Kali ini kami ingin kongsikan tanda-tanda awal gangguan sihir yang berlaku dalam rumahtangga, bagus untuk kita semua mengetahui ciri-ciri atau petanda awal sihir mula menyerang rumahtangga kita ini dapat membantu kita rawat dan kawal sihir ini dari meruntuhkan ikatan rumahtangga yang dibina sekian lama.

Takutnya…Jika Suami Yang Disihir, Pihak Suami Akan Mula Lupa Tanggungjawab Dan Pergi Kepada Yang Menyihir

SIHIR RUMAHTANGGA
1. RUMAHTANGGA PANAS
Suami mahupun isteri kerap bergaduh, berlaku tuduh menuduh tentang perkara remeh, perkara-perkara kecil menjadi besar dan pergaduhan ini bersambung-sambung tanpa kesudahan, perubahan ketara dari cinta menjadi benci, berlaku keraguan dan perasaan cemburu yang berlebihan sehingga pasangan merasa terseksa, terlalu sukar untuk saling memaafkan. Suami atau isteri keduanya sudah tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya. Ada juga suami isteri masih saling menyayangi, cuba utk tidur sekali..tetapi apabila baring bersama sahaja isteri akan batuk-batuk dgn kuat, rasa sakit diseluruh badan, yg pelik…bila suami melangkah keluar dr bilik sakit-sakit dan batuk-batuk terus hilang.

2. PANDANGAN BURUK
Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya. Seorang suami melihat isterinya sangat hodoh. Walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Manakala isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Isteri ketika suami di luar rumah bekerja akan merasa rindu dan sayang, tetapi ketika suami ada dirumah, dia merasa amat benci meluat dan mencari punca untuk bergaduh. Selain itu, suami atau isteri merasa nafas dan bau badan pasangan busuk, hanyir dan kadang-kadang ada bau darah.

3. SIHIR GUNA-GUNA
Rumahtangga juga akan bergegar apabila wujudnya sihir pelalau, antara kes yang paling kerap berlaku. Suami atau isteri tiba-tiba jatuh cinta pada orang yang menyihir mereka. Jika suami yang disihir, pihak suami akan mula lupakan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak, sentiasa tidak selesa berada disisi keluarga mencari alasan untuk keluar berjumpa wanita yg menyihir, akan mula marah-marah pd anak-anak dan isteri (marah tanpa punca), duit dan nafkah pd isteri sudah tidak diberi kerana telah habiskan pd pihak yg menyihir (ada kes bukan wanita yg dicintai itu menyihir tetapi ibubapa wanita yg berminat kerana harta & pangkat, lalu melakukan sihir tersebut). Berlainan pula apabila pihak isteri yg terkena sihir pelalau, isteri akan sentiasa rindu (perasaan rindu yg membuak-buak), terbayang-bayang wajah lelaki yg menyihir setiap masa, tidak mahu tidur dgn suami, kerap menyendiri kerana perasaan rindu atau angau yg berlebihan, melupakan tanggungjawab pd suami dan anak-anak. Terjadinya sihir pelalau kerana penyihir ada matlamat tersendiri selain memuaskan nafsu, harta dan wang ringgit menjadi tujuan utama, ada yg habis semua wang simpanan, gaji bulanan diserahkan kesemuanya pd wanita yg didambakan…perkara begini menyebabkan pergaduhan besar dgn isteri dan penceraian boleh berlaku.

IKLAN
Takutnya…Jika Suami Yang Disihir, Pihak Suami Akan Mula Lupa Tanggungjawab Dan Pergi Kepada Yang Menyihir

4. MIMPI BURUK
Mimpi ular, bahaya jika mimpi ular sudah patuk,Mimpi kucing atau binatang berbisa, Mimpi dikelar dibahagian tubuh badan, Mimpi benda tajam, Mimpi sentiasa ditikam, Mimpi sesuatu yang banyak berterbangan mengejar dan menuju kepada kita bertubi-tubi, Kerap mimpi bersetubuh, Mimpi jatuh tempat tinggi. Antara cara nak mengenal pasti mimpi-mimpi ini sekadar mainan tidur atau benar-benar gangguan jin, mimpi berulang-ulang dan kerap (lebih 3 kali seminggu), sedar dari mimpi merasa takut dan cemas sekali, kehidupan tiba-tiba berubah secara drastik cth mulanya sihat berubah jd sakit dan pergi hospital klinik pun tiada perubahan.

IKLAN

5. SAKIT PADA TUBUH BADAN
Sakit kepala yg kerap terutama lepas asar ke atas, badan sentiasa panas rasa membahang tetapi tidak demam, bahu belikat berat dan rasa sakit menyucuk, badan rasa bisa menyucuk, pinggan dan belakang badan sakit, sukar tidur malam,kulit gatal-gatal pedih dan kering, lesu dan malas sentiasa, gangguan emosi iaitu rasa runsing, gelisah dan resah yg berpanjangan, semua yg dilakukan tidak menjadi, rasa sedih atau marah silih berganti tanpa sebab.

IKLAN

Wujudkah sihir pemisah ni….mainan perasaan je ni…?
Bukti wujudnya sihir pemisah, Allah menerangkan di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:
“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Bukti dari hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:
“Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya. Maka yang paling dekat kedudukannya diantara mereka kepadanya (Iblis) ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis menjawab: Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian salah seorang dari mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya. Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya kamu (baik). al-A’masy (perawi) berkata. Aku melihat Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian dia menjadi pembantu setianya” (Hadis riwayat Muslim: 5032)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI