profesional bukan terdesak.
Lelaki mana tidak mahu mendampingi wanita cantik. Tapi hal tersebut hanya asas manusia. Wanita juga sukakan benda yang cantik bukan? Ada hal yang lebih ‘cantik’ daripada wajah yang cantik. Perkara yang dimaksudkan adalah cara pembawaan diri anda.
Syarat pertama amatlah mudah hanya dengan bermanis wajah iaitu senyum, senyum dan terus senyum. Wajah manis anda akan mendapat perhatian mana-mana lelaki jika anda pandai membawa diri dan menjaga tutur.
Tidak salah untuk sedikit loud atau mengikut terma ‘menjadi diri sendiri’ tapi harus sentiasa ingat manusia menilai daripada first impression. Jika salah percaturan belum sempat memasang jerat mangsa singgah pun tidak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...