
Tak semua isteri mampu berada disisi suami ketika susah, dan tak semua suami mampu utk terus bersama isteri ketika senang.
Realiti kehidupan.Bila kita susah, bila kita betul betul takde apa apa dan bukan siapa siapa, tak semua isteri mampu untuk terus berada disisi suaminya utk menempuhi kesusahan tersebut.
Hanya yang memiliki kesabaran yang tinggi, yang meletakkan harapan terhadap orang yang dicintai, yang sanggup mengetepikan kesenangan dunia. Demi untuk terus bersama pasangannya mampu untuk mengharungi tempoh tersebut.
Jika pasangan kita hari ini berjaya melalui tempoh yg sukar itu bersama kita, fasa kesusahan sebelum kesenangan, maka jangan tinggalkan dia untuk yang lebih baik lagi.

Sebab tak semua suami mampu untuk terus bersama isteri ketika dia dah senang, ketika dah memiliki segalanya. Ada segelintir suami yang mula untuk melupakan siapa yg bersamanya dahulu. Ada segelintir yang mula lupa daratan. Dia senang kerana usahanya. Dia lupa siapa yg setiap hari mendoakannya ketika dia keluar dari rumah setiap pagi.Dia lupa siapa yg menyediakan makan minumnya.
Dia lupa siapa yg menyiapkan pakaian untuk dipakainya. Dia lupa siapa yang menguruskan rumahtangganya.Jika kesenangan itu boleh membuatkan kita meninggalkannya, maka doanya adalah : "Lebih baik kita susah…"

Ingatlah siapa kita yang dahulu, dan siapa yang menerima kita waktu itu. Jangan pernah lupa walau sesaat pun akan hakikat itu.
KREDIT : FIRDAUS SHAKIRIN
5 Tanda Anda Dan Pasangan Lebih Matang Mengenai Hubungan

Kestabilan hubungan boleh dinilai dengan pelbagai cara. Oleh itu, adalah masa nya anda dan pasangan lari dari semua sifat dulu dan bersikap lebih matang. Untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga anda juga perlu menitik beratkan sikap bertolak ansur. Tujuh tanda ini mungkin ada kena mengena sedikit dengan anda dan pasangan.
1. Tidak merajuk setiap kali gaduh
Mungkin dulu anda akan rasa perasaan ini. Setiap kali anda dan pasangan anda bergaduh pasti anda akan merajuk atau tidak bercakap dengannya walaupun hanyalah benda kecil. Namun sekarang anda tidak berbuat seperti dulu. Anda kini lebih matang dan lebih menyelesaikan masalah secepat mungkin.
2. Tidak mesej/telefon sepanjang masa
Selepas beberapa masa berlalu, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya. Anda juga sudah memberi kepercayaan terhadap pasangan anda.
3. Anda akan nampak kelebihan dan kekurangan satu sama lain
Cinta ini memang macam magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun jadi kelabu. Tapi apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini. Yang dulu selalunya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma makin mengenali baik buruk pasangan.
4. Anda berdua faham antara satu sama lain
Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stress, apabila pasangan rasa nak makan tapi tak tahu nak order apa. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh baca satu sama lain.
5. It’s okay to agree to disagree
Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua okay dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh pun selepas berbincang.
Suami Bijak Akan Belikan Isterinya Emas. Ini 30 Jenis Emas Patut Suami Kenal

Boleh dikatakan hampir semua wanita yang menyukainya malah mereka lebih mengemarinya dari kepala hinggalah kaki. Emas boleh menimbulkan satu ‘aura’ yang mempesona setiap kali si memakai mengenakan emas tersebut pada tubuh mereka. Bukan sahaja nilai yang tinggi malah reka bentuk juga memainkan peranan penting buat si pemakai. Oleh itu, setiap orang perlu mengenai reka bentuk emas dengan lebih dekat supaya nanti bila si isteri minta hadiah, ikut citarasa mereka selain mampu dijadikan sebagai simpanan untuk hari mendatang. Ingat, suami yang bijak adalah suami yang menghadiahkan isterinya emas!
Ini kami kongsikan 30 jenis emas yang patut para suami tahu
Sebagai pembeli, korang kena tahu reka bentuk gelang emas atau rantai tangan yang menjadi bualan para wanita di luar sana. Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.
1. Emas sebagai aset.
Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM191 untuk goldbar 1gm.
2. Emas mencegah kita boros. Emas memaksa kita menyimpan.
Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm. Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?
3. Emas menarik rezeki.
Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.
Suami Ini Kongsi, Isteri Membebel Itulah Terapi Jiwa Seorang Wanita

Lumrah wanita memang suka membebel. Apalah lagi jika dalam kepenatan, maka semakin bertambahlah bebelan wanita. Makum sahaja bila badan dah penat segala benda boleh keluar dari mulut wanita.
Sebagai suami, anda haruslah banyak bersabar dan bertolak-ansur. Jika suami tidak bijak mengawal emosi, silap-silap boleh menimbulkan perbalahan. Memahami keadaan suami yang ada ketikanya tidak dapat menerima bebelan isteri, Dr Taufiq Razif berkongsi tip agar suami dapat menangani situasi ini dengan baik.
Tip 1: Isteri masuk kereta terus matikan segala jenis bunyi-bunyian cd ataupun radio
Isteri balik je kerja saya akan matikan segala jenis bunyi bunyian cd ataupun radio dan saya akan fokus 100% apa yang akan berlaku nanti.
Seperti yang dijangka, bila isteri masuk je kat dalam kereta, dia akan mula bercerita…
Ya Allah abang, banyak nya la pesakit harini. Tak berhenti yang datang! Nak makan pun tak sempat ni bang walaupun dah pukul 5 petang. Ada pesakit yang datang nak suruh kita rawat dia tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik. Suka bagi makanan.
Belum campur dengan penyakit budak yang muda muda dah kena kencing manis. Bila ditanya rupanya mak dia suka bagi minum air gas masa kecik-kecik. Tepuk dahi bang!
Pastu kan bang…
bla..bla..
Pastu kan..
bla bla bla..
Tip 2: Saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil
Cerita ni akan berterusan sampai la wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-perlahan menjadi tenang dan riang. Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda tu nampak simple je tapi benda tu la sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.
Tip 3: Suami kena bersedia untuk mendengar
Wanita tak sama macam lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar.
Wanita ni istimewa. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya. Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumahtangga jadi lebih bersinar dan bercahaya dan anak-anak pun jadi lebih tenang dan mendengar kata.
Taufiq Razif,
Suami Bertelinga Besi