Setiap pasangan yang ingin membina mahligai perkahwinan pasti sudah membuat perancangan yang teliti bagi memastikan hari bahagia mereka meninggalkan detik terindah untuk dikenang. Bukan saja dari segi tempat, busana perkahwinan dan barangan hantaran bahkan pemilihan tarikh juga diambil sebagai simbolik bagi sesetengah pasangan yang mahu menamatkan zaman bujang.
Pesona Pengantin kongsikan tarikh-tarikh cantik 2022 untuk majlis pertunangan, pernikahan dan resepsi pilihan bakal pengantin tahun ini. Mungkin ada yang masih buntu untuk memilih tarikh yang sesuai?
Kredit: My Sumber
Tarikh paling cantik:
Ads
22.1.22
2.2.22
11.11.22
2.12.22
Sejak norma baharu dilaksanakan ia telah memberi impak kepada pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga antaranya keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Secara tak langsung ia turut memberi kesan terhadap pemilihan tarikh. Ada juga yang terpaksa menunda tarikh asal ke tarikh baru demi memastikan segala perancangan berjalan lancar.
Ads
Pasangan selebriti yang memilih tarikh 1.1.2022 sebagai tarikh pernikahan mereka. Datin Seri Heliza Helmi (kiri) dan Azzam Sham.
Selain itu, ada juga pasangan memilih tarikh perkahwinan yang membawa maksud tersendiri atau melambangkan momen penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, detik pertama kali berkenalan atau pada musim cuti umum.
Ads
Datin Seri Nurheliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. (Kredit: IG Heliza Helmi)Kredit: IG Heliza Helmi
Pemilihan tarikh yang signifikan juga penting buat pasangan agar mudah untuk diiingati.
Pasangan pengantin muda iaitu Juara Big Stage 2020 Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie. (Kredit: IG Azzam Sham)
Semoga dipermudahkan urusan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Apa pun paling penting majlis yang bakal dilangsungkan itu diberkati dan direstui oleh kedua ibu bapa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis persandingan pasangan suami isteri selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza buat kali kedua bersempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam menarik perhatian ramai peminat dan para netizen. Lebih menarik lagi, bekas isteri Norman, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany turut bersanding dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal, di Shah Alam baru-baru ini.
Bertemakan Islamik Vintage, kedua-dua pasangan yang disertai anak-anak mereka berpakaian serba putih pada malam persandingan tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 600 tetamu termasuk rakan artis dan keluarga kedua-dua pasangan.
Ibarat menyatukan keluarga besar dalam satu majlis, ia meninggalkan momen yang cukup indah buat seluruh keluarga besar ini. Buat Memey dan juga Norman, tentunya majlis persandingan ini melakar magis yang tersendiri dalam kehidupan mereka.
“Saya dan abang memang merancang untuk mengadakan majlis persandingan bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami yang ke enam. Kebetulan pihak Mahligai Impian ingin mengadakan majlis sempena perlantikan saya dan abang sebagai duta Mahligai Impian yang merupakan sebuah syarikat katering dan perancang perkahwinan.
“Dari situ kami terfikir apa salahnya menggunakan peluang ini untuk majlis persandingan yang sememangnya ada dalam agenda kami. Kiranya majlis ini berkonsepkan 2 +1. Bukan itu sahaja, kami terfikir alangkah indahnya jika majlis persandingan kami ini nanti dapat diraikan bersama ahli keluarga. Ketika inilah terdetiknya idea untuk bersanding bersama kak Abby dan suaminya, Jaiezzany,”ujar Memey.
Hasrat itu disuarakan pada Abby namun pada mulanya Abby sedikit keberatan. Ujar Memey mungkin Abby terfikir majlis itu lebih kepada nilai sentimental buat Norman dan Memey. Lagi pun Abby sudah lama tidak muncul di khalayak peminat.
“Selepas berbincang selain melihat kesungguhan anak-anak untuk melihat kami bersanding bersama di pentas pelamin, akhirnya kak Abby bersetuju. Yang paling gembira tentulah anak-anak kami. Pendek kata majlis ini melibatkan penglibatan sepenuhnya anak-anak kami.
“Persiapan untuk mengadakan majlis ini hanya memakan masa selama sebulan sahaja. Segala urusan persiapan majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Majlis persandingan ini sebenarnya sebagai simbolik penyatuan keluarga besar kami serta mewar-warkan kepada perlantikan saya dan abang sebagai duta Mahligai Impian,”ungkap Memey yang dilantik sebagai duta syarikat katering dan perancang perkahwinan tersebut selama setahun bermula Mac yang lalu.
Menurut Memey lagi majlis persandingan ini juga sebenarnya dapat menyatukan keluarga besar Memey dan Norman serta keluarga Abby dan juga suaminya, Jaiezzany. Secara tidak langsung ia membuka wadah untuk mengeratkan lagi hubungan tali persaudaraan dengan seluruh ahli keluarga.
Ditanya apa perasaan Memey ketika berada di pentas pelaminan untuk kali kedua. Ini jawapan ringkas Memey.
“Saya rasa amat bersyukur sangat kerana diberi peluang sekali lagi untuk bergandingan di pentas pelaminan bersama imam saya. Ibarat kegembiraan berganda apabila ‘hari bersejarah’ ini turut diraikan bersama Abby dan juga suaminya serta anak-anak kami. Penyatuan keluarga besar kami benar-benar meninggalkan momen yang tersendiri,”ungkap Memey jujur.
Akui Memey lagi, persandingan tersebut juga memberi peluang kepada dirinya untuk berkongsi potret perkahwinan memandangkan majlis sebelum ini dia belum lagi berhijab.
“Memang inilah perbezaan yang paling jelas antara majlis persandingan dahulu dengan sekarang. Jika sebelum ini saya tidak berpeluang untuk berkongsi gambar perkahwinan lantaran belum berhijab kini apabila bersanding kali kedua, saya berpeluang untuk berkongsi momen persandingan bersama para peminat,”kongsi Memey.
Menginjak ke angka enam tahun usia perkahwinan membuktikan bahawa Memey dan Norman telah berjaya melepasi tempoh kritikal dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana untuk lima tahun pertama perkahwinan ia dianggap sebagai tempoh percubaan dalam sesebuah institusi perkahwinan.
“Perbezaan usia saya dan abang agak jauh kira-kira 12 tahun. Saya berkahwin dengan abang ketika usia saya 24 tahun manakala abang 36 tahun. Tidak dapat dinafikan abang banyak membimbing saya dalam melayari alam perkahwinan. Sikapnya yang matang banyak membantu mengharmonikan rumahtangga yang kami bina.
“Hingga kini kami masih belajar untuk memperbaiki mana yang kurang. Kasih sayang perlu sentiasa dibajai. Oleh itu kami bersama-sama berusaha untuk menyuburkan cinta di alam rumahtangga. Hingga kini kami masih saling mengenali hati budi masing-masing. Cabaran dan dugaan ada di mana-mana oleh itu kita perlu sentiasa kuat untuk menghadapinya. Sesungguhnya kita tidak sempurna. Mana yang kurang kita perbaiki manakala mana yang baik kita tingkatkan menjadi lebih baik,”ujar Memey.
Pesona Pengantin mendoakan agar mahligai bahagia Memey dan Norman serta Abby Abadi dan Jaiezzany berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Credit Picture: Majalah Mingguan Wanita & Keluarga
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga bulan melayari alam pertunangan, pelakon Zaki Azeman selamat mengalngsungkan pernikahan dengan tunangnya, Siti Nor Sahira Ahmad atau lebih mesra disapa Raa Suzuran di sebuah hotel di Kota Bharu semalam.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Dengan sekali lafaz, pelakon yang popular dalam drama rantaian Hati Yang Dikhianati itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM19,999 beserta satu set barangan kemas buat isteri tersayang. Tiada hantaran iringan lain dalam perkahwinan tersebut.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Shahira merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik beradik dan merupakan puteri tunggal dalam keluarganya. Malah abang Raa Suzuran, iaitu Jaa suzuran merupakan seorang pelakon dan pengacara.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Usai majlis akad nikah yang diadakan jam 10 pagi, pasangan pengantin baru diraikan dalam majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah malamnya pula. Majlis tersebut dihadiri oleh kaum keluarga serta sahabat handai kedua mempelai.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Pada majlis pernikahan, influencer dan streamer berusia 23 tahun itu mengenakan persalinan baju kurung putih rekaan Inderaloka. Kejelitaan Raa terserlah dengan persalinan serba putih di hari pernikahannya.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran @zakiazeman.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Untuk rekod, Zaki dan Raa mengikat tali pertunangan pada 2.2.22 yang lalu dan membuat perancangan untuk bernikah selepas sambutan Aidilfitiri.
Sumber: MStar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...